Rasa terliur dan geram je melihatkan cekodok pisang bulat dan kembung, cantik kejadiannya! Apatah lagi bila digigit rasa rangup di luar dan gebu di dalam. Makan berbiji-biji pun tak apa, sedap sangat dibuat menu minum petang ataupun menu sarapan pagi.
Resepi cekodok pisang viral perkongsian Mariana Zainal ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
bahan-bahan:
15-16 biji pisang (yang dah masak ranum)
1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
(Pisang buang kulit masukkan dalam bekas letak gula dan garam..amik gelas plastik dan lenyek2kan pisang hingga hancur) dan ketepikan
2 dan 3/4 cawan tepung gandum (kalau adunan tu sangat lembik boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil marjerin (tak nak letak pun tak apa)
2 sudu teh baking soda
Cara buat cekodok pisang rangup dan gebu:
1.Masukan semua bahan dalam pisang lenyek tadi…gaul sebati…biarkan seketika dalam 5 minit
2.Panaskan minyak guna api sederhana..minyak dah panas jemput-jemputkan adunan..curah-curahkan minyak pada cekodok bagi timbul dan terbalik-terbalikkan..sentiasa kacau perlahan guna sudip supaya cekodok tu bulat elok
3.Agak perang bolehlah tos di tepi kuali untuk keringkan sedikit minyak dan angkat kemudian letak dalam pinggan yang dilapik dengan tisu dapur.
Kredit: Mariani Zainal