aszulqa.com

TIPS MASAK KARI PECAH MINYAK

Ada beberapa cara supaya kari atau gulai pecah minyak dengan sempurna. Tips memasak kari supaya pecah minyak sempurna ini adalah perkongsian daripada fb Safwan Adnan yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

bukan telur rebus biasa…sup telur rebus resepi lain dari yang lain ni memang sedap dihirup

Jangan hanya goreng telur atau dadar telur, cuba masak dengan kaedah ini. Cubalah resipi telur rebus sup yang sedap dihirup hingga titisan terakhir. Dengan mempelbagaikan resepi telur, jadi tidaklah terasa bosan apabila setiap kali nak makan telur hanya digoreng dadar atau dibuat telur mata kerbau sahaja.

Read more

bukan kek lapis sarawak tapi kek lapis capucinno yang sedap dan mudah dibuat

Kek lapis Sarawak memang popular bagi penggemar kek lapis. Selain sedap, rupanya yang menarik, berwarna warni dan bercorak adalah antara daya penarik kek lapis Sarawak ini.

Read more

Nasi ganja ipoh kini boleh dibuat sendiri di rumah…jom ikuti resepi nasi ganja surrrrrrr ni!

Bila sebut nasi ganja mesti ramai yang terbayangkan nasi ganja Ipoh yang sering menjadi sebutan ramai. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ia dipanggil nasi ganja. Sebenarnya nasi ganja adalah sama sahaja seperti nasi kandar. Mungkin disebabkan kesedapannya menyebabkan ramai yang ketagih nak makan nasi ini sehingga timbullah gelaran nasi ganja.

Read more

BROWNIES KEDUT sukatan cawan

Jika anda teringin nak makan sesuatu yang manis dan sedap tetapi mudah dibuat, apa kata anda cuba brownies kedut. Resepi brownies kedut sukatan cawan ini mudah diikuti dan cara penyediaannya juga agak ringkas.

Read more

sambal tempoyak ikan bilis petai yang tak boleh ditolak! tambah berselera bila ada sambal tempoyak ni…

Apabila musim durian tiba, kebiasaannya durian yang sudah lama, berair dan hampir buruk akan dijadikan tempoyak. Zaman dulu-dulu tempoyak ini tiada harga, dibuat dan disimpan berbulan-bulan di rumah. Tapi zaman sekarang ini, bukan sahaja durian yang mahal…malahan tempoyak juga sudah menjadi ‘harga’. Sebotol tempoyak selalunya tak lari dari harga RM10 ke atas, kebiasaannya orang menjual tempoyak RM20 sebotol di Selangor dan Kuala Lumpur.

Read more

PULUT DURIAN: cara masak pulut guna rice cooker dan santan kotak buatkan pulut lembut berlemak tapi tak berkerak!

Musim durian Malaysia 2022 tiba lagi. Durian runtuh tahun ini menyebabkan harga durian jatuh dan mampu dibeli oleh ramai orang. Durian kampung dijual semurah RM5 sekilo. Dengan harga semurah itu, mesti ramai yang teruja nak beli durian kampung banyak-banyak. 

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian kampung boleh dibuat pelbagai kuih tradisional melayu. Antara kuih berasaskan durian adalah seperti kuih seri muka durian, talam durian, cekodok durian, bingka durian dan banyak lagi. Antara resepi durian yang mudah dan cepat disediakan adalah bubur durian dan pulut durian. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan resepi pulut durian dan cara memasak pulut hanya menggunakan rice cooker dan santan kotak sahaja.

 

Bahan-bahan pulut:
4 cawan beras pulut
air (sukatan lihat video)
1 cawan santan + sedikit garam
daun pandan

Cara masak pulut menggunakan rice cooker
-Pulut dibasuh macam biasa dan tak perlu direndam terlebih dahulu
-Masukkan air bersama beras pulut, air hanya paras pulut sahaja (jangan lupa daun pandan)
-Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
-Bila dah masak, keluarkan pulut dan masukkan 1 cawan santan
-Gaulkan pulut dan santan supaya sebati (gaul manja-manja je ye)
-Kemudian masukkan kembali ke rice cooker dan masak sekali lagi
-Dah siap!

Bahan-bahan kuah santan:
500ml santan kotak
garam
daun pandan

Cara masak kuah santan kotak
-Masukkan kesemua bahan dan kacau hingga mendidih
-Kacau seketika kemudian tutupkan api
-Siap!

Bahan-bahan lain:
Isi durian
Gula melaka dihancurkan atau diracik-racik

Hidangkan pulut bersama kuah santan dan gula melaka. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Ayam goreng KFC yang rangup dan juicy selalunya digemari baik dewasa mahupun kanak-kanak. Sedap dimakan di restoran makanan segera ini, mahupun dibungkus bawa pulang. Jika dibeli 1 set tidaklah terasa mana, tapi jika dibeli untuk seisi keluarga lebih dari 5 orang ahli keluaraga memang terasa mahalnya.  Read more

resepi agar-agar roti gardenia @ agar-agar roti marble

Kadang-kadang kita terlebih beli roti putih gardenia dan tak tahu nak buat apa dengan roti gardenia tu. Jika tidak terlebih beli, ada kalanya tidak termakan…bila tengok tarikh luput tinggal sehari je lagi, almaklumlah jangka hayat roti gardenia classic ni cuma 4 hari sahaja dan tidak boleh disimpan lama-lama.

Read more

Scroll To Top