aszulqa.com

4 JENAMA SERUM MUKA TERBAIK 2018

Serum muka dapat merawat kulit muka dari bawah lapisan bawah kulit.

Serum muka juga adalah kunci untuk kulit muka kekal lembut & berseri.

Pemakaian serum muka sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda — rutin pemakaiannnya adalah selepas muka dicuci bersih, toner, serum muka dan diakhiri dengan pelembap muka. Serum muka berfungsi untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, merawat kulit dari dalam, mencerahkan kulit, menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

Serum muka akan bertindak mengikut kandungan bahan aktifnya. Malah, beberapa serum yang menjadi kegilaan ramai seperti di bawah datang dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk didapati di farmasi dan online store. Mari kita lihat:

 

 

L’OCCITANE IMMORTALE YOUTH OIL

https://my.loccitane.com/serums-oil-treatments,42,1,61976,0.htm

RM245 (15ml)

Serum yang bagus untuk melawan penuaan

(Serum muka anti-penuaan dan awet muda)

L’OCCITANE IMMORTALE YOUTH OIL ini diperkaya dengan  sunflower seed oil, apricot kernel oil, evening primrose oil, linalool dan banyak lagi. Serum muka ini dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan yang kelihatan. Dengan penggunaan konsisten serum muka ini maka kulit akan lebih sihat dan dapat membantu menegangkan kulit. Sel-sel kulit baru dapat dihidupkan semula dan kedutan semakin berkurangan.

 

 

THE FACE SHOP JEJU VOLCANIC PORE SERUM 

https://www.thefaceshop.com.my/skincare/Essense-Serum

RM89.90 (50ml)

Serum muka Korea terbaik untuk mengecilkan pori 

(Serum muka mengecilkan liang pori)

Serum muka Korea seringkali juga menjadi kegilaan generasi millenial. Serum muka ini mudah meresap ke dalam kulit dan terasa ringan apabila dipakai. Ia diformulasikan dari lava gunung berapi Jeju yang membantu menyerap lebihan minyak di kulit muka dan mengecilkan  liang pori di muka. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih licin kerana ia kaya dengan bahan mineral yang diperlukan untuk pembaikan kulit muka kita.

 

 

THE BODY SHOP TEA TREE ANTI-IMPERFECTION DAILY SOLUTION

https://www.thebodyshop.com.my/skincare/facial-serum-treatment

RM89.62 (80ml)

Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat 

(Serum muka kulit berjerawat dan berminyak)

Tea-tree oil diperakui sangat bagus untuk merawat jerawat di muka. Serum muka ini dapat membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat. Tea-tree oil serum dapat mengawal minyak yang berlebihan di muka dan menghapuskan jerawat serta parut jerawat.

 

 

EDEN ROSA E PIGMENTATION SERUM

http://www.goeskincare.com.my/product-category/serum/

RM 35.90 (5ml)

Serum yang boleh didapati di farmasi 

(Serum muka anti-jeragat) 

Serum anti-jeragat EDEN Rosa E ini diekstrak daripada rosehip oil, grapeseed oil dan vitamin E. Serum muka ini membantu dalam memudarkan jeragat dan bintik hitam, serta memperbaiki tona kulit. ‘Fatty acids’ daripada rosehip oil dan grapeseed oil membantu melembap dan menyuburkan kulit sambil menggalakkan pertumbuhan semula dan pembaikan sel kulit muka. Manakala, antioksida dari grapeseed oil dan vitamin E melindungi kulit dari radikal bebas yang merbahaya pada kulit muka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × one =

Scroll To Top