aszulqa.com

3 Scrub Muka Untuk Kulit Kering

TAHUKAH ANDA ADA 3 SCRUB MUKA BOLEH DIGUNA UNTUK KULIT KERING?

Ramai orang yang berkulit kering berasa was-was untuk menggunakan scrub muka. Ini kerana penggunaan scrub dikhuatiri akan mengeringkan lagi kulit yang sedia kering. Tapi jangan risau, masih ada scrub yang sesuai digunakan untuk kulit kering.

Scrub Oat + Yoghurt + Madu


Cara Buat & Cara Guna:
Campurkan bahan – bahan Oat + Yoghurt + Madu, kemudian kacau sehingga sebati. Scrub ini boleh dipakai seminggu sekali. Kesemua bahan-bahan bersifat lembut pada kulit kering. Scrub ini boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Selepas menggunakan scrub ini, disarankan memakai serum yang berfungsi untuk menghidratkan & melembapkan kulit muka semula.

 

Scrub Oat + Garam Bukit + Lemon

Cara Buat & Cara Guna:
Oat + Garam Bukit + Lemon, kemudian kacau sehingga sebati. Scrub ini boleh dipakai seminggu sekali. Kesemua bahan-bahan bersifat lembut pada kulit kering. Scrub ini boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru secara semulajadi. Selepas sel-sel kulit mati ditanggalkan, penggunaan sebarang produk skincare akan lebih berkesan, terutamanya serum yang boleh merawat kulit kering.

 

Skrub Gula + Olive Oil (Minyak Zaitun) + Lemon


Cara Buat & Cara Guna:
Campurkan kesemua Gula + Olive Oil (Minyak Zaitun) + Lemon, kemudian kacau sehingga sebati. Scrub ini boleh dipakai seminggu sekali. Olive oil (minyak zaitun) sangat bagus untuk kulit kering, dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit muka secara semulajadi. Jangan biarkan kulit muka kering tanpa sebarang pelembap atau serum selepas menggunakan skrub. Penggunaan skrub adalah untuk membuang segala sel kulit mati yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kusam. Selepas menggunakan scrub ini, disarankan memakai serum yang berfungsi untuk menghidratkan & melembapkan kulit muka semula. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + eleven =

Scroll To Top