aszulqa.com

RESEPI TTEOKBOKKI makanan korea viral macam dalam K-Drama

Sejak akhir-akhir ini K-Drama sangat diminati rakyat Malaysia terutamanya generasi Z. K-Drama bukan sahaja mempengaruhi gaya fesyen, gaya hidup malahan makanan Korea turut digilai gen Z. Melihatkan kesedapan makanan Korea yang ditonton dalam filem dan drama Korea ramai yang turut mencuba dan menyukainya.

Antara makanan Korea yang diminati ialah tteokbokki. Tteokbokki ialah snek Korea yang sangat popular dan digemari. Ianya diperbuat daripada kek beras lembut dan dimakan bersama sos cili merah yang manis. Resepi tteokbokki homemade ini adalah perkongsian daripada Nur Haziqah dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

BAHAN KEK BERAS
– 250 gm tepung beras atau tepung pulut (jika nak kenyal)
– 2 sb tepung ubi
– 250ml air mendidih
– sedikit garam

CARA BUAT KEK BERAS:
– gaulkan tepung beras atau tepung pulut , tepung ubi dan garam.
– masukkan air kacau guna senduk
– bila dah suam uli sampai jadi doh (kalau doh keras tambah air)
– bentukkan adunan menjadi lonjong
– didihkan air bersama sedikit minyak (supaya adunan tak melekat)
– rebus kek beras sehingga timbul. dah timbul terus angkat dan bilas dengan air utk hilangkan lendir tepung.

BAHAN KUAH TTEOKBOKKI:
– 2 ulas bawang putih -cincang
– 2 sb serbuk cili
– 3 sb sos cili ( saya guna cap jagung., lebih terasa )
– 1/2 ketul kiub ikan bilis
– 3 sb air tepung jagung
– 1sb gula
– 1 1/2 cawan air utk jadikan kuah

CARA BUAT  KUAH TTEOKBOKKI:
– campurkan bawang putih , serbuk cili , sos cili , gula dan kacau jadikan paste.
– masukkan 1 1/2 cawan air ke dalam periuk.
– masukkan kiub ikan bilis dan kacau sehingga larut.
– kemudian masukkan paste yang kita buat tadi dan biarkan mendidih.
– masukkan sosej, bebola atau apa-apa yang awak suka dan renehkan selama 2 minit lalu masukkan kek beras dan air tepung jagung dan renehkan lagi selama 2 minit 
– sebelum dihidang taburkan sedikit bijan dan daun bawang serta telur rebus.
Selamat mencuba !

Kredit: Nur Haziqah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + 5 =

Scroll To Top