aszulqa.com

Resepi MEE KARI Simple dan Mudah

Resepi mee kari simple dan sedap dimakan sebagai minum petang ataupun bila-bila masa sahaja. Makan mee kari ni seronok, sebab mewah dengan bahan-bahan seperti telur rebus, kerang, ayam, tauhu goreng, sawi, tauge & kentang.

 

Walaupun mee kari simple tetapi ia mengenyangkan & sedap! Mee kari sedap dimakan bersama perahan limau nipis. Dah perah limau nipis, hirup pula kuah mee kari sedap ni panas-panas, perghhh! Kalau malas nak masak lauk untuk makan bersama nasi putih, masak je mee kari simple ni untuk hidangan seisi keluarga…dah settle satu masalah. Satu hidangan mee kari simple, pasti mengenyangkan & sedap dimakan.

BAHAN-BAHAN mee kari sedap
-segenggam kerang yang telah dikopek isinya
-tauhu goreng
-dada ayam (potong kecil)
-5 biji telur rebus
-beberapa biji limau nipis

BAHAN-BAHAN KISAR mee kari sedap
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-4 sb rempah kari ayam

BAHAN-BAHAN CELUR mee kari sedap
-2 peket mee
-1 ikat sawi
-tauge

Scroll To Top