aszulqa.com

ROTI PISANG COKLAT…idea menu sarapan/ minum petang mudah

Roti gardenia putih memang enak dimakan begitu sahaja. Namun, ada masanya roti gardenia tidak habis dimakan. Maka ramai yang mencari idea dengan roti gardenia lebih nak buat apa?

Jika sebelum ini kita biasa buat roti cheese, roti sosej, roti telur…apa kata kali ini cuba resepi roti pisang coklat olahan Dr. As Zulqa. Resepi roti gardenia untuk sarapan atau untuk minum petang ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Boleh gandakan kuantiti bahan untuk dapatkan lebih banyak roti pisang coklat.

Resepi roti pisang coklat:

Bahan-bahan:
3 keping roti gardenia putih
2 biji pisang berangan
marjerin secukup rasa
gula secukup rasa
coklat cip secukup rasa


Cara buat roti pisang coklat:
1. Potong pisang seperti dalam video
2. Sapu marjerin depan dan belakang roti keping pertama
3. Taburkan gula pada sebelah keping roti kemudian nyalakan api perlahan dan mula membakar sebelah keping roti yang disapu gula
4. Sebelah roti lagi susunkan potongan pisang
5. Taburkan coklat cip ke atas pisang
6. Ambil roti keping kedua dan sapukan marjerin kedua-dua belah roti
7. Letakkan ke atas keping roti pertama
8. Kemudian susun potongan pisang ke atas keping roti kedua
9. Selepas itu taburkan coklat cip
10. Ambil kepingan roti ketiga dan ulang sapu marjerin pada kedua-dua belah roti
11. Letakkan ke atas roti kedua
12. Kemudian taburkan gula pada kepingan roti paling atas
13. Perlahan-lahan terbalikkan kesemua roti
14. Bakar roti hingga keperangan
15. Siap!

Read more

Scroll To Top