aszulqa.com

resepi agar-agar roti gardenia @ agar-agar roti marble

Kadang-kadang kita terlebih beli roti putih gardenia dan tak tahu nak buat apa dengan roti gardenia tu. Jika tidak terlebih beli, ada kalanya tidak termakan…bila tengok tarikh luput tinggal sehari je lagi, almaklumlah jangka hayat roti gardenia classic ni cuma 4 hari sahaja dan tidak boleh disimpan lama-lama.

Selain enak dimakan begitu sahaja, roti gardenia classic juga sedap dibuat puding ataupun agar-agar. Bolehlah dimasukkan dalam senarai resepi ‘dessert’ atau pencuci mulut yang sedap dan mudah.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Resepi agar-agar roti gardenia @ agar-agar roti marble ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar tali
3 cawan air


BAHAN KISAR:
4 keping roti dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin
beberapa pewarna pilihan

CARA MASAK AGAR-AGAR BERTALI:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.

2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar dan masak hingga pekat.

3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.

4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.

5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA YA!

Kredit: empunya resepi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + sixteen =

Scroll To Top