aszulqa.com

NASI MINYAK I Resepi Nasi Minyak Kenduri Kahwin I Tips Nasi Minyak Berderai Sebiji Sebiji

RESEPI NASI MINYAK ala KENDURI KAHWIN yang sedap dan mudah. Kali ni kami akan kongsi cara masak nasi minyak menggunakan beras basmati dan pelbagai lagi tips memasak nasi minyak yang lembut, gebu dan fluffy.

Kini tak perlu tunggu kenduri kahwin pun dah boleh makan nasi minyak ni, anak dara & bujang pun boleh buat ni jika follow resipi nasi minyak mudah kat bawah

::: BAHAN-BAHAN:::
4 pot beras basmathi (extra long)
minyak masak
3 sb minyak ghee @ minyak sapi
1 bawang merah besar (hiris mayang)
3 ulas bawang putih (hiris mayang)
1 inci halia (hiris mayang)
3 simpul daun pandan
Rempah 4 sekawan (kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
2 genggam kismis
1 genggam gajus
1/2 tin susu cair
sedikit garam
Air (ikut sukatan biasa masak nasi)
pewarna kuning *optional

 

:::CARA MASAK NASI MINYAK:::
✅Rendam beras basmathi 1/2 jam kemudian toskan
✅Panaskan minyak masak dalam kuali & masukkan minyak ghee
✅Masukkan rempah 4 sekawan & daun pandan
✅Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
✅Masukkan susu cair & air secukupnya
✅Masukkan sedikit garam
✅Bila dah mendidih masukkan kismis & gajus
✅Masukkan juga beras basmati yang telah ditoskan tadi
✅Kacau-kacau manja sekejap kemudian tutupkan api (jangan kasar takut nasi patah)
✅Pindahkan masakan tadi ke rice cooker, tambahkan air ikut sukatan masak nasi macam biasa
✅Masak dalam rice cooker macam biasa
✅Bila dah masak boleh tambahkan 3 titik pewarna kuning *optional
✅Sedia dihidang!
Kredit Resepi Dr. As Zulqa

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 9 =

Scroll To Top