aszulqa.com

Masak Lemak Pisang Muda campur petai dan tempoyak…menu orang dulu-dulu sedap tak terkata!

Siapa yang tidak gemar dengan menu lauk pauk kampung untuk makan tengahari? Mendengar senarai panjang menu lauk pauk kampung pun sudah boleh membuatkan kecur air liur apatah lagi jika ianya menu orang dulu-dulu.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Masak lemak pisang muda adalah salah satu menu orang dulu-dulu yang masih ramai peminatnya pada zaman kini. Bila diketengahkan menu masak lemak pisang muda, ramai yang mengatakan teringat akan masakan air tangan ibu mahupun nenek mereka. Ada juga yang terkenangkan arwah ibu atau nenek mereka bila disebut tentang menu yang satu ini.

Kali ini kami akan kongsikan resepi masak lemak pisang muda yang dicampur petai dan tempoyak! Cuba anda bayangkan kesedapannya…..ini adalah tips masak lemak bertambah sedap.

Kebiasaannya orang hanya akan memasak masak lemak pisang muda sahaja…mungkin ini pertama kali anda mencuba masak lemak dengan penambahan tempoyak. Bagi penggemar tempoyak, percayalah resepi ini memang sangatlah sedap dan boleh mengakibatkan anda makan nasi tambah berpinggan-pinggan. Ditambah pula dengan petai yang sememangnya menu kegemaran kebanyakan orang kampung, memang makan tak pandang belakanglah jawabnya!

 

 

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pisang emas muda
  • kunyit hidup (ditumbuk)
  • cili api (ditumbuk)
  • 200ml santan kotak
  • 200ml air
  • 2 sb tempoyak
  • petai
  • garam
  • 1 asam keping

 

Cara masak lemak pisang muda bersama tempoyak petai:

  1. Masukkan santan dan air bersama bahan tumbuk dan asam keping
  2. Bila dah mendidih masukkan potongan pisang muda (cara potong boleh rujuk video di atas)
  3. Bila pisang dan kulitnya dah empuk bolehlah masukkan tempoyak dan garam
  4. Setelah semua sebati tutupkan api
  5. Taburkan petai dan gaul sebati
  6. Sedia dihidang!

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − twelve =

Scroll To Top