aszulqa.com

RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE TELUR: Sedap & Simple

Biasanya kita masak makaroni goreng sahaja kan. Cuba tambah sedikit bahan lain seperti cheese dan telur hancur, rasanya pasti sangat ‘marbeles’ dan boleh buat makan tambah berpinggan-pinggan. Resepi makaroni goreng cheese & telur ini juga sangat disukai kanak-kanak, sangat sesuai dijadikan menu untuk bekal sekolah anak-anak selain untuk breakfast, minum petang atau dihidangkan untuk tetamu.

BAHAN-BAHAN makaroni goreng
-4 genggam makaroni
-1 biji bawang merah besar (diracik)
-3 ulas bawang putih (diracik)
-segenggam isi ayam (dihiris)
-1 biji telur 4-5 keping cheese
-1/2 batang carrot
-1/2 batang saderi
-4 sudu besar sos cili
-1 sudu besar serbuk kari

NAK TAHU LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI

Resepi Spaghetti Carbonara Creamy Homemade tanpa Sos Prego

Resepi spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego yang lebih sihat dan sedap. Lepas ni dah tak perlu risau kalau tiada sos carbonara prego atau sos carbonara tin yang lain sebab anda dah boleh buat sendiri sos carbonara creamy menggunakan bahan asas seperti susu & cheese keping. Rugi tak cuba sebab ia sangat creamy, cheesy & lemak berkrim.

 

 

BAHAN-BAHAN spaghetti carbonara
-sedikit butter/ mentega
-1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)
-2 keping daging burger
-1 cili merah besar (dihiris)
-1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
-4-5 cheese keping
-4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
-beberapa biji meatball
-12 ekor udang
-1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
*TIPS MEMASAK: tepung jagung digunakan dalam masakan spageti carbonara supaya sos menjadi lebih pekat berkrim

CARA MEMASAK spaghetti carbonara
1.Panaskan butter/ mentega…kemudian masakkan daging burger yang telah dicincang halus 2.Setelah daging burger masak, masukkan bawang holland & tumis hingga layu
3.Kemudian masukkan hirisan cili merah
4.Masukkan susu & kacau sebati, biarkan mendidih
5.Kemudian masukkan meatball & cendawan shitake
6.Gaul sebati & biarkan masak sekata
7.Kemudian masukkan udang & kacau sebati
8.Akhir sekali perasakan dengan garam bukit

Cubalah spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego ini di rumah! Korang pasti tak menyesal mencubanya malah akan masak berulang kali lagi resepi spagetti carbonara ini.

NAK TAHU LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI

Resepi KUIH BUAH MELAKA Lembut

Antara resepi viral kuih muih yang sentiasa evergreen, lebih-lebih lagi dicari bila tiba bulan Ramadan adalah kuih buah melaka atau onde-onde. Kuih senang dan mudah dibuat dengan bahan-bahan yang ringkas tapi sedap dan mengenyangkan bila dimakan. Boleh juga dijadikan ‘bonding time’ bila dibuat bersama anak-anak. Selalunya anak-anak suka untuk turut sama buat kuih buah melaka ni, dah semacam aktiviti play doh bagi mereka.

BAHAN-BAHAN
-20 helai daun pandan
-1 cawan air
-1 biji kelapa parut putih @ muda
-garam

BAHAN-BAHAN DOH kuih buah melaka
-1 cawan tepung pulut
-1 sb tepung beras
-1/2 st garam bukit
-gula melaka (potong kecil)
-air daun pandan

 

Resepi Korean Garlic Cream Cheese Bread : guna roti burger @ roti bun je

Pernah trending resepi korean garlic cheese bread hanya menggunakan roti burger atau roti bun sahaja. Tak perlu lagi pening-pening kepala fikir, macamana la nak buat roti sendiri bagi jadi…susah kot kalau tak biasa buat roti sendiri sebelum ni. Semestinya resepi viral mudah dan sedap ni berasal dari Korea, dah nama pun korean garlic cheese kan.

Harga Korean garlic cheese bread ni pun boleh tahan juga, rata-ratanya menjual dengan harga lebih kurang RM5 sebiji & cheese kat dalam tu ikut nasib. Kalau dapat cheese yang ‘mewah’ syukurrr….tapi kalau dapat cheese yang seciput…mesti rasa tak puas makan sebiji. Dah nak kena beli 2 biji =RM10. Itu baru sorang makan, kalau satu family nak makan…bolehlah dikira-kira kan sendiri kosnya.

BAHAN-BAHAN
-roti burger @ roti bun
-100g mentega 2 butter
-1 biji telur
-2 sudu besar susu pekat
-6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
-parsley flakes

BAHAN-BAHAN Adunan Cream Cheese
-250g cream cheese
-2-5 sudu besar susu pekat

Choco Jar Rangup Viral!!!

Antara Resepi Viral Mudah dan Sedap yang senang disediakan adalah choco jar rangup viral! Memang pernah menjadi resepi viral kerana dicari-cari orang sewaktu zaman resepi ini sedang trending. Banyak juga yang memulakan bisnes online dengan menjual choco jar viral ni. Laku keras dimana-mana waktu itu. Ramai juga influencer yang buat choco jar mukbang atau choco jar ASMR menyebabkan lebih ramai lagi yang terliur nak mencuba choco jar rangup viral samada beli atau buat sendiri.

 

Tutorial penuh cara buat choco jar sila klik video di atas. Sangat sedap untuk snacking atau kudap-kudapan. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu bubble rice, dark coklat dan minyak masak. Cuba sekali pasti nak lagi!

Resepi MEE KARI Simple dan Mudah

Resepi mee kari simple dan sedap dimakan sebagai minum petang ataupun bila-bila masa sahaja. Makan mee kari ni seronok, sebab mewah dengan bahan-bahan seperti telur rebus, kerang, ayam, tauhu goreng, sawi, tauge & kentang.

 

Walaupun mee kari simple tetapi ia mengenyangkan & sedap! Mee kari sedap dimakan bersama perahan limau nipis. Dah perah limau nipis, hirup pula kuah mee kari sedap ni panas-panas, perghhh! Kalau malas nak masak lauk untuk makan bersama nasi putih, masak je mee kari simple ni untuk hidangan seisi keluarga…dah settle satu masalah. Satu hidangan mee kari simple, pasti mengenyangkan & sedap dimakan.

BAHAN-BAHAN mee kari sedap
-segenggam kerang yang telah dikopek isinya
-tauhu goreng
-dada ayam (potong kecil)
-5 biji telur rebus
-beberapa biji limau nipis

BAHAN-BAHAN KISAR mee kari sedap
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-4 sb rempah kari ayam

BAHAN-BAHAN CELUR mee kari sedap
-2 peket mee
-1 ikat sawi
-tauge

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA

Kita biasa makan ataupun masak ikan cencaru sambal, apakata cuba pelbagaikan pula resepi masak ikan cencaru dengan membuat ikan cencaru sumbat sambal kelapa.

BAHAN-BAHAN Ikan cencaru sumbat sambal kelapa
-3 ekor ikan cencaru
-1 susu besar serbuk kunyit
-1 susu besar serbuk kari
-1 sudu teh garam bukit

BAHAN TUMBUK/ KISAR KASAR Ikan cencaru sumbat kelapa
-1 biji kelapa parut
-1 biji bawang merah besar
-2 batang serai
-1/2 susu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar asam jawa (buang biji)
-1 sudu besar cili kisar
-1 susu besar gula
-1 sudu teh garam bukit

Mee Berkuah Simple @ Mee Rebus/ Mee Sup Kelantan: Menu Diet Sihat

Mencari Menu Diet Sihat Untuk Kurus?
Boleh cuba buat @ cuba masak MEE BERKUAH @ MEE SUP @ MEE REBUS STYLE KELANTAN.

 

Bahan-bahan yang ringkas, cara masak yang senang & simple tapi penuh berkhasiat untuk yang nak diet. Juga digemari seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN mee berkuah
-10 ulas bawang putih (ditumbuk)
-1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
-isi ayam
-bebola daging @ meatball
-3 biji telur
-1 tangkai cili merah (dihiris)
-1 ikat sawi (dipotong)
-1 bungkus mee (dicelur dahulu)

RESEPI ASAM PEDAS AYAM Paling Sedap & Power!

Resepi Asam pedas ayam kali ini suami puji tanpa ditanya…sangat sedaplah tu, sebab kebiasaannya nak kena tanya dulu masakan ni sedap ke tak, barulah dijawabnya. Tapi resepi asam pedas ayam ini bila masuk je mulut dia tak semena-mena dia cakap…eh! sedapnya!!! Rahsia resepi asam pedas ayam paling sedap & power ini terletak pada bahan-bahan dan cara masaknya, boleh semak secara terperinci di bawah.

Banyak versi asam pedas sebenarnya antaranya asam pedas melaka, asam pedas muar, asam pedas johor dsb….pendek kata ikutlah selera masing-masing lebih suka yang versi mana. Lauk ayam berkuah asam pedas ayam ni, kalau dihidang bersama telur masin, ikan masin & ulam-ulaman…..mertua lalu pun tak perasan dah.

BAHAN-BAHAN asam pedas ayam
-1/3 ekor ayam
– segenggam daun kesum
-1 bunga kantan
-1 batang serai (diketuk)
-10 helai daun limau purut
-asam jawa + air
-9 batang bendi
-2 biji tomato
-1/2 sudu besar
-lada hitam (tumbuk kasar)

BAHAN KISAR asam pedas ayam
-20 tangkai cili kering
-1 biji bawang merah besar
-2 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 inci kunyit hidup

CARA MASAK asam pedas ayam
1.tumiskan kesemua bahan kisar
2.tambahkan air
3.masukkan serai & kacai sebati
4.kemudian masukkan potongan ayam bersama separuh dari daun kesum
5.tutup periuk supaya ayam cepat empuk
6.bila ayam dah separuh masak, buka penutup periuk & masukkan baki kesemua daun kesum bersama kantan
7.masukkan 1 sb gula & 2 st garam bukit
8.tambahkan air secukupnya (kalau nak pekat air jangan banyak sangat, kalau nak fair lebihkan air) 9.masukkan secubit lada hitam yang telah ditumbuk kasar
10.masukkam tomato
11.akhir sekali masukkan bendi dan biar beberapa saat sahaja kemudian terus tutup api (supaya bendi tak lembik)
12.sedia dihidang!

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM, Kuih Tradisional Melayu Sedap Berlemak Manis

Adakah anda tercari-cari resepi kuih badak berendam sukatan cawan @ Malaysian Dessert Recipes Glutinous Rice Balls in Coconut Milk? Kuih Badak Berendam adalah kuih tradisional melayu yang digemari ramai. Kuih badak berendam semakin dicari bila tiba bulan puasa @ ramadan.

 

Pasti ramai yang sukakan kuih tradisional melayu, kuih badak berendam sebagai manisan @ kuih berbuka puasa yang digandingkan dengan juadah berbuka puasa yang lain. Pilihan di tangan anda samada nak beli kuih badak berendam yang dah siap ataupun nak buat sendiri kuih badak berendam ni.

Haaa! kalau nak buat sendiri kuih badak berendam ni sebagai menu berbuka puasa, follow tutorial cara buat kuih badak berendam mudah yang kami dah sediakan kat atas. Kami dah tunjukkan dengan terperinci cara buat kuih badak berendam, resepi kuih tradisional melayu yang tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas.

Resepi kuih badak berendam ini mudah kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Selain menjadi pilihan menu berbuka puasa di rumah, kuih badak berendam juga selalu disajikan di hotel-hotel terkemuka sebagai sajian pencuci mulut kuih tradisional Melayu. Rasanya yang kenyal pada setiap gigitan, dilengkapkan dengan manisan dari dalam inti kelapa ditambah lagi dengan rasa lemak kuah santan memang sangat menggamit kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung.

Bagi yang mencari idea berniaga, sangat sesuai dijadikan kuih ini untuk berniaga @ kuih untuk dijual. Tutorial yang kami tunjukkan memang menggunakan bekas yang sesuai dijadikan sebagai kuih untuk jualan meniaga. Tambahan jika dijadikan kuih untuk jualan & berniaga di bandar-bandar terutamanya di bandar besar. Pasti laku, kerana kebanyakan penduduk kota sibuk bekerja, berduit tetapi tiada masa untuk memasak. Mereka pasti rindukan kuih tradisi kampung seperti badak berendam ini.

Juadah berbuka puasa pasti lebih bermakna jika dapat mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung sewaktu kecil sambil makan kuih badak berendam. Selain kuih badak berendam, antara kuih muih tradisional melayu lain yang menggunakan asas inti kelapa adalah seperti kuih ketayap, kuih bom bijan, kuih koci, pulut inti, kuih tepung bungkus, kuih tepung gomak dan pelbagai lagi kuih muih tradisional melayu yang lain.

BAHAN-BAHAN DOH kuih badak berendam
-3 cawan tepung pulut
-2-3 cawan air
-pewarna makanan hijau

BAHAN-BAHAN inti kelapa kuih badak berendam
-1 biji kelapa parut putih
-1 keping gula melaka
-3 sb gula perang
-daun pandan
-secubit garam

BAHAN-BAHAN kuah santan kuih badak berendam
-1 cawan santan pekat
-1 cawan air
-3 sb tepung beras

CARA BUAT kuih badak berendam (sila rujuk video youtube atas)
STEP 1: cara buat doh kuih badak berendam
STEP 2: cara buat inti kelapa kuih badak berendam
STEP 3: cara memasak doh kuih badak berendam
STEP 4: cara buat kuah santan kuih badak berendam

Scroll To Top