aszulqa.com

resepi biskut kacang hijau, biskut raya simple tapi digemari ramai

Resepi biskut raya sukatan cawan sering menjadi pilihan ramai kerana mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan alat penimbang untuk menghasilkan biskut raya simple. Biskut mazola atau biskut kacang adalah antara biskut lama yang legend dan masih lagi ramai peminatnya hingga ke hari ini. Walaupun bukan musim perayaan, biskut kacang ini senang untuk dibuat kudapan dan juga senang didapati di pasaraya yang menjualnya.

Untuk versi yang lebih sedap, apakata cuba biskut kacang hijau pula yang menggunakan tepung kacang hijau sebagai bahan asasnya. Resepi biskut kacang hijau ini adalah perkongsian Rita Kay dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
2 cawan kacang hijau kisar @ tepung kacang hijau

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula icing
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/4 cawan minyak jagung @ secukupnya
*Kuning telur untuk hiasan

Cara buat biskut kacang hijau:
1. Campur semua bahan jadi doh yang lembut dan boleh dibentuk 
2. Sapu kuning telur di atas biskut.
3. Bakar 150°c selama 15 minit atau ikut oven memasing.

Kredit: Rita Kay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − ten =

Scroll To Top