Cara masak spaghetti bolognese ayam simple ni rasanya dah ramai yang pandai. Rasanya ramai yang dah biasa google resepi spaghetti bolognese Chef Wan, resepi spaghetti bolognese Che Nom, resepi spaghetti bolognese Azie Kitchen dan banyak lagi portal masakan atau youtuber yang lain.
Author: admin
RESEPI AYAM MASAK UNGKEP [Ayam Berkuah Tanpa Santan]
Resepi ayam masak ungkep, ayam berkuah tanpa santan ini dah berbelas tahun saya gunakan & menjadi kegemaran seisi keluarga. Walaupun ada 1001 resepi masakan ayam ungkep yang lain, saya tak pernah cuba kerana ayam ungkep yang ni dah cukup sedap & digemari suami & anak-anak.
Resepi Spaghetti Goreng Sedap

Bahan-bahan:
1) Segenggam spagheti
2) Dada ayam hiris kecil
3) 1sudu besar cili blender (cili kering + bawang merah + bawang putih)
4) 2 sudu besar sos cili
5) 2 genggam bayam brazil
6) Carrot potong halus/ dadu
7) 1sudu besar organik olive oil
8) Setengah sudu besar chia seed (buat tabur)
*sukatan resepi ni untuk 1-2 org makan.
Cara masak/ buat spaghetti goreng:
1) Panaskan minyak & goreng ayam dahulu
2) Kemudian masukkan cili blender, kacau hingga masak
3) Masukkan spaghetti
4) Masukkan pula cili sos, bayam brazil & carrot
5) Perasakan dengan garam
6) Selepas dah tutup api, minyak zaitun organik/ organic olive oil (saya suka letak last supaya khasiat minyak zaitun organik/ organic olive oil tak hilang & spaghetti nampak lebih cantik)
7) Akhir sekali taburkan chia seed (chia seed adalah ‘good fatty acids’ yang diperlukan oleh badan kita).
Kami dah sediakan video cara memasak/ buat spaghetti goreng bayam brazil + ayam di bawah, jemput tengok ye
Selain dapat dijadikan hidangan yang ringkas & sedap & ada 1001 khasiat bayam brazil yang perlu kita tahu untuk kesihatan tubuh badan kita, antaranya.
1) sumber vitamin K
2) menguatkan tulang & gigi
3) meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan
4) membantu melancarkan peredaran darah
5) membantu melawan kanser
6) mencegah anemia
7) awet muda & mencegah kedutan, penuaan pramatang
3 Scrub Muka Untuk Kulit Kering
TAHUKAH ANDA ADA 3 SCRUB MUKA BOLEH DIGUNA UNTUK KULIT KERING?
Ramai orang yang berkulit kering berasa was-was untuk menggunakan scrub muka. Ini kerana penggunaan scrub dikhuatiri akan mengeringkan lagi kulit yang sedia kering. Tapi jangan risau, masih ada scrub yang sesuai digunakan untuk kulit kering.
Scrub Oat + Yoghurt + Madu

Cara Buat & Cara Guna:
Campurkan bahan – bahan Oat + Yoghurt + Madu, kemudian kacau sehingga sebati. Scrub ini boleh dipakai seminggu sekali. Kesemua bahan-bahan bersifat lembut pada kulit kering. Scrub ini boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Selepas menggunakan scrub ini, disarankan memakai serum yang berfungsi untuk menghidratkan & melembapkan kulit muka semula.
4 JENAMA SERUM MUKA TERBAIK 2018
Serum muka dapat merawat kulit muka dari bawah lapisan bawah kulit.
Serum muka juga adalah kunci untuk kulit muka kekal lembut & berseri.
Pemakaian serum muka sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda — rutin pemakaiannnya adalah selepas muka dicuci bersih, toner, serum muka dan diakhiri dengan pelembap muka. Serum muka berfungsi untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, merawat kulit dari dalam, mencerahkan kulit, menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.
Serum muka akan bertindak mengikut kandungan bahan aktifnya. Malah, beberapa serum yang menjadi kegilaan ramai seperti di bawah datang dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk didapati di farmasi dan online store. Mari kita lihat:
CARA MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT DAN MUDAH
Percaya atau tidak, dengan hanya 3 bahan dari dapur kita boleh menghilangkan sunburn dengan cepat dan mudah.
YESSS! HANYA 3 BAHAN DARI DAPUR
Kita boleh buat masker oatmeal lemon.
Masker ni Wangiiiiiii baunya macam lemon cheesecake yang baru keluar dari oven
Memang semerbak harum baunya.
.
Selain untuk menghilangkan sunburn dengan cepat dan mudah,
masker oatmeal lemon ni juga dapat mengecilkan liang pori, mencerah kan kulit dan kesan sertamerta selepas pemakaian adalah kulit akan lembut tulus mulus bak sutera.
Masker ni confirm semulajadi, selamat & berkesan jika diamalkan secara konsisten.
Ingat! kena konsisten ye….pakai sekali terus expect jadi princess memang tak dapatlah.
Boleh diamalkan seminggu sekali, bagi menyental sel-sel kulit mati tu.
Jadi, apa 3 bahan tu?
1. 1 sudu besar garam bukit
2. 2 sudu besar oatmeal
3. Separuh biji lemon

Campurkan kesemua bahan & adun hingga sebati.
Pakai sebagai masker di seluruh muka & biarkan selama 15minit. Kemudian bolehlah di gosok-gosok lembut muka dengan masker tadi. Last sekali bilas dengan air.
Buat dulu baru tau lembut ke tak lembut kulit muka tu nanti ?
Jadi apalagi…..jom cuba petua dan cara menghilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan ni.
Kredit: As Zulqa
MANFAAT WHITE MULBERRY (MORUS ALBA) UNTUK WAJAH
Ekstrak mulberi sering juga diguna didalam formulasi produk, namun manfaat mulberi putih atau white mulberry sangat jarang diketahui. White mulbery jarang sekali diguna di dalam formulasi produk kecantikan berbanding mulberri yang lain.
Jom kita bongkar manfaat white mulberry/ mulberi putih (Morus Alba) untuk kulit wajah:
- MENCERAHKAN KULIT WAJAH
Menyedari kehebatan white mulberry untuk kecantikan kulit dan wajah yang belum dibongkar, ekstrak white mulberry yang diformulasikan dapat memberi kesan semulajadi berganda bagi mencerahkan, menyekatakan tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan kulit kusam, memudarkan ‘dark sport’ dan banyak lagi kelebihannya. Mulberi putih dapat mencerahkan kulit secara selamat dan berkesan.
- MENGURANGKAN KEDUTAN & GARIS-GARIS HALUS DI WAJAH
‘Skincare’ yang mengandungi ekstrak mulberi putih berupaya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah. Dengan ini tanda-tanda awal penuaan dapat dikurangkan. Mulberry putih dan mulberi merah kedua-duanya dianggap sesuai untuk kegunaan dermatologi.
Ekstrak Morus Alba sangat ‘rare’ diguna di dalam formulasi produk kerana bekalan bahan mentahnnya yang sukar didapati.
MANFAAT LICORICE UNTUK WAJAH & KECANTIKAN
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah manfaat licorice untuk wajah kerana semakin hari semakin banyak produk kecantikan yang menggunakan licorice root ekstrak ini untuk formulasi produk.

1. MENCERAHKAN KULIT & MEMUDARKAN ‘DARK SPORT’ SECARA SEMULAJADI
Glabridin adalah bahan aktif dalam akar Licorice, yang telah terbukti bersifat ‘anti-tyrosinase’. Tyrosinase adalah enzim utama yang menghasilkan melanin dan pigmen lain, dalam erti kata lain ia adalah enzim yang menggelapkan kulit. Jadi, bahan aktif dalam akar licorice (licorice root extract) adalah sangat mujarab untuk menghalang kulit daripada menjadi semakin gelap dengan membantutkan pertumbuhan enzim tyrosinase. ‘Licorice root extraxt’ dapat membantu mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan, memudarkan pigmentasi, memudarkan ‘dark sport’ juga menyekatakan tona kulit yang tidak sekata.
RESEPI UNTUK KULIT CANTIK
Kali ini kami akan kongsikan resepi untuk kulit cantik, kerana kulit yang cantik juga berkait rapat dengan pola pemakanan dan gaya hidup seharian kita. Pola pemakanan yang sihat amatlah disarankan kerana ia mempengaruhi keadaan kulit muka kita.
RESEPI ini sangat mudah, easy peasy 😉
OVERNIGHT OAT lah jawapannya.

Bahan-bahan resepi kecantikan overnight oat
1.susu segar
2.oat
3.yogurt
4.madu
5.chia seed
6.buahan potong boleh pilih macam pisang, kiwi, strawberry, delima, berries…macam-macam lagi ikut kesukaan masing-masing
Nak lagi sedap boleh juga tambah kismis/ choc chips/ kekacang.
Easy peasy cara buatnya
*masukkan kesemua bahan di dalam botol & biarkan di dalam peti semalaman. Esok dah boleh makan! Nyummmmmm


Rugi sangat kalau anda tak try resepi untuk kulit cantik yang easy peasy ni ;))
KENAPA PAKAI SKINCARE TAK BERKESAN?
Kenapa pakai skincare tak berkesan?
Itu pertanyaan biasa bila kita cuba banyak skincare tetapi seakan-akan kesemua skincare itu tak berkesan pada kulit muka kita.
Sebenarnya, selain produk skincare,
ada banyak faktor lain juga mempengaruhi keadaan kulit muka.
Sebab-sebab skincare tidak berkesan:
- Pencemaran udara & pencemaran sekeliling
Contoh asap kenderaan, asap rokok
- Tabiat pemakanan
Cth Suka makan fastfood ke suka makan wholesome real food, Makan Sayur or buah-buahan ke tak
- Gaya hidup/ lifestyle
Cth selalu tidur lewat malam atau tak cukup waktu rehat, suka bersenam atau memang tak pernah bersenam, suka makan or beli kat kedai ke masak sendiri sebab makan kat kedai selalunya ajinomoto/MSG tu tak boleh nak elak dll
- Hormon
Selalunya lepas bersalin atau usia makin meningkat akan ada perubahan pada hormon tubuhbadan kita
- Skincare yang pernah dipakai sebelum ini
Adakah skincare itu jenis natural based atau jenis yang banyak bahan sintetik, atau lagi memburukkan keadaan pernah tersalah pakai produk timbang kilo kati
- Rutin Harian penjagaan kulit muka
Rutin penjagaan yang salah cth kita tak bersihkan mekap dengan betul & tak buat double cleansing… maka senanglah pori-pori muka tersumbat. Keluar rumah tak pakai sunblock/ UV protector memang saja nak jemput cik jeragat bertandang lagi 2,3 tahun akan datang dll
- Stress/ tekanan
Cth stress dengan kerja, stress bercinta, stress dengan hidup dll
Cuba kita perhatikan kesemua faktor di atas. Analisa & cari punca kenapa kulit muka kita ni banyak sangat masalah nya. Dah letih pakai macam-macam tapi macamtu jugak. Kesemua faktor kat atas tu memang sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Alah, samalah macam kita dengan adik beradik kita… ada pertalian darah kan. Gitulah juga pertaliannya antara kesemua faktor di atas dengan keberkesanan produk skincare yang kita pakai.
Pendek kata nak kulit muka yang sihat & cantik ni bukan sekadar kena tepek-tepek aje dah settle. Semua aspek kena jaga & kena teliti.
Kulit muka kita, hanya kita yang lebih mengenalinya.
Lain lah kalau kita memang sanggup spend untuk consultation dengan pakar kulit muka… haaa, itu lain ceritalah.
❤
❤
❤
Dr. As Zulqa