aszulqa.com

Cara claim SOCSO [claim socso kemalangan, MC dan cuti sakit] PART 2

Sebelum ini sis pernah kongsikan senarai semak dokumen tuntutan kemalangan SOCSO/ PERKESO yang sis dapat melalui panggilan telefon dengan pegawai SOCSO. Klik sini untuk lihat senarai semak dokumen tuntutan kemalangan SOCSO/ PERKESO.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

Jadi setelah berjaya mengumpulkan kesemua dokumen untuk tuntutan kemalangan SOCSO seperti yang diberitahu oleh pegawai SOCSO melalui panggilan telefon sebelum ini, maka hari ini sis pun pergilah ke pejabat SOCSO di Petaling Jaya untuk menghantar kesemua dokumen itu. Berikut ialah alamat SOCSO di Selangor yang terletak di Petaling Jaya dan segala informasi yang berkaitan:

Pejabat PERKESO Petaling Jaya
Wisma PERKESO, Lot 141, Seksyen 6, 
Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya, 
Selangor.

Tel : 03-7949 8888

E-mel : pkspjat symbol emel smallperkeso.gov.my

Waktu Urusan :
8.00 Pagi – 5.00 Petang

(Isnin – Jumaat)

 

 

Sis sampai lebih kurang jam 11 pagi terus ke kaunter dan ambil nombor giliran. Orang pun tidak ramai hari ini, jadi tidaklah lama menunggu. Mudah sahaja urusannya.  Apabila tiba giliran sis, pegawai menyemak segala dokumen yang dibawa. Setelah disemak ada 1 lagi borang yang tiada iaitu borang BKA-1, nasib baik borang itu sudah tersedia di kaunter jadi pegawai menyuruh sis isikan segala details dalam borang tersebut. 

Selain itu surat pengesahan akaun bank yang sis bawa juga tidak diterima kerana bank itu tidak tersenarai dalam 9 bank yang SOCSO telah tetapkan. Oh! manalah sis tahu, sebab waktu telefon pegawai sebelum datang, sis tidak diberitahu tentang 9 senarai bank ni. Kalaulah pegawai bank menyuruh sis print borang BKA-1 sebelum datang pasti sis tak terlepas info bank ini sebab senarai 9 bank tu ada dinyatakan sekali dalam borang BKA-1. Jadi terkocoh-kocohlah sis berkejar mencari pejabat Maybank yang berdekatan semata-mata untuk mendapatkan surat pengesahan akaun Maybank. Semak senarai 9 bank yang diterima SOCSO untuk pembayaran claim di sini.


Bila dah berjaya dapatkan surat pengesahan akaun Maybank, sis terpaksa tunggu giliran  lagi sekali untuk semakan dokumen kali terakhir sebelum di hantar. Proses hantar dokumen yang sepatutnya selesai dalam masa 1/2 jam jika dokumen lengkap sudah berlarutan menjadi 1 jam setengah dek kerana informasi tak lengkap menyebabkan dokumen juga tidak lengkap. Lebihkurang jam 12.30 barulah selesai proses hantar kesemua dokumen tuntutan kemalangan SOCSO. Disebabkan memang ambil cuti untuk pelbagai urusan dalam masa 1 hari jadi masa itu amatlah berharga bagi sis. Jika sis tiada urusan lain, sis tidak ralat sangat tetapi selesai urusan SOCSO sis terpaksa berkejar ke bank pula untuk urusan lain.

Oh ya! pegawai memaklumkan tempoh claim SOCSO ini mengambil masa lebihkurang 1 bulan. Jika ada apa-apa lagi yang tidak lengkap atau diperlukan oleh socso sepanjang proses ini mereka akan menghubungi kita. Jadi nantikan sis update untuk part 3 pula ya. Semoga perkongsian sis ini dapat memberi banyak manfaat dan membantu memudahkan urusan kalian supaya kalian tidak rugi masa, tenaga dan kos kelak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 3 =

Scroll To Top