aszulqa.com

AYAM TANDOORI Lembut & Juicy

Resepi Ayam Tandoori, ayam bakar dari koleksi resepi ayam…kini tiada lagi rahsia cara buat ayam tandoori macam kat kedai mamak atau restoran. Resepi ayam tandoori, cara masak tandoori di rumah ini sangat mengujakan jika korang cuba masak sendiri ayam bakar ni kat rumah.

Resepi ayam bakar tandoori ini juga boleh dijadikan menu diet sihat. Ini adalah antara resepi ayam dari menu diet sihat yang sedap & berbaloi untuk dimasak sendiri. Resepi ayam tandoori, ayam bakar ini tidak menggunakan kaedah goreng, hanya kaedah bakar ayam. Berbaloi untuk korang cuba cara buat ayam tandoori sendiri kat rumah sebab korang boleh makan ayam tandoori fresh yang lembut dan juicy. Tidak seperti di kebanyakan kedai mamak yang ayam bakar tandoorinya sudah tidak juicy & kering kerana sudah dipanaskan berkali-kali.

 

Ayam tandoori lembut & juicy ni terasa nikmatnya bila dimakan bersama dengan perahan lemon & hirisan bawang. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya….ayam tandoori makan dengan apa?

Boleh sahaja dimakan dengan nasi putih, nasi briyani, nasi arab…apa sahaja nasi yang sesuai dengan selera anda. Kalau taknak makan dengan nasi, sedap dimakan bersama dengan roti naan macam kedai mamak tu.

 

BAHAN PERAPAN & KISAR
15-17 ulas bawang putih
3 inci halia
1 sb garam masala
1 sb cili kisar@ serbuk cili
1 sb serbuk kunyit
1 sb jintan manis
1 sb lada hitam
1 bekas yogurt asli (130g)
1/2 bj lemon
pewarna merah
garam
peha ayam

Cara buat ayam tandoori
Blenderkan kesemua bahan kemudian perapkan dengan ayam semalaman
Esoknya boleh bakar guna pemanggang, oven atau air fryer
Hidang bersama hirisan lemon & bawang merah
Nak makan nanti pandai-pandailah korang nak makan camane…makan saje pun sodap, makan ngan nasi putih, nasi briyani pun boleh atau kawankan ngan roti Nan macam kedai mamak pun terangkat jugak ni !! Eh, pandai koranglah…

https://youtu.be/6EQ4NP37pWw

Resepi Ayam Tandoori sedikit berbeza rempahnya bersama SOS PUDINA klik https://www.youtube.com/watch?v=8zi3z…

………………………………………………………………………

TANDOORI CHICKEN Marination INGREDIENTS
15-17 cloves garlic
3 inch ginger
1 tbsp masala
1 tbsp chili paste @ chili powder
1 tbsp turmeric powder
1 tbsp cumin seeds
1 tbsp black pepper
130g yogurt
1/2 lemon
red food coloring
salt
chicken thighs

HOW TO MAKE TANDOORI CHICKEN at home?
1.Blend all the ingredients then marinate with the chicken thighs overnight.
2.Grilled the chicken & its ready to be served!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 5 =

Scroll To Top