aszulqa.com

PUTU HALBA Original

Putu Halba adalah sejenis kuih yang berasal dari Kelantan, diperbuat daripada ubi kayu ataupun tepung ubi kayu, biasanya hanya didapati pada musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Febuari. Kuih putu halba berbentuk bulat, didalamnya berintikan gula melaka (atau dipanggil nise oleh orang Kelantan), dimakan bersama parutan kelapa muda. Ianya dipanggil kuih dalam kain kerana ia perlu dikukus didalam kain semasa proses memasak.

Putu halba wujud di tanah melayu dipercayai wujud di Tanah Melayu apabila adanya kemasukan imigrasi kaum India pada tahun 1786. Perkataan PUTU berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud kuih yang diperbuat daripada beras. Oleh itu, putu piring di Pulau Pinang sememangnya diperbuat daripada tepung beras.

Sejarah putu halba bermula apabila ia sampai ke Kelantan. Resepi putu diadaptasi daripada menggunakan tepung beras, ia diolah dan ditukar kepada gabungan parutan ubi kayu, nise (gula melaka) dan sedikit halba. Selain untuk aroma, fungsi asal halba digunakan dalam kuih ini adalah untuk memanaskan badan di musim tengkujuh. Kebiasaanya putu halba hanya boleh didapati bila tibanya musim tengkujuh di tepi jalan sekitar Kelantan. Putu halba dan musim tengkujuh berpisah tiada. Ianya hanya dijual pada musim tengkujuh kerana dikatakan pada zaman dahulu, bila tiba musim tengkujuh dan banjir, kawasan kebun akan ditenggelami air…jadi untuk mengelakkan ubi kayu rosak ditenggelami air eloklah dituai dan dijadikan kuih. Salah satu kuih daripada ubi kayu yang sangat sedap dimakan adalah kuih putu halba ini.

 

Beza putu halba dan putu piring ialah bahan membuat putu itu sendiri. Kuih putu piring diperbuat daripada tepung beras manakala kuih putu halba diperbuat daripada ubi kayu.

Cara tradisional membuat putu halba dimulai dengan proses memarut ubi kayu sehingga halus, kemudian ubi kayu ini dimasukkan ke dalam kain untuk diperah airnya, airnya dibuang atau disimpan untuk kegunaan lain. Ubi kayu yang telah diperah perlu dijemur lebihkurang 2 jam. Untuk memastikan parutan ubi kayu ini sudah boleh digunakan, teksturnya perlulah kasar berderai dan tidak melekat-lekat atau lembik. Parutan ubi kayu ini dicampur dengan halba dan sudah boleh digunakan untuk dibuat kuih putu halba. Untuk dimakan di rumah dalam kuantiti sedikit bolehlah menggunakan cara tradisional secara manual untuk membuat putu halba ini. Tetapi untuk jualan agak tidak praktikal kerana kuantiti ubi kayu yang banyak perlu digunakan.

 

Apabila ditanya pada peniaga jalanan putu halba biasanya mereka menggunakan mesin parut ubi kayu untuk memarut ubi kayu dalam kuantiti yang banyak. Setelah diparut ubi kayu ini akan diperah buang airnya dan parutan ubi kayu akan dijemur. Cara-cara memasak (mengukus) putu halba dimulai dengan parutan putu halba dimasukkan ke dalam separuh acuan putu kemudian dimasukkan pula gula melaka, setelah itu ditutupi sekali lagi dengan parutan ubi kayu sehingga menutupi acuan putu.

 

Acuan putu halba akan dibaluti dengan kain net jarang, diletakkan di atas loyang pengukus, setelah bahagian bawah putu halba masak, bahagian atas  akan diterbalikkan ke bawah pula. Bila bahagian bawah sudah masak, kain net jarang akan dibuka dan kuih putu halba akan diangkat kemudian akan terus dibungkus bersama dengan parutan kelapa muda yang telah dicampur sedikit gula dan garam untuk menaikkan lagi rasa sedap dan lemak kelapa. Untuk lebih aroma, putu halba akan dibungkus dengan lapisan daun pisang…memang wangilah bila dibuka bungkusan putu halba tu nanti.

 

Selalunya belum sempat dibungkus lain sudah ramai yang beratur panjang menunggu giliran putu halba mereka siap. Pelanggan memang sanggup beratur menunggu giliran mereka semata-mata untuk membeli dan menikmati putu halba panas-panas yang baru diangkat dan terus dibungkus untuk dinikmati. Peniaga jalanan putu halba yang pandai menjaga kualiti putu halba, biasanya akan terus menyimban putu halba yang baru dibungkus ke dalam bekas kedap panas sekiranya pelanggan yang menempah belum tiba di kedai untuk mengambil tempahan mereka. Ini bagi memastikan putu halba sentiasa dalam keadaan panas.

 

Putu halba yang hanya diperbuat dari parutan ubi kayu asli tanpa sebarang campuran tepung kebiasaannya lebih lembut walaupun sudah sejuk. Memang puas hati kalau dapat makan putu halba ori ubi kayu ni panas-panas, memang sedap gebu, lembut dan sedikit kenyal. Namun putu halba yang diperbuat daripada campuran tepung dan ubi kayu akan menjadi liat apabila putu halba ini sejuk. Nasib kitalah jika membeli putu halba jalanan ni, kalau nasib baik dapatlah putu halba ori lembut gebu, lain kali boleh ulang beli berkali-kali lagi. Tapi jika nasib tak baik dapatlah putu halba banyak tepung berbanding ubi kayunya, lain kali tak pelu beli di situ lagi…boleh cari dan cuba putu halba kedai lain pula sebab gerai putu halba ni memang bagai cendawan yang tumbuh bila tiba musim hujan kat Kelantan, jadi tak perlu risau…cuma kena pandai memilih.

 

Untuk lebih memahami bagaimana putu halba ini dibuat, bolehlah klik sini! Putu Halba original ubi kayu sedap sengoti!

RESEPI NASI AYAM SEDAP

Cara masak nasi ayam memang banyak & pelbagai, lain orang lain cara masaknya..masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bak kata orang, resepi nasi ayam paling sedap mestilah mengikut tekak kita sendiri kan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Sis sendiri pun dah cuba pelbagai versi cara masak nasi ayam. Cuma kali ni sis terpanggil nak cuba resepi nasi ayam Che Nom ni. Cuma sup ayam je sis tak follow betul-betul, ada bahan yang sis tak letak sebab bila makan kat kedai pun takde letak carrot & kentang. Yang lain memang sis tak derhaka resepi lah, sis follow je cara masak nasi ayam cik nom ni.

 

RESEPI NASI AYAM SEDAP

A] BAHAN REBUSAN AYAM
1 ekor ayam
12 ulas bawang putih + 6 inci halia = ditumbuk kemudian bahagikan kepada 4 bahagian-guna 1 bahagian sahaja untuk merebus ayam)
1 kiub ayam

B] BAHAN PERAPAN AYAM
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 bahagian tumbuk bawang putih + halia
Sedikit madu untuk sapuan

C] BAHAN SUP AYAM
Air rebusan ayam
Rempah sup bunjut
air
3 ketulan ayam
garam

D] BAHAN NASI AYAM
4 cawan beras
4-5 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar
butter
1 bahagian tumbuk bawang putih + halia
2 bunga lawang
7 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai diketuk
2 helai daun pandan
Sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

E] BAHAN SOS SAMBAL CILI
5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 bahagian tumbuk bawang putih + halia
2 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
2 sudu besar
gula
air rebusan ayam

F] BAHAN SOS KICAP
Kuah kicap perapan ayam di atas
Sedikit garam

G] BAHAN SALAD
salad
timun
tomato

Cara masak nasi ayam sedap klik bawah

…………………………………………………………………………………………………………………

CHICKEN RICE RECIPE

A] CHICKEN BROTH ingredients
1 chicken
12 cloves of garlic + 6 inches of ginger = pounded then divided into 4 parts-use 1 part only to cook chicken broth)
1 chicken cube

B] MARINATED CHICKEN Ingredients
2 tablespoons oyster sauce
2 tablespoons dark soy sauce
2 tablespoons light soy sauce
1 portion of garlic + ginger paste
honey

C] CHICKEN SOUP ingredients
soup spices (sup bunjut)
water
3 pieces of chicken
Salt

D] CHICKEN RICE ingredients
4 cups of rice
4-5 cups of chicken broth
2 tablespoons butter
1 portion of garlic + ginger paste
2 star anise
7 cardamom
1 cinnamon
1 stalk of lemongrass
2 pandan leaves salt turmeric powder

E] SAMBAL CHILI SAUCE ingredients
5 red chillies
3 bird’s eye chili
1 portion of garlic + ginger paste
2 tablespoons vinegar
1 teaspoon of salt
2 tablespoons sugar chicken broth

E] SWEET DARK SAUCE ingredients
marinated chicken soy sauce
salt

F] SALAD
salad
tomato
cucumber

How to cook chicken rice, do click

Scroll To Top