aszulqa.com

Resepi Korean Garlic Cream Cheese Bread : guna roti burger @ roti bun je

Pernah trending resepi korean garlic cheese bread hanya menggunakan roti burger atau roti bun sahaja. Tak perlu lagi pening-pening kepala fikir, macamana la nak buat roti sendiri bagi jadi…susah kot kalau tak biasa buat roti sendiri sebelum ni. Semestinya resepi viral mudah dan sedap ni berasal dari Korea, dah nama pun korean garlic cheese kan.

Harga Korean garlic cheese bread ni pun boleh tahan juga, rata-ratanya menjual dengan harga lebih kurang RM5 sebiji & cheese kat dalam tu ikut nasib. Kalau dapat cheese yang ‘mewah’ syukurrr….tapi kalau dapat cheese yang seciput…mesti rasa tak puas makan sebiji. Dah nak kena beli 2 biji =RM10. Itu baru sorang makan, kalau satu family nak makan…bolehlah dikira-kira kan sendiri kosnya.

BAHAN-BAHAN
-roti burger @ roti bun
-100g mentega 2 butter
-1 biji telur
-2 sudu besar susu pekat
-6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
-parsley flakes

BAHAN-BAHAN Adunan Cream Cheese
-250g cream cheese
-2-5 sudu besar susu pekat

Scroll To Top