aszulqa.com

resepi biskut mudah 3 bahan, biskut arab suji legend!

Mendengarkan bahan-bahan biskut raya seminima 3 bahan sahaja, pasti ramai yang teruja untuk mengikuti resepi biskut mudah 3 bahan ini. Ini adalah resepi biskut raya simple dan popular saban tahun.

Resepi biskut arab suji ini adalah resepi biskut mudah 3 bahan yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

bahan-bahan:
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula ising
4 cawan tepung gandum
Susu tepung secukupnya (*optional)
Pewarna (*optional)

Cara buat biskut suji:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali tepung susu.
2.Uli sampai tak melekat kat tangan (kalau lembik tambah je tepung gandum)
3.Bahagikan pada 3 bahagian (1 bahagian letak pewarna merah, 1 bahagian letak pewarna hijau atau letak sahaja apa-apa pewarna kesukaan)
4.Uli lagi sampai warna sekata, dah siap uli ambil secubit-secubit adunan tadi dan bulat kan
5.Bakar ikut suhu kebiasaan oven masing-masing, dalamĀ 15-20 minit macam tu
6.Siap bakar tunggu suam-suam sejuk dulu sebab biskut ni sangat lembut, kalau panas-panas nanti hancur pula
7.Lepastu baru golek-golekkan dalam susu tepung (ini pun optional juga, tanpa susu tepung pun biskut arab anda sudah siap)
8.Dah siap!

Kredit: empunya resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 1 =

Scroll To Top