aszulqa.com

pengalaman masuk wad Ara Damansara Medical Centre

Bila punca sakit tidak diketahui dan sakit berterusan walaupun on dan off, hati mana yang tidak bimbang bukan. Sudah banyak kali buat ‘blood test’, tiada apa-apa masalah serius pada keputusan ‘blood test, namun sakit tidak hilang dan tetap juga ada.

Jadi sis ambil keputusan berjumpa dengan doktor pakar di hospital swasta sekitar Selangor. Sebelum memilih Ara Damansara Medical Centre, sis memang dah buat survey dan study sikit beberapa ‘private hospital’ lain especially ‘specialist’ yang bakal sis nak jumpa nanti. 

Mengikut rancangan asal, sis nak jumpa hari Sabtu sebab senang sikit tak perlu ambil cuti. Malangnya hari Sabtu kebanyakan jadual doktor pakar yang sis dah ‘short listed’ kan dah penuh. Ada juga doktor pakar yang memang ‘off day’ pada hari Sabtu dan hanya bekerja pada hari Sabtu tertentu sahaja. Jadi sis terpaksa tukar plan, buat ‘appointment’ melalui telefon untuk datang pada hari Selasa.

Bila dah ada appointment memang mudah urusannya, datang ke klinik doktor pakar pada tarikh appointment, daftar kemudian tunggu sahaja nama dipanggil. Alhamdulillah, doktor pakar yang sis pilih kali ini betul, mengikut kriteria yang sis kehendaki. Beliau memahami masalah sakit sis dan mencadangkan cara diagnosis yang sis dah lama nak buat iaitu MRI. Bila kita memilih doktor pakar ni seakan kita mempertaruhkan nasib kita, sebab kita belum tahu karakter sebenar doktor pakar tersebut…adakah beliau betul-betul memahami masalah kita atau seakan-akan memaksa kita untuk mempersetujui pendapat mereka tanpa memahami masalah pesakit. Sis cakap berdasarkan pengalaman, baik doktor pakar di hospital swasta mahupun hospital kerajaan.

Sis memang dah ready nak masuk wad bila ke Ara Damansara Medical Centre ni sebab insurans hanya ‘cover’ jika ada kemasukan wad sahaja. Doktor pakar pun memahami tanpa perlu diberitahu, setelah selesai memeriksa fizikal beliau tanya bila nak masuk wad. Terus sis jawab petang tu jugak. Tanpa berlengah beliau mengarahkan pembantunya memohon GL daripada insurans. Tidak seperti sesetengah doktor pakar lain yang memberi alasan tidak faham tentang prosedur insurans & melambatkan proses GL.

Memang mudah sangat urusan GL kat Ara Damansara Medical Centre ni, selepas pembantu memohon GL beliau membawa kami ke kaunter ‘admission’ pula. Staff di kaunter admission memberitahu kelulusan GL mengambil masa lebih kurang 1-3 jam, kadang boleh jadi cepat, kadang boleh jadi lambat katanya. Jadi kami dibenarkan untuk ke tempat lain, apabila insurans sudah lulus beliau akan menelefon sis. Jadi sis keluar selesaikan urusan lain di luar dahulu. Lebih kurang 1jam setengah, staff menelefon dan memberitahu insurans sudah lulus. Agak cepat juga.

Sesampainya ke hospital sis diminta ke kaunter kecemasan untuk ‘covid test’. Selesai covid test, sis tunggu sahaja keputusannya di lobi. Selagi keputusan covid belum keluar sis belum dibenarkan masuk wad. Lebih kurang 1 jam, keputusan covid sis negatif barulah sis dibawa masuk ke wad dengan diiringi oleh ‘concierge’.

Secara keseluruhannya, sis boleh katakan proses kemasukan wad kat Ara Damansara Medical Centre sangat efisien dan lancar. Waktu menunggu pun tak terasa lama sangat sebab persekitaran di sini sangatlah selesa. Lobi luas, ID superb! siap bumbung boleh ‘see through’ ke langit….haaaa gitu. Tidaklah bersesak dengan ramai orang, boleh pilih mana-mana ‘port’ kesukaan kat lobi tu, banyak sangat kerusi menunggu….luas dan selesa.

Insuran sis ‘cover’ single bed, tapi disebabkan kesemua ‘single room’ penuh jadi terpaksalah sis masuk wad ‘two bed room’. Cantik bilik ‘double bed’ kat sini. Besar juga jika dibanding bilik ‘two-bedded’ hospital-hospital swasta lain yang sis pernah masuk wad sebelum ini. Warna pun sejuk je, tak sakit mata memandang. Minimalist dan selesa mata memandang. Sis suka selimut dia lembut dan warna pun soft je. Cuma sis kurang suka tandasnya, mungkin boleh upgrade tukar tile di kemudian hari. Makanan biasa-biasa je, alhamdulillah kenyang! Sis dah siap bawa roti dan snek untuk bekalan bermalam kat sini. Last ‘meal’ sebelum pukul 7 malam, lepastu takde makanan dah dari hospital. Sekitar jam 9 selalunya lapar lagi, jadi bekalan yang dibawa tu bolehlah buat lapik perut. 

Selesai urusan diagnose penyakit sis seperti MRI & beberapa ‘test’ lagi, jam 1 tengahari esoknya sis dah boleh discaj. Memang efisien doktor pakar sini buat kerja, selalunya kat hospital swasta lain lebih kurang jam 3 – 4 petang baru keluar keputusan untuk membenarkan sis discaj. Oh ya! Ara Damansara Medical Centre parking pun senang dan caj pun tak mahal sangat, untuk yang parking bermalam ada vouher flat rate diberi. Sis bersyukur, Allah permudahkan segala urusan sis kat Ara Damansara Medical Centre ni. InsyaAllah, lepas ni jika nak kena masuk hospital…family sis pun akan ke sini juga. Mudah urusan & pantas prosesnya. 

Klik sini untuk lihat ‘two bed room’ kat Ara Damansara Medical Centre !

Klik sini untuk overall view Ara Damansara Medical Centre !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × four =

Scroll To Top