aszulqa.com

PULUT DURIAN: cara masak pulut guna rice cooker dan santan kotak buatkan pulut lembut berlemak tapi tak berkerak!

Musim durian Malaysia 2022 tiba lagi. Durian runtuh tahun ini menyebabkan harga durian jatuh dan mampu dibeli oleh ramai orang. Durian kampung dijual semurah RM5 sekilo. Dengan harga semurah itu, mesti ramai yang teruja nak beli durian kampung banyak-banyak. 

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian kampung boleh dibuat pelbagai kuih tradisional melayu. Antara kuih berasaskan durian adalah seperti kuih seri muka durian, talam durian, cekodok durian, bingka durian dan banyak lagi. Antara resepi durian yang mudah dan cepat disediakan adalah bubur durian dan pulut durian. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan resepi pulut durian dan cara memasak pulut hanya menggunakan rice cooker dan santan kotak sahaja.

 

Bahan-bahan pulut:
4 cawan beras pulut
air (sukatan lihat video)
1 cawan santan + sedikit garam
daun pandan

Cara masak pulut menggunakan rice cooker
-Pulut dibasuh macam biasa dan tak perlu direndam terlebih dahulu
-Masukkan air bersama beras pulut, air hanya paras pulut sahaja (jangan lupa daun pandan)
-Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
-Bila dah masak, keluarkan pulut dan masukkan 1 cawan santan
-Gaulkan pulut dan santan supaya sebati (gaul manja-manja je ye)
-Kemudian masukkan kembali ke rice cooker dan masak sekali lagi
-Dah siap!

Bahan-bahan kuah santan:
500ml santan kotak
garam
daun pandan

Cara masak kuah santan kotak
-Masukkan kesemua bahan dan kacau hingga mendidih
-Kacau seketika kemudian tutupkan api
-Siap!

Bahan-bahan lain:
Isi durian
Gula melaka dihancurkan atau diracik-racik

Hidangkan pulut bersama kuah santan dan gula melaka. Selamat mencuba!

Scroll To Top