Resipi Ikan Keli Berlada atau resepi ikan keli berlado ni simple je, tapi boleh buat makan nasi tambah berpinggan-pinggan. Makan tanpa sambal belacan pun boleh bertambah bila berlaukkan ikan keli berlado ni.
Selain daripada berkongsi resepi ikan keli berlada atau ada yang panggil sambal ikan keli, kami juga ada kongsikan cara hilangkan hanyir ikan keli juga cara bersihkan ikan keli supaya tidak hanyir. Kena tonton video bawah ni sampai habis untuk dapatkan resepi penuh ikan keli berlado bersama petua dan tips memasak ikan keli. Oh ya! Jika nak buat resepi ikan keli berlada hijau, boleh gantikan cili padi merah tu dengan cili padi hijau…maka akan jadilah resepi ikan keli berlada hijau.
BAHAN-BAHAN A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras
B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar_*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar_*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam
Kita biasa makan ataupun masak ikan cencaru sambal, apakata cuba pelbagaikan pula resepi masak ikan cencaru dengan membuat ikan cencaru sumbat sambal kelapa.
BAHAN-BAHAN Ikan cencaru sumbat sambal kelapa
-3 ekor ikan cencaru
-1 susu besar serbuk kunyit
-1 susu besar serbuk kari
-1 sudu teh garam bukit
BAHAN TUMBUK/ KISAR KASAR Ikan cencaru sumbat kelapa
-1 biji kelapa parut
-1 biji bawang merah besar
-2 batang serai
-1/2 susu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar asam jawa (buang biji)
-1 sudu besar cili kisar
-1 susu besar gula
-1 sudu teh garam bukit
Kita selalu makan atau masak ikan keli bakar kan, tapi resepi ikan keli bakar berempah kali ini sudah semestinya lain dari yang lain. Bak kata orang, sekali rasa pasti nak lagi.
Selain dibuat bakar, antara resepi lain berasaskan ikan keli yang boleh dicuba ialah ikan keli bakar berlada, ikan keli bakar air asam, ikan keli masak berlada, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli goreng rangup, ikan keli masak sambal, ikan keli masak berlada hijau, ikan keli sambal hijau, ikan keli goreng berempah.
Antara banyak-banyak cara membakar ikan keli seperti bakar guna arang, oven, air fryer atau pemanggang ajaib, kali ini sis pilih guna pemanggang ajaib sebab ikan keli akan lebih ‘moist’ jika dibandingkan dibakar guna oven.
BAHAN KISAR -1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-3 tangkai cili kering
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar jintan manis
BAHAN LAIN
-5 ekor ikan keli (dikelar)
-1 keping asam keping
-1 sudu besar gula
-2 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK 1.Panaskan minyak masak & masukkan kesemua bahan kisar
2.Kacau sebati seketika
3.Kemudian masukkan asam keping, gula & garam bukit
4.Kacau seketika & apabila rempah sudah sebati masukkan kesemua ikan keli
5.Masak ikan keli kurang dari 5 minit (biar keli separuh masak sahaja)
6.Tutup api
7.Sediakan pemanggang ajaib & pindahkan ikan keli dari periuk ke pemanggang ajaib
8.Bakar @ panggang keli hingga masak
9.Tutup api & bolehlah dihidang panas
Selain sedap dibakar atau dipanggang, ikan keli juga sedap dimasak berlado (ikan keli masak berlada)
Ikan keli berlado @ Resepi ikan keli berlada yang bila makan buat nasi tambah berpinggan-pinggan. Tak rugi tengok video Ikan KELI berlado ni sampai habis sebab dalam video ni ada banyak petua, tips & cara:
1) petua dan cara bersihkan Ikan KELI supaya tak hanyir
2) cara dan petua siang Ikan KELI untuk hilangkan hanyir
3) tips dan petua goreng Ikan KELI tak meletup dan tak melekat di kuali
BAHAN-BAHAN A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras
B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar)(*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar) (*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam
BAHAN UNTUK BERSIHKAN IKAN KELI
-tepung gandum
-asam jawa
*boleh juga gunakan limau kasturi @ limau nipis
Resepi kari ikan sugu pavithra nampak seperti kari ikan mamak & indian style. Cara masak kari ikan sugu pavithra ini nampaknya berlainan dari kari ikan melayu kerana kari ikan sugu pavithra ada banyak step yang perlu diikuti, cara memasak juga lain. Kena hafal step tu, kalau tak biasa boleh terlupa stepnya.
Sis tak pasti samada resepi ini adalah sama seperti resepi kari ikan mamak atau tidak. Yang pastinya berbeza dengan resepi kari kepala ikan pekat yang sis pernah share kat bawah ni
Kari ikan cara Sugu Pavithra ni bagi sis agak rumit sebab banyak step & bahan, lagi satu sis tak biasa masak kari Indian style sebelum ni. Agaknya kalau memang dah biasa buat takdelah susah manapun kan. Bak kata omputih “practice makes perefect”
Berbezanya kari ikan cara Sugu Pavithra ni dengan kari ikan yang biasa sis masak ialah, kari ikan stail India ni perlu memasukkan tomato dan terung terlebih dahulu di awal proses memasak. Kalau kebiasaannya kari ikan yang kita masak…tomato dan terung akan dimasukkan di akhir sekali proses memasak. Kaedah memasaknya memang berlainan.
Sis menggunakan ikan bawal, ikan lain yang sedap dimasak kari ialah kari ikan tenggiri, kari ikan tongkol, kari ikan kembung, kari ikan pari, kari ikan merah, kari ikan mayong dan boleh disesuaikan dengan ikan lain juga ikut kesukaan masing-masing. Ikan bawal masak kari memang kegemaran keluarga sis. Untuk lebih faham tengok resepi dan cara masak kari ikan Indian style di bawah
BAHAN-BAHAN kari ikan -2 ekor ikan bawal emas (dipotong)
-4 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
-1 biji bawang merah besar (dihiris)
-1 labu bawang putih (dihiris) -1 sudu besar halia ditumbuk
-1 sudu besar halba campur
-air asam jawa (setengah kepal asam jawa dicampur dengan sedikit air)
-3 tangkai daun kari
-2 biji tomato dibelah -3 biji terung bulat (dibelah & direndam dalam air garam cara sugu pavithra bagi mengelakkan terung bertukar warna -3 tangkai cili hijau (dibelah dua) -9 bendi -santan kotak (nak guna santan segar pun boleh) -daun ketumbar (sebagai hiasan)
CARA MASAK KARI IKAN cara Sugu Pavithra
1.Panaskan minyak dan masukkan halba campur
2.Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih…kacau
3.Bila bawang dah naik bau masukkan cili hijau & halia yang telah ditumbuk…kacau
4. Masukkan dauk kari bersama tangkainya sekali (kari ikan cara sugu pavithra)
5.Masukkan tomato, kemudian masukkan bendi…kacau
6.Masukkan bancuhan serbuk kari…kacau sebati
7.Masukkan air secukupnya
8.Masukkan air asam jawa 9.Masukkan sedikit santan (jangan banyak sangat)
10.Masak dan kacau sehingga ia mendidih
11.Dah mendidih masukkan bendi kemudian perasakan dengan garam
12.Masukkan kesemua potongan ikan 13.Kacau perlahan-lahan sahaja supaya ikan tidak hancur
14.Masaklah sehingga ikan betul-betul masak & sebati dengan kuah kari
15.Akhir sekali taburkan daun ketumbar sebagai hiasan juga penambah rasa
16.Siap untuk dihidang!
Boleh juga rujuk resepi kari ikan pekat likat sedap yang biasa sis masak kat rumah macam video kat bawah ni….yang ni memang terangkat bila makan! Makan dengan nasi panas sodap, cicah dengan roti canai pon sodap…musim-musim lockdown 3.0 ni boleh goreng roti paratha segera tu then cicah dengan kari ni…makan tak berganjak jawabnya!
*BLENDED INGREDIENTS -1 red onions -3 cloves garlic -1 inch ginger -5 tbsp fish curry powder -water
HOW TO COOK fish curry 1.Heat cooking oil in a medium sized pot. 2.Add mix fenugreek & curry leaves and let them splutter briefly 3.Fry red onion and garlic in hot oil until soft 4.Add blended ingredients and keep stirring until the oil separates 5.Add tamarind paste 6.Add water and bring to a boil 7.Pour in coconut milk 8.Season with salt 9.Add fish and let it cook for a while 10.Once the fish is cooked, add lady finger and tomato 11.Cook for 10 seconds then turn off the heat 12.Immediately cover the pot with a lid 13.Done!
Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.
Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.
Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.
Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.
BAHAN KISAR -2 biji bawang besar merah -6 ulas bawang putih -1″ kunyit hidup -9 tangkai cili kering
BAHAN LAIN -2 batang serai diketuk -1-2 asam keping -seikat kangkung -seikat daun kesum -1-2 ekor ikan siakap (dipotong)
CARA MEMASAK 1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk 2.Tambahkan air secukupnya 3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping 4.Masukkan daun kesum & kacau sebati 5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur 6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung 7.Perasakan dengan garam bukit 8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.
Ramai yang masih tercari-cari resepi asam pedas ikan bersesuaian dengan lauk ikan yang nak dimasak nanti. Secara asasnya, asam pedas ikan ini boleh dipelbagaikan ikannya untuk dimasak contohnya asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan siakap, asam pedas ikan kerisi, asam pedas ikan patin, termasuklah asam pedas ikan jenahak.