aszulqa.com

Pengalaman rawatan prosedur luka di Klinik Menara Bukit Jelutong

Salah satu klinik swasta yang sudah lama bertapak di Shah Alam ialah Klinik Menara Bukit Jelutong. Klinik ini merupakan klinik panel banyak syarikat di luar sana. Jika ke klinik ini anda boleh memilih sendiri doktor mana untuk merawat anda. Mungkin ini salah satu kelebihan Klinik Menara yang menyebabkan ramai pesakit memilih klinik swasta ini. Klinik Menara ada 3 cawangan iaitu Klinik Menara Bukit Jeluting, Klinik Menara Bandar Seri Sendayan Seremban & Klinik Menara Bayan Lepas Penang.

Sis juga dah banyak kali datang ke Klinik ini untuk rawatan sakit biasa, dan kebanyakannya puas hati jugalah dengan servis kat sini. Suami juga pernah ke Klinik Menara pcr test. Sis suka pergi Klinik Menara sebab ada Dr Syairah…selesa dengan dia, tapi sejak dia dah tak bertugas kat situ jarang sangat dah ke sana. Cuma kali ni pertama kali nak buat prosedur rawatan luka…puas jugalah sis cari Klinik Menara review untuk buat prosedur tapi tak jumpa. Jadi kat sini sis nak kongsilah pengalaman pertama kali buat rawatan prosedur luka di Klinik Menara Bukit Jelutong. Ceritanya begini…..anak sis terjatuh basikal dan mengalami kecederaan luka terbelah lebih kurang 1 inci lebar kat dahinya.

Setelah diteliti, doktor bertugas menyatakan hanya perlu di gam sahaja dan tak perlu dijahit. Luka anak sis disapu beberapa kali dengan alkohol untuk menyahkan kuman. Selepas itu doktor meletakkan gam dan ditutup dengan pelekat. Ringkas sahaja prosedurnya dan kos prosedur melekatkan gam pada luka kat dahi tu berjumlah RM95.

Doktor pesan supaya jangan kena air di kawasan pelekat luka selama 3 hari. Jadi selama 3 hari tu memang sis jaga betul, bahagian kepala memang tak basuh…mandi pun hanya basuh bahagian bawah badan anak sahaja. Nasib baik anak lelaki, rambut pendek jadi tak susah jaga. Pendek kata memang tiada kena air langsung sepanjang 3 hari dan bahagian kepala sentiasa kering.

Hari ketiga selepas prosedur tu, anak sis mula panas badan, cirit birit dan muntah. Walaupun demamnya tak teruk tapi dia hilang selera makan…bila makan nasi dia muntah balik. Sis dah mula risau, waktu tu sis tak syak apa-apa lagi berkaitan dengan luka di dahi anak. Suami pula balik lambat malam lebih kurang jam 10 malam. Bila suami balik perancangannya memang sis nak terus ke Klinik Menara Bukit Jelutong dan sebelum pergi sis cuba kopek sikit kat hujung pelekat nak tengok keadaan luka tu. Sepanjang 3 hari memang sis tak usik langsung pelekat luka tu ikut nasihat doktor.

Alangkah terkejutnya sis melihatkan luka tu bernanah! Itu baru kopek sikit kat hujung pelekat belum buka semua pelekat. Ngeri sis tengok bernanah…sis dah cemas, Klinik Menara tutup jam 11 malam, ada lagi sejam nak tutup. Kenapa pulalah boleh bernanah, sedangkan sis dah jaga elok kering tak bagi kena air. Adakah luka tak dicuci dengan bersih dan elok waktu prosedur….entahlah, wallahua’lam. Ni anak sis dah demam, cirit-birit, muntah…sis dah risau terkena jangkitan kuman. Siapa pula nak bertanggungjawab ni….

Sis ambil keputusan untuk ke Kecemasan Hospital Shah Alam terus. Kalau pergi Klinik Menara mungkin mereka hanya akan bersihkan dan tampal balik sahaja…bagaimana nak tahu ada jangkitan kuman atau tidak kalau tak buat ‘blood test’? Dan jika buat blood test kat klinik sekalipun, keputusannya berapa hari pula baru boleh dapat…dah sis nak kena bayar 2 kali pula untuk prosedur tampal luka yang sepatutnya tak bernanah! 

Maka bergegaslah kami ke Kecemasan Hospital Shah Alam…tempat yang sehabis mungkin kami nak elak untuk pergi sebab dah boleh bayangkan kesesakannya bagaimana, tambahan lagi risau sesangat dengan jangkitan Covid19 yang masih berleluasa sekarang ni. Kalaulah kami tahu jadi macamni, waktu awal-awal anak luka terjatuh tu kami dah bergegas ke Emergency Hospital Shah Alam. Sebab nak elak kesesakan dan jangkitan banyak kuman kat Emergency Hospitallah kami pilih ke klinik swasta, tapi nasi dah jadi bubur. Pasrahlah kami ke Hospital juga. 

Ok, sesaampainya kami ke Hospital Shah Alam jam 10.30 malam………..baca sambungan di sini 

Scroll To Top