aszulqa.com

sambal tempoyak ikan bilis petai yang tak boleh ditolak! tambah berselera bila ada sambal tempoyak ni…

Apabila musim durian tiba, kebiasaannya durian yang sudah lama, berair dan hampir buruk akan dijadikan tempoyak. Zaman dulu-dulu tempoyak ini tiada harga, dibuat dan disimpan berbulan-bulan di rumah. Tapi zaman sekarang ini, bukan sahaja durian yang mahal…malahan tempoyak juga sudah menjadi ‘harga’. Sebotol tempoyak selalunya tak lari dari harga RM10 ke atas, kebiasaannya orang menjual tempoyak RM20 sebotol di Selangor dan Kuala Lumpur.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

‘Hantu’ durian bukan sahaja suka makan durian, malahan gemar juga masakan berasaskan tempoyak. Antara resepi tempoyak yang selalu kita jumpa ialah patin masak tempoyak, tempoyak pucuk ubi, tempoyak daun kayu, tempoyak udang dan banyak lagi. 

Kali ini kami akan kongsikan resepi sambal tempoyak ikan bilis dan petai yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

 

Bahan-bahan:
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*Segenggam cili padi
(*tumbuk kesemua bahan ini)

Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nak letak sekilo pon boleh..selera masing-masing ?)
Daun kunyit – hiris (urat tengah daun yang keras tu buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

Cara- buat sambal tempoyak ikan bilis petai:
-Tumis bahan tumbuk sampai garing & masukkan ikan bilis…dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.
-Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit..kacau 3-4 kali terus tutup api.

Jangan lama-lama mengacau sampai sejam pulak ye..,petai kalau masak sangat rasa dah tak sedap.. ok,SIAP!! Boleh makan dengan nasi panas-panas, ikan pekasam @ ikan gelama masin ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 5 =

Scroll To Top