aszulqa.com

CARA MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT DAN MUDAH

Percaya atau tidak, dengan hanya 3 bahan dari dapur kita boleh menghilangkan sunburn dengan cepat dan mudah.

YESSS! HANYA 3 BAHAN DARI DAPUR
Kita boleh buat masker oatmeal lemon.

Masker ni Wangiiiiiii baunya macam lemon cheesecake yang baru keluar dari oven
Memang semerbak harum baunya.
.
Selain untuk menghilangkan sunburn dengan cepat dan mudah,
masker oatmeal lemon ni juga dapat mengecilkan liang pori, mencerah kan kulit dan kesan sertamerta selepas pemakaian adalah kulit akan lembut tulus mulus bak sutera.

Masker ni confirm semulajadi, selamat & berkesan jika diamalkan secara konsisten.
Ingat! kena konsisten ye….pakai sekali terus expect jadi princess memang tak dapatlah.

Boleh diamalkan seminggu sekali, bagi menyental sel-sel kulit mati tu.

Jadi, apa 3 bahan tu?
1. 1 sudu besar garam bukit
2. 2 sudu besar oatmeal
3. Separuh biji lemon

Campurkan kesemua bahan & adun hingga sebati.

Pakai sebagai masker di seluruh muka & biarkan selama 15minit. Kemudian bolehlah di gosok-gosok lembut muka dengan masker tadi. Last sekali bilas dengan air.

Buat dulu baru tau lembut ke tak lembut kulit muka tu nanti ?

Jadi apalagi…..jom cuba petua dan cara menghilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan ni.

Kredit: As Zulqa

 

Scroll To Top