Jika selama ni kita kena buat doh untuk buat karipap, kini tidak lagi. Jika anda kesuntukan masa ataupun kurang mahir menbuat doh karipap anda boleh sahaja menggunakan roti gardenia classic sebagai doh karipap. Cara buat roti karipap seperti di video bawah. Kami juga ada kongsikan sekali cara buat inti kentang untuk karipap.
BAHAN-BAHAN inti kentang untuk roti karipap (adunan ini boleh dapat 20++ biji roti karipap) -4 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air) -1/2 biji bawang holland -3 ulas bawang putih -7 biji kentang (potong dadu) -1 bungkus roti gardenia saiz jumbo
-gula
Roti karipap sangat sesuai sebagai menu bekal sekolah anak, menu minum petang ataupun menu sarapan pagi. Digoreng panas-panas dan diminum bersama teh o kosong, wah sedapnya!
Kari kepala ikan sentiasa di cari-cari di restoran mamak yang popular. Sepinggan kari kepala ikan boleh mencecah harga puluhan ringgit, bergantung pada saiz dan jenis ikan.
Ada pelbagai versi resepi kari kepala ikan seperti resepi kari kepala ikan azie kitchen, resepi kari kepala ikan che nom, resepi kari kepala ikan indian style, resepi kari kepala ikan mamak dan banyak lagi.
Kali ini kami akan kongsikan cara masak kari kepala ikan pekat likat, resipi turun temurun yang sedap hingga menjilat jari. Menu lazat untuk hidangan tengah hari mahupun hidangan makan malam resepi viral mudah dan sedap. Jika ada yang tanya, kari kepala ikan guna ikan apa? Untuk kali ini kami gunakan kepala ikan jenahak. Kepala ikan lain yang boleh diguna adalah seperti kepala ikan merah, kepala ikan tenggiri, kepala ikan salmon (hotel suka guna kepala ikan salmon) dan ikan-ikan lain yang bersesuaian.
BAHAN KISAR -1 biji bawang merah besar -2-3 ulas bawang putih -1″ halia -2 sudu besar rempah kari ayam -3 sudu besar rempah kari ikan
BAHAN-BAHAN LAIN -1 ketul kepala ikan kerabu -1 sudu besar halba campur -1 biji bwang merah besar (dihiris) -2 ulas bawang putih (dihiris) -2-3 tangkai daun kari -1-2 sudu besar asam jawa (campur sedikit air, buang bijinya & jadikan pes) -sedikit santan pekat -bendi (ikut suka) -tomato (*optional)
CARA MASAK 1.Masukkan halba campur dalam minyak 2.Masukkan daun kari & tumiskan hirisan bawang merah & hirisan bawang putih hingga layu 3.Kemudian masukkan bahan kisar 4.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak 5.Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa & tambahkan air secukupnya 6.Masukkan garam bukit secukup rasa 7.Biarkan mendidih & masukkan kepala ikan kerapu dan biarkan ia masak 8.Setelah masak, terbalikkan sebelah lagi kepala ikan kerapu 9.Kacau perlahan-lahan supaya kepala ikan tak hancur 10.Apabila ikan sudah masak sekata, masukkan bendi 11.Biarkan beberapa saat sahaja kuah kari mendidih kemudian segera tutup api dan tutup dengan penutup periuk supaya bendi tak lembik 12.Siap dihidang!
Tips memasak kari kepala ikan sedap perlulah memastikan rempah yang ditumis betul-betul pecah minyak sebelum memasukkan air asam jawa dan air biasa. Jika rempah tidak pecah minyak, kuah kari akan terasa payau dan tidak sedap.
Seterusnya tips memasak kari kepala ikan supaya lebih sedap adalah dengan mencampurkan rempah kari ikan dengan rempah kari ayam. Campuran dua jenis kari ini akan menjadikan kuah kari lebih umphhh! Inilah resipi turun temurun yang sis amalkan.
Ikan talapia merah masak apa sedap? Mungkin ada yang tertanya-tanya, resepi apa yang sesuai untuk dimasak ikan talapia merah. Apa kata masak ikan talapia bakar daun pisang, yang semerbak aromanya dan sangat sedap dimakan boleh buat tambah nasi berpinggan-pinggan.
BAHAN-BAHAN ikan bakar sambal -1 ekor ikan talapia merah -1/2 keping gula melaka -1 asam keping -daun pisang
BAHAN KISAR ikan bakar sambal -1 biji bawang merah besar -3 ulas bawang putih -3 batang serai -segenggam cili kering -1 inci halia -1 inci kunyit -1 inci lengkuas
Resepi Chocolate Chip Cookies paling mudah hanya menggunakan sukatan cawan & tanpa mixer….sangat sedap, crunchy & rangup di luar namun chewy & lembut di dalam. Resepi biskut sukatan cawan ini mudah, semua pakai gaul macam tu je…tau-tahu dah siap! Kalau tak percaya, korang kena try buat sendiri resepi chocolate chip cookies yang akan kami kongsikan ni.
Sesuai sangat untuk bekal sekolah anak, minum petang mahupun sebagai biskut raya nanti. Boleh dibuat stok banyak-banyak & disimpan dalam bekas kedap udara yang boleh tahan lama. Itupun kalau tahan lamalah….takut-takut sekelip mata je habis tak perasan dok ngap sambil-sambil tengok movie, neflix dsb.
Ada banyak versi resepi chocolate chip cookies ni macam resepi chocolate chip cookies famous amos, resepi chocolate chip cookies anna olson, resepi chocolate chip cookies subway, resepi chocolate chip cookies danish, resepi chocolate chip cookies azlita, resepi biskut coklat chip azlina ina, resepi biskut coklat chip cadbur. Yang pastinya kami akan kongsikan resepi biskut coklat cip cair di mulut & rangup di luar menggunakan resepi chocolate chip sukatan cawan juga tanpa mixer…mudah bukan?
BAHAN-BAHAN chocolate chip cookies -1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu, kemudian biarkan sejuk seketika) -1 1/2 cawan gula perang -1 cawan gula -2 biji telur -1 st esen vanila -1 sb tepung jagung (diayak) -3 cawan tepung gandum (diayak) -1 st baking soda (diayak) -1/2 st garam bukit (diayak) -1 cawan chocolate chip @ coklat chip (nak lebihkan pun boleh) *biskut ini memang manis, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sukatan gula
CARA BUAT biskut coklat chip 1.masukkan mentega yang telah dicairkan, gula perang & gula putih…gaul sekata 2.masukkan telur bersama esen vanila 3.masukkan 1 cawan tepung terlebih dahulu 4.masukkan tepung jagung 5.masukkan baking soda & garam bukit….gaul sekata 6.kemudian masukkan 2 cawan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit 7.akhir sekali masukkan coklat cip ikutlah banyak mana yang kita suka 8.bulat-bulatkan adunan, letak atas tray 9.simpan dalam peti sejuk selama 1jam ( STEP ni PENTING) 10.keluarkan dari peti sejuk & biarkan pada suhu bilik lebihkurang 20minit 11.bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing) 12.dah siap…panas-panas tu sedap dimakan cicah dengan susu. Yumeh! 13.bila biskut coklat chip dah sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara
Bagi sis, adunan biskut ni memang manis…lain kali kalau nak buat lagi sis akan kurangkan sukatan gula sebab coklat chip tu pun dah manis kan.
Cara buat Nescafé Ais Kaw Pekat @ Sukatan betul cara buat nescafe ais padu, nescafe ais sedap…lebih padu dan kaw dari nescafe ais mamak. Anda kena cuba sendiri resepi viral mudah dan sedap nescafe ais kaw padu ni, pasti takkan kecewa macam dapat nescafe ais cair kat kedai makan.
Nescafe Ais Resepi: 1 SB Nescafé Classic 2 SB Susu pekat Manis 100ml air panas Ais kiub
Untuk cara buat nescafe ais ikat tepi atau nescafe ais bungkus, anda boleh juga gunakan resepi nescafe ais di atas cuma sukatan perlu dilebihkan sekali ganda daripada sukatan bancuhan asal. Nescafe ais kaw bancuh sendiri lebih fresh dan padu daripada nescafe ais tin, kena cuba resepi nescafe ais ni pasti tak menyesal.
Cara membuat nescafe ais sebenarnya tak susah, semua orang pun boleh buat. Cuma cara buat nescafe ais paling sedap ni kami dah eksperimen banyak kali sebelum nak dapatkan sukatan yang betul dan padu macamni. Jika sukatan lari, tahap pekat dan kaw nescafe ais juga boleh ‘lari’.
Tips cara buat nescafe ais paling sedap terletak pada sukatan bancuhan yang betul, paling penting air kena betul-betul panas dan jangan banyak. Rahsia nescafe ais kaw, lepas masuk air panas jangan ditambah lagi air biasa…jika ditambah juga, nescafe ais dah tak jadi kaw dan pekat. Walaupun air panas tu nampak sikit, bila ditambah ais kiub atau air batu….ais inilah yang akan mencair dan memperbanyakkan sukatan air nescafe nanti.
Antara nescafe classic vs gold, nescafe classic lagi kick rasa dia. Nescafe classic susu juga sedap diminum panas-panas, cuma sukatan bancuhannya tak sama seperti resepi nescafe ais di atas. Untuk yang sedang berdiet, eloklah dielakkan dulu nescafe ais kaw ni sebab nescafe ais kalori agak tinggi.
Ayam bakar sememangnya menu kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain mudah disediakan, ianya juga salah satu menu diet sihat. Sebelum itu boleh tonton resepi ayam bakar menggiurkan yang telah mendapat 25k views ini:
RESEPI NASI MINYAK ala KENDURI KAHWIN yang sedap dan mudah. Kali ni kami akan kongsi cara masak nasi minyak menggunakan beras basmati dan pelbagai lagi tips memasak nasi minyak yang lembut, gebu dan fluffy.
Air jagung ketagih sememangnya resepi air viral yang sedap hingga menyebabkan orang ingin minum berulang-ulang kali. Kali ini kami akan kongsikan resepi air jagung ketagih yang lebih power, bukan sahaja ada jagung malahan ada tambahan laici dan cincau. Rasa sekali pasti nak lagi!
Resepi air barli dan kurma merah minuman sedap berkhasiat untuk tubuh badan. ‘Ubat’ demam sedap yang mujarab kerana air barli dapat sejukkan badan dan menurunkan suhu badan panas demam.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF Youtube (klik subscribe) FB Page (klik like & follow) FB Group (klik join group) Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Cara masak air barli mudah bersama kurma merah kena lihat video sampai habis. Resepi air barli viral ini bagus untuk kesihatan tubuh badan kerana tiada sebarang campuran gula putih. Dengan kos yang sangat murah, air barli memberikan 1001 khasiat dan kelebihan pada kita.
Selain boleh dijadikan ‘ubat’ demam sedap, air barli juga banyak khasiat lain.
1] Air barli untuk kencing kotor
2] Air barli untuk batu karang
3] Air barli untuk kencing manis
4] Air barli untuk pesakit buah pinggang
4] Air barli untuk ibu hamil
5] Air barli untuk batuk
6] Air barli untuk gastrik
7] Air barli untuk kolesterol
8] Air barli untuk gout
9] Air barli untuk diet
BAHAN-BAHAN
-200g barli
-100g kurma merah
-1.5 liter air
-madu (secukup rasa)
Selain dijadikan minuman sedap yang berkhasiat, air barli juga sesuai sebagai air detox. Boleh dijadikan salah satu resepi air berbuka puasa yang dapat mengembalikan tenaga dan bagus untuk detox tubuh selepas seharian badan kita berehat dari makan minum.Air barli dengan khasiat 2 in 1 yang mana menghilangkan dahaga dan menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Bihun Goreng Singapore/ Singapore Fried Noodles & Bee Hoon, resepi bihun goreng simple dan ringkas untuk disediakan. Bihun Goreng Singapore @ Singapura sangat sinonim dengan nama bihun goreng putih @ bihun goreng putih lada hitam kerana rupa bihunnya yang tiada apa-apa pewarna dan putih polos.
BAHAN-BAHAN bihun goreng singapore
-sepeket bihun
– bawang putih (diracik @ ditumbuk)
-1 sudu besar lada hitam @ black pepper (ditumbuk)
-isi ayam (potong kecil)
-1 biji telur ayam
-kobis (dihiris)
-carrot @ lobak merah (dihiris memanjang)