aszulqa.com

MANFAAT WHITE MULBERRY (MORUS ALBA) UNTUK WAJAH

Ekstrak mulberi sering juga diguna didalam formulasi produk, namun manfaat mulberi putih atau white mulberry sangat jarang diketahui. White mulbery jarang sekali diguna di dalam formulasi produk kecantikan berbanding mulberri yang lain. 

Jom kita bongkar manfaat white mulberry/ mulberi putih (Morus Alba) untuk kulit wajah:

 

  • MENCERAHKAN KULIT WAJAH

Menyedari kehebatan white mulberry untuk kecantikan kulit dan wajah yang belum dibongkar, ekstrak white mulberry yang diformulasikan dapat memberi kesan semulajadi berganda bagi mencerahkan, menyekatakan tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan kulit kusam, memudarkan ‘dark sport’ dan banyak lagi kelebihannya. Mulberi putih dapat mencerahkan kulit secara selamat dan berkesan.

 

  • MENGURANGKAN KEDUTAN & GARIS-GARIS HALUS DI WAJAH

‘Skincare’ yang mengandungi ekstrak mulberi putih berupaya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah. Dengan ini tanda-tanda awal penuaan dapat dikurangkan. Mulberry putih dan mulberi merah kedua-duanya dianggap sesuai untuk kegunaan dermatologi.

Ekstrak Morus Alba sangat ‘rare’ diguna di dalam formulasi produk kerana bekalan bahan mentahnnya yang sukar didapati. 

CARA PUTIHKAN MUKA

NAK CARA PUTIHKAN MUKA SEPANTAS SEJAM?

atau

NAK CARA PUTIHKAN MUKA SEAWAL SEHARI?

Oppssss…..

sebelum nak beli apa-apa produk yang boleh putihkan muka dalam masa sejam atau putihkan muka dalam masa sehari….jom baca artikel best kat bawah  ni dulu.

 

AWAS ! ! ! ! !
CEPAT PUTIH, CEPAT HILANG JERAGAT

Ramai yang bila pakai produk,
Nak cepat putih, nak cepat hilang jeragat.

Antara produk yang sering dicari adalah krim pemutih kulit.

Krim pemutih kulit ini sering digunakan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan memutihkan kulit yang gelap, hiper pigmentasi, termasuk melasma, parut jerawat, bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.

Selalunya krim ini dirumus dengan menggunakan bahan-bahan sintetik seperti hydroquinine dan merkuri.

HIDROQUININE & MERCURI adalah agen pemutih yang sangat berkesan kerana bahan-bahan ini merencatkan pembentukan melanin, pigmen yang menguningkan atau “menanggalkan” kulit kita. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan ini boleh menjadi toksik kepada badan dan boleh menjejaskan fungsi badan normal jika digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Hidroquinine (C6H6O2) adalah bahan kimia yang digunakan dalam pewarna rambut dan dalam pembuatan getah. Ia telah dikaitkan dengan kanser dan dilarang daripada digunakan dalam kosmetik di beberapa negara.

Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia, merkuri tak organik yang digunakan dalam sabun pemutih kulit dan krim pemutih boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan kulit, ruam dan masalah neurologi. Artikel rujukan http://www.who.int/…/assess…/public_health/mercury_flyer.pdf

 

INI ANTARA PENGAKUAN BENAR DARI BEBERAPA MANGSA YANG TERSALAH PAKAI PRODUK PEMUTIH MUKA

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

 

 

 

Jadilah pengguna yang bijak.

Nak cerahkan kulit secara selamat, pilihlah natural based produk. Produk berasaskan bahan semulajadi tidak menjanjikan putih seawal sejam atau putih seawal sehari, tetapi produk sebegini semestinya selamat dan mencerahkan kulit secara berperingkat-peringkat. Yang penting kulit kita sihat dan tidak lagi kusam.

Elakkan produk pemutih kulit yang mengandungi hidrokuinin, produk timbang kilo dan produk tidak berdaftar. Jika produk terlalu murah tapi dapat melicinkan dan memutihkan kulit dalam masa beberapa hari saja maka berhati-hatilah! Kesannya dapat dilihat dan dirasai selepas anda berhenti menggunakan produk terbabit, lagi parah jika ada kesan jangka panjang yang melibatkan hormon badan jadi kacau bilau, masalah saraf ataupun merosotkan fungsi organ badan.

Manfaat Chia Seed untuk kulit & kecantikan

Selain untuk kesihatan, banyak juga manfaat chia seed untuk kulit & manfaat chia seed untuk kecantikan.

Chia Seed atau nama botaninya Salvia hispanica terkenal sebagai ‘superfoods’. Chia seed berbentuk bujur, berwarna kelabu dengan bintik hitam dan putih, dengan diameter sekitar 1 milimeter (0.04 in). Biji-bijiannya bersifat hidrofilik, yang berupaya menyerap sehingga 12 kali beratnya dalam cecair apabila direndam dan membentuk lapisan mucilaginous yang memberikan krim berasaskan chia seed tekstur gel yang tersendiri.

Mengikut sejarah, Chia ditanam secara kecil-kecilan di Mexico dan Guatemala, kemudian ditanam secara komersil melintasi Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Chia seed menjadi popular di seluruh dunia hanya pada tahun 1980-an, dan mula dikenali sebagai “superfood”. Secara puratanya chia seed mengandungi air 6%, karbohidrat 42%, protein 16%-20%, dan lemak 31%. Asid lemak (fatty acid) minyak chia seed sangat tidak tepu, dengan asid linoleik (17-26% daripada jumlah lemak) dan asid linolenik (50-57%) sebagai lemak utama.  Chia seed kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin B, thiamin dan niacin.

 

 

Ini adalah antara manfaat chia seed untuk kulit juga manfaat chia seed untuk kecantikan.

+ MELEMBAPKAN DAN MEMBERI PENGHIDRATAN OPTIMUM UNTUK KULIT

Asid lemak (fatty acid) omega 3 yang terkandung dalam chia seed sangat bagus sebagai sumber pelembap semulajadi. Chia seed berupaya mengikat molekul air dan mengekalkan kadar optimum air di dalam kulit. Apabila kadar kelembapan dan penghidratan kulit dapat dikekalkan, kulit akan sentiasa sihat dan tampak berseri-seri, dengan kata lain kulit glowing.

+ MENCERAH DAN MEMBERIKAN TONA KULIT SEKATA

Chia seed kaya akan protein, zinc, dan beberapa jenis mineral yang baik untuk mencerahkan dan memberikan tona kulit yang sekata. Si kulit kusam tidak perlu lagi risau jika terguna bahan yang boleh menghakis kulit kerana sudah ada banyak alternatif bahan semulajadi untuk kulit cerah sekata. Salah satunya adalah chia seed.

+ MENGURANGKAN KERADANGAN ATAU INFLAMASI PADA KULIT

Kandungan asid lemak (fatty acid) yang tinggi sangat baik untuk memberi nutrisi pada kulit juga dapat meredakan keradangan kulit.

+ ANTI PENUAAN (ANTI-AGING)

Chia seed bersifat anti-radikal yang mana dapat menangkis pelbagai radikal bebas jika digunakan pada kulit muka.

Rugi tak share info bermanfaat ini di fb wall anda 😉

Scroll To Top