aszulqa.com

Resepi NASI LEMAK KUKUS Berderai dan Nasi Lemak Kukus Sukatan Cawan

Nasi lemak yang sentiasa menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sentiasa dicari-cari tidak kira sebagai menu sarapan, makan tengahari mahu pun makan malam.
Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi lemak kukus berderai dan tidak lembik. Untuk mudah faham, perlulah tonton video tutorial masak nasi lemak kukus di atas sampai habis. Nasi lemak kukus sukatan cawan ini senang difahami dan senang diikuti. 

Read more

AYAM MASAK KURMA

Ayam masak kurma simple adalah antara masakan ayam simple tapi sedap. Ada yang tanya, ayam masak kurma makan dengan apa sedap? Kalau tanya sis, sis suka makan dengan ayam goreng atau ikan goreng, padankan pula dengan sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin. Confirm makan tak toleh belakang dah!

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Resepi Burger Tepi Jalan & Cara Masak Burger di Rumah

Kami kongsikan resepi burger tepi jalan dan cara masak burger di rumah yang senang dan sedap. Antara resepi viral mudah dan sedap.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

NASI KERABU

Antara banyak-banyak resepi nasi, resepi nasi kerabu adalah resepi nasi yang paling renyah dan memakan masak yang lama untuk dibuat. Walaupun renyah dan banyak ‘step’ ,masih berbaloi untuk kita buat sendiri nasi kerabu ini kerana dijamin sedap dan boleh diubahsuai mengikut selera tekak kita sendiri. Memang puas hati jika dapat makan nasi kerabu hasil air tangan sendiri.

 

Read more

Ayam Bakar @ Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Ayam panggang berempah yang menggamit deria rasa kita pada ayam panggang ala kenny rogers yang digemari ramai.Bila dah siap ayam panggang ala kenny rogers, aromanya yang harum memang sangat menggoda selera sesiapa sahaja yang terbau. Juga bila dituang sos nya…mesti rasa tak sabar sangat dah nak makan. Jom kita tengok bahan-bahan & cara memasak ayam panggang ala kenny rogers.

 

 

BAHAN-BAHAN Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
-1/2 ekor ayam
-1 batang lobak merah
-4 biji kentang
-1 sb majerin (yang nak menu diet sihat tak perlu guna majerin)
-1-2 sb mixed herbs
-hirisan lemon

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 sb lada hitam
-3 sb gula perang
-1 st garam bukit

CARA BUAT Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
1.Kesemua bahan kisar dikisar bersama
2.Sediakan ayam bersama potongan kentang & lobak merah di dalam satu bekas
3.Tuangkan kesemua bahan kisar ke dalam bekas ayam
4.Kemudian masukkan majerin & mixed herbs
5.Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam, nak lebih sedap perapkan semalaman
6.Lepas dah perap aym dll sedia untuk dibakar
7.Jika bakar oven suhu 180-210 (ikut oven masing-masing), bakar selama 1 jam

CARA BUAT SOS Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
1.Lebihan sos perapan dituang ke dalam periuk
2.Panaskan api & kacau sebati sos perapan tadi
3.Masukkan sedikit air
4.Untuk pekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung (1 sb tepung jagung + air)
5.Untuk mencantikkan warna kuah masukkan sedikit kicap pekat lemak manis
6.Kacau sebati
7.Hidangkan sos bersama ayam panggang ala kenny rogers
8.Untuk lebih sedap, sediakan hirisan lemon
9.Bila nak makan, tuangkan sos ke atas ayam panggang kenny rogers & perahkan lemon

……………………………………………….

INGREDIENTS grilled chicken
-1/2 chicken
-1 carrot
-4 potatoes
-1 tablespoon margerine
-1-2 tbsp mixed herbs
-sliced lemon

BLENDED INGREDIENTS grilled chicken
-1 red onion
-5 cloves garlic
-1 inch ginger
-1 tbsp black pepper
-3 tbsp brown sugar
-1 tsp himalayan salt

Kalau tak nak susah payah sediakan bahan perapan ayam, beli ajelah sini senang tak sampai RM6 pun offer (waktu terhad).

NAK LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI

 

RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE TELUR: Sedap & Simple

Biasanya kita masak makaroni goreng sahaja kan. Cuba tambah sedikit bahan lain seperti cheese dan telur hancur, rasanya pasti sangat ‘marbeles’ dan boleh buat makan tambah berpinggan-pinggan. Resepi makaroni goreng cheese & telur ini juga sangat disukai kanak-kanak, sangat sesuai dijadikan menu untuk bekal sekolah anak-anak selain untuk breakfast, minum petang atau dihidangkan untuk tetamu.

BAHAN-BAHAN makaroni goreng
-4 genggam makaroni
-1 biji bawang merah besar (diracik)
-3 ulas bawang putih (diracik)
-segenggam isi ayam (dihiris)
-1 biji telur 4-5 keping cheese
-1/2 batang carrot
-1/2 batang saderi
-4 sudu besar sos cili
-1 sudu besar serbuk kari

NAK TAHU LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI

Resepi Spaghetti Carbonara Creamy Homemade tanpa Sos Prego

Resepi spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego yang lebih sihat dan sedap. Lepas ni dah tak perlu risau kalau tiada sos carbonara prego atau sos carbonara tin yang lain sebab anda dah boleh buat sendiri sos carbonara creamy menggunakan bahan asas seperti susu & cheese keping. Rugi tak cuba sebab ia sangat creamy, cheesy & lemak berkrim.

 

 

BAHAN-BAHAN spaghetti carbonara
-sedikit butter/ mentega
-1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)
-2 keping daging burger
-1 cili merah besar (dihiris)
-1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
-4-5 cheese keping
-4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
-beberapa biji meatball
-12 ekor udang
-1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
*TIPS MEMASAK: tepung jagung digunakan dalam masakan spageti carbonara supaya sos menjadi lebih pekat berkrim

CARA MEMASAK spaghetti carbonara
1.Panaskan butter/ mentega…kemudian masakkan daging burger yang telah dicincang halus 2.Setelah daging burger masak, masukkan bawang holland & tumis hingga layu
3.Kemudian masukkan hirisan cili merah
4.Masukkan susu & kacau sebati, biarkan mendidih
5.Kemudian masukkan meatball & cendawan shitake
6.Gaul sebati & biarkan masak sekata
7.Kemudian masukkan udang & kacau sebati
8.Akhir sekali perasakan dengan garam bukit

Cubalah spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego ini di rumah! Korang pasti tak menyesal mencubanya malah akan masak berulang kali lagi resepi spagetti carbonara ini.

NAK TAHU LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI

Scroll To Top