aszulqa.com

cara masak pulut guna rice cooker dan santan kotak: RESEPI PULUT DURIAN

Musim-musim durian ni buat pulut durian kuah santan untuk dimakan seisi keluarga mesti sedapkan?

Alhamdulillah, tahun 2022 ni durian menjadi sungguh. Jadi adalah rezeki pembeli dan penggemar durian nak merasa durian lebih sikit. Kebanyakan kedai durian @ gerai durian menawarkan harga yang murah kerana lambakan stok durian di pasaran.

Ikuti cara masak pulut menggunakan rice cooker yang mudah dan cepat disediakan seperti di bawah. Tambah mudah lagi resepi pulut ini hanya menggunakan santan kotak.
 

Bahan-bahan pulut (4-6 org makan):
4 pot beras pulut
daun pandan
1 cawan santan
garam

Bahan-bahan kuah santan:
500ml santan kotak
250ml air
garam
 
Isi durian kenalah ada….barulah namanya pulut durian kannnn.
Cara masak pulut durian guna rice cooker & cara masak kuah santan klik video bawah:
 

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 10 =

Scroll To Top