aszulqa.com

Mamak Bukit Jelutong

Datang Bukit Jelutong nak lepak kat mamak. Mungkin ada appointment dengan client, nak makan-makan dengan keluarga atau nak lepak di mamak dengan kawan-kawan. Berikut adalah senarai restoran mamak Bukit Jelutong.

MMZ
MMZ Bukit Jelutong adalah restoran mamak terawal yang wujud di sekitar Bukit Jelutong ini dan sangat popular sekitar 10-20 tahun lepas. MMZ Bukit Jelutong pernah menjadi port lepak geng-geng konvoi kereta kereta kawasannya yang lapang dan parking yang banyak. Kini terdapat 2 cawangan restoran mamak di sekitar Bukit Jelutong. 

Restoran MMZ yang terawal adalah yang terletak di Bukit Jelutong Timur, bersebelahan dengan balai bomba Shah Alam. Sewaktu artikel ini ditulis restoran mamak MMZ bj timur dalam proses renovasi dan tutup untuk sementara waktu. Manakala cawangan lain MMZ ialah MMZ D’Bayu yang terletak di sekitar Jalan Serambi, bersebelahan dengan Domino Pizza. Berikut ialah alamat MMZ D’Bayu Bukit Jelutong.

ALAMAT:
MMZ D’Bayu Bukit Jelutong,
Lot 03-G, D’ Bayu, Jalan Serambi U8/24,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

Al-Ali Nasi Kandar U8
Restoran mamak Bukit Jelutong iaitu Al-Ali Nasi Kandar U8 terletak di Bukit Jelutong Timur iaitu bersebelahan dengan balai bomba Shah Alam. 

Selain restoran mamak di Bukit Jelutong, Restoran Al-Ali Nasi Kandar juga ada beberapa cawangan lain di Shah Alam iaitu di Seksyen 13 dan Glenmarie. 


ALAMAT:
Al-Ali Nasi Kandar Bukit Jelutong,

No. 16, 18 GF Jalan U8/N, Bukit Jelutong,
Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

Restoran Nasi Kandar Royale Amirah
Restoran Nasi Kandar Royale Amirah dikelilingi oleh kawasan perumahan apartment dan kondo di sekitar Jalan Bazar. Sup ayam mamaknya sedap dan berempah, sedap dimakan bersama roti patta mahupun nasi putih. Servis juga agak cepat jika dibandingkan dengan mamak lain sekitar BJ. Jika datang awal pagi untuk sarapan, boleh cuba roti puri…sedap dimakan bersama teh tarik atau nescafe tarik!

ALAMAT:
Restoran Nasi Kandar Royale Amirah,

Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong,
Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

Restoran mamak Bukit Jelutong di bawah akan dikemaskini di masa akan datang:

  • Restoran Kapitan
  • Nasi Kandar Zubair Bistro
  • Restoran Malik
  • Ehsan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 5 =

Scroll To Top