aszulqa.com

resepi biskut casablanca…biskut raya sedap, sesedap namanya!

Pernahkah ada mendengar nama biskut casablanca? Biskut raya mudah ini sangat sedap kerana rasanya yang rangup gabungan pelbagai bahan seperti nestum, oat dan cornflakes…memang agak meriah bahannya!

Read more

resepi biskut kelapa legend…biskut raya dulu-dulu yang mudah dan sentiasa digemari

Kelapa adalah salah satu bahan asas di dalam masakan Melayu yang banyak diguna pakai baik dalam resipi lauk pauk, kuih muih mahu pun biskut. Biskut raya kelapa adalah salah satu resepi biskut raya dulu-dulu yang legend, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Read more

Resepi Chocolate Chip Cookies Crunchy Di Luar, Chewy Di Dalam [Biskut Sukatan Cawan Tanpa Mixer]

Resepi Chocolate Chip Cookies paling mudah hanya menggunakan sukatan cawan & tanpa mixer….sangat sedap, crunchy & rangup di luar namun chewy & lembut di dalam. Resepi biskut sukatan cawan ini mudah, semua pakai gaul macam tu je…tau-tahu dah siap! Kalau tak percaya, korang kena try buat sendiri resepi chocolate chip cookies yang akan kami kongsikan ni.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

 

Sesuai sangat untuk bekal sekolah anak, minum petang mahupun sebagai biskut raya nanti. Boleh dibuat stok banyak-banyak & disimpan dalam bekas kedap udara yang boleh tahan lama. Itupun kalau tahan lamalah….takut-takut sekelip mata je habis tak perasan dok ngap sambil-sambil tengok movie, neflix dsb.

 

Ada banyak versi resepi chocolate chip cookies ni macam resepi chocolate chip cookies famous amos, resepi chocolate chip cookies anna olson, resepi chocolate chip cookies subway, resepi chocolate chip cookies danish, resepi chocolate chip cookies azlita, resepi biskut coklat chip azlina ina, resepi biskut coklat chip cadbur. Yang pastinya kami akan kongsikan resepi biskut coklat cip cair di mulut & rangup di luar menggunakan resepi chocolate chip sukatan cawan juga tanpa mixer…mudah bukan?

 

 

BAHAN-BAHAN chocolate chip cookies
-1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu, kemudian biarkan sejuk seketika)
-1 1/2 cawan gula perang
-1 cawan gula
-2 biji telur
-1 st esen vanila
-1 sb tepung jagung (diayak)
-3 cawan tepung gandum (diayak)
-1 st baking soda (diayak)
-1/2 st garam bukit (diayak)
-1 cawan chocolate chip @ coklat chip (nak lebihkan pun boleh)
*biskut ini memang manis, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sukatan gula

CARA BUAT biskut coklat chip
1.masukkan mentega yang telah dicairkan, gula perang & gula putih…gaul sekata
2.masukkan telur bersama esen vanila
3.masukkan 1 cawan tepung terlebih dahulu
4.masukkan tepung jagung
5.masukkan baking soda & garam bukit….gaul sekata
6.kemudian masukkan 2 cawan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit
7.akhir sekali masukkan coklat cip ikutlah banyak mana yang kita suka
8.bulat-bulatkan adunan, letak atas tray
9.simpan dalam peti sejuk selama  1jam ( STEP ni PENTING)
10.keluarkan dari peti sejuk & biarkan pada suhu bilik lebihkurang 20minit
11.bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing)
12.dah siap…panas-panas tu sedap dimakan cicah dengan susu. Yumeh!
13.bila biskut coklat chip dah sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara

Bagi sis, adunan biskut ni memang manis…lain kali kalau nak buat lagi sis akan kurangkan sukatan gula sebab coklat chip tu  pun dah manis kan.

Scroll To Top