aszulqa.com

1 Bungkus Roti Gardenia Boleh Buat Apa?! Lihat sini ROTI GARDENIA RESEPI

1 bungkus roti gardenia boleh buat apa?
Eh, takkan asyik nak makan roti dengan jem atau kaya aje kan…jemu juga. Sekali-sekala tukar la angin untuk pelbagaikan menu roti gardenia. Jap lagi sis akan kongsikan aneka resepi roti gardenia, yang mana daripada sebungkus roti gardenia classic 400g tu, sis boleh buat 3 menu masakan tau. Nak tahu? klik sini terus

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Musim-musim pkp 2.0 tahun 2021 ni, kita kena kreatif pelbagaikan masakan walaupun hanya dari sekeping roti. Menu roti gardenia ni adalah antara menu viral pkp sepanjang pkp 1.0 (menu viral 2020)

Bila sis goole kan, sis baru tahu antara roti gardenia yang menjadi kegemaran ramai ialah roti gardenia coklat, roti gardenia hijau, roti gardenia purple, roti gardenia jagung, roti gardenia wholemeal & roti gardenia panjang.

Antara kenangan menarik roti gardenia sepanjang tempoh pkp 1.0 Mac 2020 tahun lalu, bertarikh 23 Mac 2020 ramai yang up status di sosial media “roti gardenia dalam kenangan” kerana roti gardenia habis licin di setiap rak kedai & pasaraya. Ramai yang membuat pembelian panik (panic buying) agaknya. Menarik bila dikenangkan roti gardenia covid ni.

Ramai juga yang tertanya-tanya roti gardenia harga. Seperti yang dilaporkan oleh utusan, roti gardenia sudah naik harga bermula 1 disember 2020, tetapi untuk beberapa produk tertentu sahaja. Kenaikan bermula dari 5 sen hingga ke 20 sen untuk produk seperti sambal bilis, red beans, butterscoth dll. Tapi jangan risau, roti gardenia original classic 400g yang berharga RM2.50 tetap maintain tak naik harga.

Oh ya! korang tahu ke sebungkus roti gardenia ada berapa keping?
Jawapannya adalah 13 keping. So, jika kita nak buat 3 hidangan @ 3 menu dari sebungkus roti gardenia…setiap menu masakan akan menggunakan 4-5 keping roti gardenia. Best kan, dari sebungkus roti gardenia boleh dapat aneka menu hidangan.

Resepi Roti Gardenia untuk 1 bungkus roti gardenia original classic
1. Roti gardenia sosej @ hotdog cheese gulung
2. Roti gardenia pizza
3. Garlic bread (roti bawang putih)

 

Menu #1
ROTI GARDENIA SOSEJ @ HOTDOG CHEESE GULUNG
[Roti gardenia goreng]

Bahan-bahan menu #1
-4 keping roti gardenia
-4 batang hotdog @ sosej
-4 keping cheese
-1 biji telur (pecahkan & kacau)
-1 mangkuk serbuk roti

Cara buat
1.Ambil sekeping roti gardenia & letakkan sekeping cheese di atasnya
2.Kemudian letakkan sosej @ hotdog & gulungkan
3.Ketip hujung gulungan dengan sedikit bancuhan telur
4.Kemudian golek-golekkan gulungan roti tadi dalam bancuhan telur
5.Golek-golekkan gulungan roti atas serbuk roti
6.Ulang langkah 1-5 untuk ketiga-tiga roti yang lain
7.Panaskan minyak masak
8.Goreng dengan api perlahan hingga kuning keemasan

SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul

 

Menu #2
GARLIC BREAD (ROTI BAWANG PUTIH)
[Roti gardenia bakar]

Bahan-bahan menu #2
-5 keping roti gardenia (setiap keping potong dua)
-4 sudu besar buttercup
-4@5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
-parsley flakes

Cara buat
1.Biarkan butter pada suhu bilik sampai lembut

2.Masukkan dalam mangkuk butter bersama bawang putih, hancurkan & kacau sebati
3.Kemudian masukkan parsley flakes
4.Ambil roti & sapukan bancuhan butter tadi rata-rata
5.Kemudian bakar dalam oven pada suhu 210 selama 10 minit
6.Dah siap dibakar sedap dimakan panas-panas, dicicah dengan mushroom soup @ sup cendawan!

SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul

 

Menu #3
ROTI GARDENIA PIZZA
[Roti gardenia bakar oven]

Bahan-bahan menu #3
-4 keping roti gardenia
-4 keping cheese
-sedikit sos spaghetti original
-surimi ketam
-nenas (potong kecil)
-bawang holland (dihiris)
-mozarella cheese

Cara buat
1.Sapukan sos spaghetti original ke atas roti

2.Letakkan cheese keping
3.Susunkan potongan surimi ketam & nenas ke atas cheese keping tadi
4.Taburkan moarella cheese & parsley flakes
5.Bakar dalam oven pada suhu 210 selama 10 minit
6.Sedap dimakan panas-panas!

SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 16 =

Scroll To Top