Apam lenggang lemak manis, resepi kuih kampung simple ini sedap dibuat sarapan pagi pagi mahupun minum petang. Resepi apam lenggang lemak manis perkongsian Wirawati Negara ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Bahan-bahannya :
2 cawan tepung beras
1-2 sudu makan yis kering (jangan membukit)
3 sb gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan pekat
Cara-caranya :
1.Satukan semua bahan (kecuali santan pekat dan telur) dan kacau sebati kemudian tutup dan biarkan selama 30 minit
2.Buka penutup dan masukkan 1 biji telur
3.Masukkan 1/2 cawan santan pekat (kalau tiada pakai je susu segar) dan kacau rata adunan
4.Panaskan kuali dan letak minyak sedikit atas tisu dan sapukan pada kuali non stick lagi bagus
5.Tuang 1 senduk dan lenggangkan kuali tu…tutup pakai penutup periuk lebihkurang 3 minit
6.Dah siap, boleh gulungkan
6.Dah siap, boleh gulungkan
Apam lenggang lemak manis sedap di makan bersama sambal. Resepi sambal merecik klik sini.
Kredit : Wirawati Negara