Kami kongsikan resepi burger tepi jalan dan cara masak burger di rumah yang senang dan sedap. Antara resepi viral mudah dan sedap.
Cara buat burger paling sedap bergantung pada kualiti sos yang kita guna, kalau sos tak sedap maka tak sedaplah burger kita tu nanti. Lagi satu nak buat burger paling sedap mesti ada bau burger yang mengancam macam kat stall jual burger tu….bahan rahsia menjadikan bau dan rasa burger yang sedap adalah seasoningnya (lihat video). Pastikan juga daging burger cukup masak, kami guna burger Ramly. Cara masak burger Ramly sedap ada kami tunjukkan di video. Burger yang sangat sedap tapi cara masaknya simple dan mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN
-2 bun burger
-butter @ marjerin
-2 keping daging burger
-seasoning
-salad
-bawang holland (hiris mayang)
-sos cili
-sos mayonis