aszulqa.com

resepi apam gebu kukus sukatan cawan dan tips apam mekar merekah

Apam gebu gebas dan lembut fluffy bila dimakan adalah idaman setiap peminat kuih apam. Jika terbeli kuih apam yang keras, padat dan tidak gebu pasti kecewa rasanya.

Apakata buat sendiri apam gebu kat rumah seperti perkongsian di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 sb ovalette
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air ice cream soda
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1.Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanilla sampai pekat dan kembang (pastikan betul-betul kembang dan bertanduk gitu
2.Kemudian masukkan air ice cream soda dan mixer lagi sampai sebati (dalam 30 saat)
3.Masukkan tepung gandum perlahan-lahan kemudian kaup balik sahaja (Jangan mixer, jika tidak nanti apam jadi padat dan keras selepas masak)
4.Bila adunan dah siap, bahagikan kepada warna-warna kesukaan anda
5.Masukkan dalam cup saiz sederhana
6.Kukus dengan api kuat selama 10 minit (penutup periuk kukus balut dengan kain batik, jangan buka penutup hingga sampai waktu, takut nanti kembang tu menguncup balik)
7.Wajib guna api kuat kalau nak merekah cantik macam dalam gambar di atas (jika nak merekah sampai keluar cup, anda boleh letak banyak sikit dalam cup)

Untuk adunan ni, kalau pakai cup macam dalam gambar, dapat 18 cup. 

Sedikit tips memasak apam merekah dan gebu:
1. Masa kukus air mesti betul-betul mendidih
2. Guna api kuat supaya apam merekah
3. Air soda mesti guna yang baru dan belum dibuka jika tidak dikhuatiri gas dari air soda tidak mencukupi dan apam tidak kembang cantik
4. Guna cup kecil dan agak keras supaya tak lembut bila dikukus. Kalau cup melembut, nanti apam tak naik 
5. Pukul telur, ovalette dan gula mesti gebu segebunya. Seeloknya pakai mixer. Kalau pakai blender, susah nak dapat gebu ala-ala meringue tu.
6. Masukkan tepung perlahan-lahan dan kaup balik sahaja, jangan mixer. Kalau over mix, nanti lepas masak, apam jadi keras sebab padat sangat.
7. Balut penutup periuk kukus supaya wap air tak menitik atas apam.
8. Jangan buka penutup periuk kukus semata-mata untuk check, tunggu sehingga apam betul-betul masak

Kredit: empunya resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 4 =

Scroll To Top