aszulqa.com

bubur jagung resepi viral mudah dan sedap

Bubur jagung resepi viral mudah dan sedap pasti membangkitkan selera sebagai menu minum petang. Rasanya, ramai yang sudah pandai buat bubur jagung kerana cara masaknya yang mudah. Tetapi kami tetap akan kongsi resepi bubur jagung untuk yang baru nak belajar dengan cara yang paling mudah iaitu menggunakan jagung yang sudah direbus dan santan kotak.

Read more

KETUPAT SOTONG / SOTONG SUMBAT PULUT

Selamat menyambut Ramadan Mubarak 1433! Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa, kebetulan pula jatuh pada hari Ahad, hari bersama keluarga.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

5 KUIH MUIH TRADISIONAL MUDAH UNTUK BERBUKA PUASA RAMADAN

Mencari kuih muih tradisional Melayu sedap dan mudah untuk berbuka puasa? Anda boleh cuba beberapa resepi kuih muih tradisional yang kami kongsikan di bawah ini.

Tidak lengkap bulan puasa rasanya tanpa kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut. Ada juga yang berbuka puasa dengan kuih terlebih dahulu sebagai pelapik perut sebelum menunaikan kewajipan solat Maghrib.

5 resepi kuih muih tradisional melayu, resepi viral mudah dan sedap:
1.kuih cara berlauk
2.kuih badak berendam

3.kuih bakar
4.kuih melaka @ onde-onde
5.seri muka durian

 

Read more

Resepi Pulut Durian Santan @ Pulut Santan Durian

Pulut durian sangat sedap dimakan bersama kuah santan. Ada yang menggelarkannya pulut durian kuah santan atau pulut durian Kelantan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Bayangkan anda menyuap seulas durian sedap seperti durian XO dengan rasa pahit-pahit manis, digaul bersama kuah santan dan sedikit hirisan gula melaka…nikmat tak terkata! Bagi yang tak suka durian pahit manis, boleh gantikannya dengan durian Musang King ataupun  IOI berisi tebal dengan rasa lemak-lemak manis. Namun jika dimakan bersama dengan durian kampung juga tidak kurang sedapnya.

 

BAHAN-BAHAN
-250g beras pulut
-200g santan
-garam
-beberapa ulas durian
-gula melaka (dihiris/ dicincang halus)

KUAH SANTAN
-250g santan
-garam

Tips memasak pulut dan cara mudah masak pulut kukus yang mudah boleh lihat video atas sampai habis. Cara kukus pulut tidaklah susah mana, cuma ada 2 step sahaja yang perlu diikuti. Selamat mencuba resepi viral mudah dan sedap ini.

SERI MUKA DURIAN Kuih Tradisional Melayu & Kuih Musim Durian

Kami akan kongsikan cara buat kuih seri muka durian sukatan cawan. Kuih tradisional melayu yang boleh dibuat bila tiba musim durian…..durian yang banyak dan tak tahu nak buat apa tu bolehlah dibuat kuih tradisional Melayu ini….seri muka durian, pasti sedap! Rasa lemak dari pulut dan santan dibangkitkan lagi dengan rasa isi durian dalam adunan kuih memang tak boleh ditolak.

 

BAHAN-BAHAN
A] Lapisan bawah pulut
-2 cawan pulut (direndam minimum 4jam)
-2 cawan santan
-1 st garam

B] Lapisan atas (durian)
-1/2 cawan tepung kastard
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan isi durian
-2 cawan santan
-2 biji telur
-1 st pewarna kuning
-1 st garam

Kami gunakan loyang bulat saiz 7 inci, jadi kuih seri muka durian akan jadi lebih meninggi dan masa mengukus kali ke-2 perlu dilebihkan ke 45 minit supaya lapisan di dalam tepung durian (lapisan atas) masak sepenuhnya.

Resepi KUIH BUAH MELAKA Lembut

Antara resepi viral kuih muih yang sentiasa evergreen, lebih-lebih lagi dicari bila tiba bulan Ramadan adalah kuih buah melaka atau onde-onde. Kuih senang dan mudah dibuat dengan bahan-bahan yang ringkas tapi sedap dan mengenyangkan bila dimakan. Boleh juga dijadikan ‘bonding time’ bila dibuat bersama anak-anak. Selalunya anak-anak suka untuk turut sama buat kuih buah melaka ni, dah semacam aktiviti play doh bagi mereka.

BAHAN-BAHAN
-20 helai daun pandan
-1 cawan air
-1 biji kelapa parut putih @ muda
-garam

BAHAN-BAHAN DOH kuih buah melaka
-1 cawan tepung pulut
-1 sb tepung beras
-1/2 st garam bukit
-gula melaka (potong kecil)
-air daun pandan

 

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM, Kuih Tradisional Melayu Sedap Berlemak Manis

Adakah anda tercari-cari resepi kuih badak berendam sukatan cawan @ Malaysian Dessert Recipes Glutinous Rice Balls in Coconut Milk? Kuih Badak Berendam adalah kuih tradisional melayu yang digemari ramai. Kuih badak berendam semakin dicari bila tiba bulan puasa @ ramadan.

 

Pasti ramai yang sukakan kuih tradisional melayu, kuih badak berendam sebagai manisan @ kuih berbuka puasa yang digandingkan dengan juadah berbuka puasa yang lain. Pilihan di tangan anda samada nak beli kuih badak berendam yang dah siap ataupun nak buat sendiri kuih badak berendam ni.

Haaa! kalau nak buat sendiri kuih badak berendam ni sebagai menu berbuka puasa, follow tutorial cara buat kuih badak berendam mudah yang kami dah sediakan kat atas. Kami dah tunjukkan dengan terperinci cara buat kuih badak berendam, resepi kuih tradisional melayu yang tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas.

Resepi kuih badak berendam ini mudah kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Selain menjadi pilihan menu berbuka puasa di rumah, kuih badak berendam juga selalu disajikan di hotel-hotel terkemuka sebagai sajian pencuci mulut kuih tradisional Melayu. Rasanya yang kenyal pada setiap gigitan, dilengkapkan dengan manisan dari dalam inti kelapa ditambah lagi dengan rasa lemak kuah santan memang sangat menggamit kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung.

Bagi yang mencari idea berniaga, sangat sesuai dijadikan kuih ini untuk berniaga @ kuih untuk dijual. Tutorial yang kami tunjukkan memang menggunakan bekas yang sesuai dijadikan sebagai kuih untuk jualan meniaga. Tambahan jika dijadikan kuih untuk jualan & berniaga di bandar-bandar terutamanya di bandar besar. Pasti laku, kerana kebanyakan penduduk kota sibuk bekerja, berduit tetapi tiada masa untuk memasak. Mereka pasti rindukan kuih tradisi kampung seperti badak berendam ini.

Juadah berbuka puasa pasti lebih bermakna jika dapat mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung sewaktu kecil sambil makan kuih badak berendam. Selain kuih badak berendam, antara kuih muih tradisional melayu lain yang menggunakan asas inti kelapa adalah seperti kuih ketayap, kuih bom bijan, kuih koci, pulut inti, kuih tepung bungkus, kuih tepung gomak dan pelbagai lagi kuih muih tradisional melayu yang lain.

BAHAN-BAHAN DOH kuih badak berendam
-3 cawan tepung pulut
-2-3 cawan air
-pewarna makanan hijau

BAHAN-BAHAN inti kelapa kuih badak berendam
-1 biji kelapa parut putih
-1 keping gula melaka
-3 sb gula perang
-daun pandan
-secubit garam

BAHAN-BAHAN kuah santan kuih badak berendam
-1 cawan santan pekat
-1 cawan air
-3 sb tepung beras

CARA BUAT kuih badak berendam (sila rujuk video youtube atas)
STEP 1: cara buat doh kuih badak berendam
STEP 2: cara buat inti kelapa kuih badak berendam
STEP 3: cara memasak doh kuih badak berendam
STEP 4: cara buat kuah santan kuih badak berendam

RESEPI KUIH CARA BERLAUK: Kuih Tradisi Melayu

Resepi Viral Kuih Cara Berlauk sukatan cawan, Kuih muih tradisional Melayu, Resepi kuih Malaysia Kuih cara berlauk antara kuih muih tradisional Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Kuih cara berlauk adalah antara resepi kuih simple & kuih sedap yang patut dicuba. Resepi kuih mudah dan berbaloi untuk dibuat sebagai menu minum petang atau snacking. Resepi viral mudah dan sedap kuih cara berlauk ni juga sering dicari sebagai kuih berbuka puasa bila tiba bulan Ramadan.

BAHAN-BAHAN kuih cara berlauk
A)Adunan tepung untuk diblender (kalau taknak blender boleh pakai whisker)
-1 cawan santan
-2 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-garam

B)Adunan inti daging
-100gram daging cincang @ minced beef
-1 bawang holland
-4 ulas bawang putih
-4 sb kari daging + air
-2 sb gula -garam

C) Hiasan
-segenggam daun sup
-1 cili merah

PUTU HALBA Original

Putu Halba adalah sejenis kuih yang berasal dari Kelantan, diperbuat daripada ubi kayu ataupun tepung ubi kayu, biasanya hanya didapati pada musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Febuari. Kuih putu halba berbentuk bulat, didalamnya berintikan gula melaka (atau dipanggil nise oleh orang Kelantan), dimakan bersama parutan kelapa muda. Ianya dipanggil kuih dalam kain kerana ia perlu dikukus didalam kain semasa proses memasak.

Putu halba wujud di tanah melayu dipercayai wujud di Tanah Melayu apabila adanya kemasukan imigrasi kaum India pada tahun 1786. Perkataan PUTU berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud kuih yang diperbuat daripada beras. Oleh itu, putu piring di Pulau Pinang sememangnya diperbuat daripada tepung beras.

Sejarah putu halba bermula apabila ia sampai ke Kelantan. Resepi putu diadaptasi daripada menggunakan tepung beras, ia diolah dan ditukar kepada gabungan parutan ubi kayu, nise (gula melaka) dan sedikit halba. Selain untuk aroma, fungsi asal halba digunakan dalam kuih ini adalah untuk memanaskan badan di musim tengkujuh. Kebiasaanya putu halba hanya boleh didapati bila tibanya musim tengkujuh di tepi jalan sekitar Kelantan. Putu halba dan musim tengkujuh berpisah tiada. Ianya hanya dijual pada musim tengkujuh kerana dikatakan pada zaman dahulu, bila tiba musim tengkujuh dan banjir, kawasan kebun akan ditenggelami air…jadi untuk mengelakkan ubi kayu rosak ditenggelami air eloklah dituai dan dijadikan kuih. Salah satu kuih daripada ubi kayu yang sangat sedap dimakan adalah kuih putu halba ini.

 

Beza putu halba dan putu piring ialah bahan membuat putu itu sendiri. Kuih putu piring diperbuat daripada tepung beras manakala kuih putu halba diperbuat daripada ubi kayu.

Cara tradisional membuat putu halba dimulai dengan proses memarut ubi kayu sehingga halus, kemudian ubi kayu ini dimasukkan ke dalam kain untuk diperah airnya, airnya dibuang atau disimpan untuk kegunaan lain. Ubi kayu yang telah diperah perlu dijemur lebihkurang 2 jam. Untuk memastikan parutan ubi kayu ini sudah boleh digunakan, teksturnya perlulah kasar berderai dan tidak melekat-lekat atau lembik. Parutan ubi kayu ini dicampur dengan halba dan sudah boleh digunakan untuk dibuat kuih putu halba. Untuk dimakan di rumah dalam kuantiti sedikit bolehlah menggunakan cara tradisional secara manual untuk membuat putu halba ini. Tetapi untuk jualan agak tidak praktikal kerana kuantiti ubi kayu yang banyak perlu digunakan.

 

Apabila ditanya pada peniaga jalanan putu halba biasanya mereka menggunakan mesin parut ubi kayu untuk memarut ubi kayu dalam kuantiti yang banyak. Setelah diparut ubi kayu ini akan diperah buang airnya dan parutan ubi kayu akan dijemur. Cara-cara memasak (mengukus) putu halba dimulai dengan parutan putu halba dimasukkan ke dalam separuh acuan putu kemudian dimasukkan pula gula melaka, setelah itu ditutupi sekali lagi dengan parutan ubi kayu sehingga menutupi acuan putu.

 

Acuan putu halba akan dibaluti dengan kain net jarang, diletakkan di atas loyang pengukus, setelah bahagian bawah putu halba masak, bahagian atas  akan diterbalikkan ke bawah pula. Bila bahagian bawah sudah masak, kain net jarang akan dibuka dan kuih putu halba akan diangkat kemudian akan terus dibungkus bersama dengan parutan kelapa muda yang telah dicampur sedikit gula dan garam untuk menaikkan lagi rasa sedap dan lemak kelapa. Untuk lebih aroma, putu halba akan dibungkus dengan lapisan daun pisang…memang wangilah bila dibuka bungkusan putu halba tu nanti.

 

Selalunya belum sempat dibungkus lain sudah ramai yang beratur panjang menunggu giliran putu halba mereka siap. Pelanggan memang sanggup beratur menunggu giliran mereka semata-mata untuk membeli dan menikmati putu halba panas-panas yang baru diangkat dan terus dibungkus untuk dinikmati. Peniaga jalanan putu halba yang pandai menjaga kualiti putu halba, biasanya akan terus menyimban putu halba yang baru dibungkus ke dalam bekas kedap panas sekiranya pelanggan yang menempah belum tiba di kedai untuk mengambil tempahan mereka. Ini bagi memastikan putu halba sentiasa dalam keadaan panas.

 

Putu halba yang hanya diperbuat dari parutan ubi kayu asli tanpa sebarang campuran tepung kebiasaannya lebih lembut walaupun sudah sejuk. Memang puas hati kalau dapat makan putu halba ori ubi kayu ni panas-panas, memang sedap gebu, lembut dan sedikit kenyal. Namun putu halba yang diperbuat daripada campuran tepung dan ubi kayu akan menjadi liat apabila putu halba ini sejuk. Nasib kitalah jika membeli putu halba jalanan ni, kalau nasib baik dapatlah putu halba ori lembut gebu, lain kali boleh ulang beli berkali-kali lagi. Tapi jika nasib tak baik dapatlah putu halba banyak tepung berbanding ubi kayunya, lain kali tak pelu beli di situ lagi…boleh cari dan cuba putu halba kedai lain pula sebab gerai putu halba ni memang bagai cendawan yang tumbuh bila tiba musim hujan kat Kelantan, jadi tak perlu risau…cuma kena pandai memilih.

 

Untuk lebih memahami bagaimana putu halba ini dibuat, bolehlah klik sini! Putu Halba original ubi kayu sedap sengoti!

Scroll To Top