aszulqa.com

Resepi NASI LEMAK KUKUS Berderai dan Nasi Lemak Kukus Sukatan Cawan

Nasi lemak yang sentiasa menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sentiasa dicari-cari tidak kira sebagai menu sarapan, makan tengahari mahu pun makan malam.
Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi lemak kukus berderai dan tidak lembik. Untuk mudah faham, perlulah tonton video tutorial masak nasi lemak kukus di atas sampai habis. Nasi lemak kukus sukatan cawan ini senang difahami dan senang diikuti. 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

BAHAN-BAHAN nasi lemak kukus paling sedap
-5 pot beras (cuci bersih)
-1 santan kotak 200ml
-air
-1 biji bawang merah (hiris mayang)
-2 inci halia (dihiris)
-2 batang serai
-daun pandan

Cara masak nasi lemak kukus berderai-derai cantik
1.cuci bersih beras
2.masukkan daun pandan, hirisan bawang merah, halia & serai
3.masukkan santan
4.masukkan air sampai ruas pertama jari telunjuk (jika terlebih air boleh buang air & jika terkurang air boleh tambahkan air)
5.masak guna rice cooker
6.bila dah masak, boleh pindahkan nasi lemak dari rice cooker ke pengukus
7.kukus nasi lemak selama 15minit
8.tutup api
9.nasi lemak dah siap!

Bonus kali ini, kami akan kongsikan sekali resepi sambal paru nasi lemak, yang boleh buatkan korang makan tak berhenti!

BAHAN-BAHAN sambal paru nasi lemak paling sedap
-100g-300g paru –
asam jawa + air (pes asam jawa)
-3/4 blok gula melaka
-daun pandan
-garam

BAHAN KISAR sambal paru nasi lemak paling sedap
-15 tangkai cili kering (direbus dahulu)
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-2 inci halia

Untuk cara masak sambal paru, perlu klik video di atas untuk lihat secara terperinci.

Klik sini ini untuk lihat cara masak sambal nasi lemak paling sedap dengan lebih terperinci & apa yang dimaksudkan dengan pecah minyak 3x.

Klik sini untuk resepi nasi lemak pandan & halba special.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + six =

Scroll To Top