aszulqa.com

RESEPI AIR VIRAL MUDAH dan SEDAP

Resepi air viral mudah dan sedap ini dapat menyejukkan tekak bila diminum pada waktu cuaca panas. Selain sesuai sebagai menu air berbuka puasa, minuman ini juga sesuai dihidangkan apabila tetamu bertandang.

A] TEH O AIS LAICI SELASIH

 

B] JUS NENAS LONGAN SELASIH


 

C] AIR ASAM BOI BELIMBING BULUH


 

D] AIR JAGUNG LAICI CINCAU (air jagung ketagih)


RESEPI KUIH CARA BERLAUK: Kuih Tradisi Melayu

Resepi Viral Kuih Cara Berlauk sukatan cawan, Kuih muih tradisional Melayu, Resepi kuih Malaysia Kuih cara berlauk antara kuih muih tradisional Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Kuih cara berlauk adalah antara resepi kuih simple & kuih sedap yang patut dicuba. Resepi kuih mudah dan berbaloi untuk dibuat sebagai menu minum petang atau snacking. Resepi viral mudah dan sedap kuih cara berlauk ni juga sering dicari sebagai kuih berbuka puasa bila tiba bulan Ramadan.

BAHAN-BAHAN kuih cara berlauk
A)Adunan tepung untuk diblender (kalau taknak blender boleh pakai whisker)
-1 cawan santan
-2 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-garam

B)Adunan inti daging
-100gram daging cincang @ minced beef
-1 bawang holland
-4 ulas bawang putih
-4 sb kari daging + air
-2 sb gula -garam

C) Hiasan
-segenggam daun sup
-1 cili merah

Sup Cendawan ala Pizza Hut, Resepi Sup Cendawan Berkrim Homemade @ Mushroom Soup Recipe

Kini sup krim cendawan boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan resepi sup cendawan berkrim homemade ala pizza hut @ mushroom soup recipe ini. Kini korang tidak perlu risau lagi untuk makan mushroom soup peket  atau yang instant banyak msg tu, bila korang dah boleh buat sendiri sup cendawan berkrim menggunakan resepi di bawah ini.

Senang & simple je resepi nya, cuma perlukan vitamin ‘R’ sahaja…eheheeee. Vitamin Rajin namanya.

Resepi mushroom soup @ sup cendawan berkrim ala pizza hut ni sedap dimakan begitu sahaja, dicicah bersama garlic bread @ roti bawang putih atau kadang-kadang time demam tak sedap mulut teringin pula nak makan mushroom soup @ sup cendawan berkrim ni. Bila demam makan serba tak kena, bolehlah suruh siapa-siapa tolong buatkan mushroom soup @ sup cendawan berkrim simple ala pizza hut follow resepi mushroom soup yang kami dah waktu tunjukkan tutorial cara masaknya.

Bila masak sendiri sup cendawan berkrim @ mushroom soup ni, Kita boleh adjust kepekatan & rasanya ikut citarasa Kita. Nak lebih creamy lebihkan susu, kalau suka rasa cendawan tu boleh lebihkan cendawan. Resepi mushroom soup @ sup cendawan berkrim ala pizza hut ni juga sesuai dibuat bekal sekolah anak. Anak mesti suka dengan rasanya yang creamy, lebih sihat dari kita sajikan mereka sup instant tu. Lagipun air tangan ibu lebih afdhal untuk mengeratkan lagi kasih sayang ibu & anak.

BAHAN-BAHAN sup cendawan berkrim ala pizza hut homemade @ resepi Mushroom soup
-4 cendawan shitake
-2 sudu besar butter
-parsley flakes
-serbuk lada sulah
-2 cawan susu segar @ susu cair
-4 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
-1 kiub ayam

BAHAN KISAR sup cendawan berkrim ala pizza hut homemade @ resepi mushroom soup
-1 cendawan shitake
-1/2 biji bawang holland
-3 ulas bawang putih

Sedap dicicah dengan roti bawang putih @ garlic bread.
Nak tau cara buat garlic bread & resepi? klik sini

 

Nasi Lemak guna sukatan cawan dan cara buat nasi lemak berderai-derai

Mesti ramai yang tercari-cari resepi nasi lemak guna sukatan cawan dan cara buat nasi lemak berderai-derai. Kali ini sis akan kongsi cara buat nasi lemak berderai-derai dan menggunakan sukatan cawan. Ketiga-tiga video ini adalah Resepi Nasi Lemak As Zulqa.

Boleh rujuk ketiga-tiga video di bawah kerana asa antara video ni sis kongsi resepi nasi lemak santan kotak @ nasi lemak guna santan kotak. Tapi jika tiada masa nak masak sendiri nasi lemak, beli sahaja nasi lemak mcd.

 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
FB Page (klik like & follow)
FB Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

A] RESEPI SAMBAL NASI LEMAK PALING SEDAP & CARA MASAK NASI LEMAK 

 

B] RESEPI NASI LEMAK PANDAN SUKATAN CAWAN
bonus AYAM GORENG KARI RESEPI

 

C] RESEPI NASI LEMAK KUKUS SUKATAN CAWAN 
bonus SAMBAL PARU NASI LEMAK RESEPI

 

IKAN KELI BAKAR BEREMPAH: Lain Dari Yang Lain, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Kita selalu makan atau masak ikan keli bakar kan, tapi resepi ikan keli bakar berempah kali ini sudah semestinya lain dari yang lain. Bak kata orang, sekali rasa pasti nak lagi.

Selain dibuat bakar, antara resepi lain berasaskan ikan keli yang boleh dicuba ialah ikan keli bakar berlada, ikan keli bakar air asam, ikan keli masak berlada, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli goreng rangup, ikan keli masak sambal, ikan keli masak berlada hijau, ikan keli sambal hijau, ikan keli goreng berempah.

Antara banyak-banyak cara membakar ikan keli seperti bakar guna arang, oven, air fryer atau pemanggang ajaib, kali ini sis pilih guna pemanggang ajaib sebab ikan keli akan lebih ‘moist’ jika dibandingkan dibakar guna oven.

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-3 tangkai cili kering
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar jintan manis

BAHAN LAIN
-5 ekor ikan keli (dikelar)
-1 keping asam keping
-1 sudu besar gula
-2 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak masak & masukkan kesemua bahan kisar
2.Kacau sebati seketika
3.Kemudian masukkan asam keping, gula & garam bukit
4.Kacau seketika & apabila rempah sudah sebati masukkan kesemua ikan keli
5.Masak ikan keli kurang dari 5 minit (biar keli separuh masak sahaja)
6.Tutup api
7.Sediakan pemanggang ajaib & pindahkan ikan keli dari periuk ke pemanggang ajaib
8.Bakar @ panggang keli hingga masak
9.Tutup api & bolehlah dihidang panas

Selain sedap dibakar atau dipanggang, ikan keli juga sedap dimasak berlado (ikan keli masak berlada)

Ikan keli berlado @ Resepi ikan keli berlada yang bila makan buat nasi tambah berpinggan-pinggan. Tak rugi tengok video Ikan KELI berlado ni sampai habis sebab dalam video ni ada banyak petua, tips & cara:
1) petua dan cara bersihkan Ikan KELI supaya tak hanyir
2) cara dan petua siang Ikan KELI untuk hilangkan hanyir
3) tips dan petua goreng Ikan KELI tak meletup dan tak melekat di kuali

BAHAN-BAHAN
A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras

B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar)(*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar) (*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam

BAHAN UNTUK BERSIHKAN IKAN KELI
-tepung gandum
-asam jawa
*boleh juga gunakan limau kasturi @ limau nipis

 

NASI AIR DINGIN Original

Apa itu Nasi Air Dingin?
Nasi air dingin bukanlah bermaksud nasi itu sejuk atau dingin, ia adalah nasi putih bersama gulai samada gulai ikan ataupun gulai ayam/ daging. Jika di Kelantan nasi putih bersama gulai ikan/ ayam/ daging ini dipanggil sebagai nasi berlauk. Manakala, Air Dingin adalah nama tempat iaitu Kampung Air Dingin, Tumpat di Kelantan. Nasi berlauk dari Kg Air Dingin adalah tempat popular pertama yang menghasilkan nasi berlauk yang sangat sedap dan khabarnya nasi air dingin ini tahan lama, tidak basi dari pagi sampai ke malam. Sememangnya nasi air dingin original berasal dari kampung air dingin, tumpat, Kelantan. Nasi air dingin mula popular dan menjadi fenomena setelah ia mula diterbangkan ke serata Malaysia dan punyai ratusan agen di seluruh negeri di Malaysia.

 

Sepanjang pengetahuan penulis, nasi air dingin yang sentiasa menjadi sebutan pada ketika ini adalah nasi air dingin Husna dan nasi air dingin Kak Chik. HQ kedua-dua kedai ini terletak di sekitar Tumpat, Kelantan. Penulis berkesempatan melawat HQ Nasi Berlauk Kak Chik atau dikenali sebagai nasi air dingin Kak Chik. 

Kedai makan nasi air dingin Kak Chik ini terletak betul-betul di tepi jalan utama. Tempat parkingnya percuma dan sentiasa penuh dengan pelanggan. Kedai nasi berlauk Kak Chik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu separuh bahagian kedai untuk pelanggan makan di situ (dine-in) dan separuh kedai lagi digunakan untuk membungkus ribuan bungkusan nasi air dingin Kak Chik untuk diedarkan pada agen-agen di seluruh Malaysia. Ketika penulis tiba pada waktu tengahari, kelihatan pekerja-pekerja kedai makan Nasi Berlauk Kak Chik sedang sibuk membungkus ratusan ke ribuan nasi bungkus air dingin ini.

 

 

Puas hati kalau dapat makan nasi berlauk Kak Chik kat HQ kedai makannya ni sebab ada banyak sangat pilihan lauk yang kita boleh pilih sendiri, bukan sekadar gulai ikan atau ayam sahaja. Gulainya memang sedap dan pekat, ditambah lagi dengan sayur atau acar dan sambal lada…diminum pula bersama teh tarik kaw, memang terangkatlah! Namun jangan risau jika anda tak berkesempatan singgah makan di restoran Kak Chik nasi berlauk ni, anda masih boleh mendapatkannya dari agen jualan di sekitar kawasan anda.

 

Selain nasi berlauk ada juga nasi dagang, tapi nasi kerabu tak kelihatan pula. Selain nasi dan pelbagai lauk, ada juga lambakan kuih-muih Kelantan yang bersusun memenuhi meja di sebelah cashier. Ada kuih-muih tradisi Kelantan dan juga kuih moden. Pilih saja mana yang berkenan. Antara kuih unik dan ‘rare’ yang hanya terdapat di Kelantan dan ada dijual di sini adalah kuih tahi itik, bunga tanjung dan jala mas. Rasanya semestinyalah lemak-lemak manis.

 

Kini nasi berlauk air dingin ini sudah menjadi makanan sepanjang masa tidak kira sebagai sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Walapun simple, tapi jika kena dengan selera anda pasti anda akan membelinya berulangkali.

PUTU HALBA Original

Putu Halba adalah sejenis kuih yang berasal dari Kelantan, diperbuat daripada ubi kayu ataupun tepung ubi kayu, biasanya hanya didapati pada musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Febuari. Kuih putu halba berbentuk bulat, didalamnya berintikan gula melaka (atau dipanggil nise oleh orang Kelantan), dimakan bersama parutan kelapa muda. Ianya dipanggil kuih dalam kain kerana ia perlu dikukus didalam kain semasa proses memasak.

Putu halba wujud di tanah melayu dipercayai wujud di Tanah Melayu apabila adanya kemasukan imigrasi kaum India pada tahun 1786. Perkataan PUTU berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud kuih yang diperbuat daripada beras. Oleh itu, putu piring di Pulau Pinang sememangnya diperbuat daripada tepung beras.

Sejarah putu halba bermula apabila ia sampai ke Kelantan. Resepi putu diadaptasi daripada menggunakan tepung beras, ia diolah dan ditukar kepada gabungan parutan ubi kayu, nise (gula melaka) dan sedikit halba. Selain untuk aroma, fungsi asal halba digunakan dalam kuih ini adalah untuk memanaskan badan di musim tengkujuh. Kebiasaanya putu halba hanya boleh didapati bila tibanya musim tengkujuh di tepi jalan sekitar Kelantan. Putu halba dan musim tengkujuh berpisah tiada. Ianya hanya dijual pada musim tengkujuh kerana dikatakan pada zaman dahulu, bila tiba musim tengkujuh dan banjir, kawasan kebun akan ditenggelami air…jadi untuk mengelakkan ubi kayu rosak ditenggelami air eloklah dituai dan dijadikan kuih. Salah satu kuih daripada ubi kayu yang sangat sedap dimakan adalah kuih putu halba ini.

 

Beza putu halba dan putu piring ialah bahan membuat putu itu sendiri. Kuih putu piring diperbuat daripada tepung beras manakala kuih putu halba diperbuat daripada ubi kayu.

Cara tradisional membuat putu halba dimulai dengan proses memarut ubi kayu sehingga halus, kemudian ubi kayu ini dimasukkan ke dalam kain untuk diperah airnya, airnya dibuang atau disimpan untuk kegunaan lain. Ubi kayu yang telah diperah perlu dijemur lebihkurang 2 jam. Untuk memastikan parutan ubi kayu ini sudah boleh digunakan, teksturnya perlulah kasar berderai dan tidak melekat-lekat atau lembik. Parutan ubi kayu ini dicampur dengan halba dan sudah boleh digunakan untuk dibuat kuih putu halba. Untuk dimakan di rumah dalam kuantiti sedikit bolehlah menggunakan cara tradisional secara manual untuk membuat putu halba ini. Tetapi untuk jualan agak tidak praktikal kerana kuantiti ubi kayu yang banyak perlu digunakan.

 

Apabila ditanya pada peniaga jalanan putu halba biasanya mereka menggunakan mesin parut ubi kayu untuk memarut ubi kayu dalam kuantiti yang banyak. Setelah diparut ubi kayu ini akan diperah buang airnya dan parutan ubi kayu akan dijemur. Cara-cara memasak (mengukus) putu halba dimulai dengan parutan putu halba dimasukkan ke dalam separuh acuan putu kemudian dimasukkan pula gula melaka, setelah itu ditutupi sekali lagi dengan parutan ubi kayu sehingga menutupi acuan putu.

 

Acuan putu halba akan dibaluti dengan kain net jarang, diletakkan di atas loyang pengukus, setelah bahagian bawah putu halba masak, bahagian atas  akan diterbalikkan ke bawah pula. Bila bahagian bawah sudah masak, kain net jarang akan dibuka dan kuih putu halba akan diangkat kemudian akan terus dibungkus bersama dengan parutan kelapa muda yang telah dicampur sedikit gula dan garam untuk menaikkan lagi rasa sedap dan lemak kelapa. Untuk lebih aroma, putu halba akan dibungkus dengan lapisan daun pisang…memang wangilah bila dibuka bungkusan putu halba tu nanti.

 

Selalunya belum sempat dibungkus lain sudah ramai yang beratur panjang menunggu giliran putu halba mereka siap. Pelanggan memang sanggup beratur menunggu giliran mereka semata-mata untuk membeli dan menikmati putu halba panas-panas yang baru diangkat dan terus dibungkus untuk dinikmati. Peniaga jalanan putu halba yang pandai menjaga kualiti putu halba, biasanya akan terus menyimban putu halba yang baru dibungkus ke dalam bekas kedap panas sekiranya pelanggan yang menempah belum tiba di kedai untuk mengambil tempahan mereka. Ini bagi memastikan putu halba sentiasa dalam keadaan panas.

 

Putu halba yang hanya diperbuat dari parutan ubi kayu asli tanpa sebarang campuran tepung kebiasaannya lebih lembut walaupun sudah sejuk. Memang puas hati kalau dapat makan putu halba ori ubi kayu ni panas-panas, memang sedap gebu, lembut dan sedikit kenyal. Namun putu halba yang diperbuat daripada campuran tepung dan ubi kayu akan menjadi liat apabila putu halba ini sejuk. Nasib kitalah jika membeli putu halba jalanan ni, kalau nasib baik dapatlah putu halba ori lembut gebu, lain kali boleh ulang beli berkali-kali lagi. Tapi jika nasib tak baik dapatlah putu halba banyak tepung berbanding ubi kayunya, lain kali tak pelu beli di situ lagi…boleh cari dan cuba putu halba kedai lain pula sebab gerai putu halba ni memang bagai cendawan yang tumbuh bila tiba musim hujan kat Kelantan, jadi tak perlu risau…cuma kena pandai memilih.

 

Untuk lebih memahami bagaimana putu halba ini dibuat, bolehlah klik sini! Putu Halba original ubi kayu sedap sengoti!

Scroll To Top