aszulqa.com

Resepi Pulut Kuning Ringkas: Cara Masak Pulut Kuning Mudah

Resepi pulut kuning ringkas dan sedap dimakan bersama begitu sahaja ataupun bersama rendang ayamSebenarnya nak masak pulut kuning ni tak susah pun, kena tahu cara yang betul dan mudah untuk masak pulut kuning supaya menjadi! Jika salah cara masak, pulut kuning boleh menjadi lembik ataupun keras. 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Tips dan petua untuk mengelakkan pulut kuning keras apabila siap dimasak ialah dengan merendam beras pulut semalaman di dalam air. Tips dan petua supaya pulut kuning masak cantik berkilat ialah dengan merendam beras pulut bersama dengan asam keping semalaman. Sekiranya kita ingin memasak pulut kuning keesokan harinya, malamnya kita wajib rendam beras pulut dahulu.

Tips memasak pulut kuning supaya tahan lama dan tidak cepat basi ialah dengan mengukus pulut kuning kali kedua selepas menggaulkannya dengan santan. Cara masak pulut kuning sukatan cawan dan pulut kuning guna santan kotak ini senang difahami, boleh tonton video bawah sampai habis.

 

Bahan-bahan:
500g beras pulut (4 cawan beras pulut)
Air secukupnya untuk merendam beras pulut
2 sb serbuk kunyit
3 asam keping
200ml santan kotak
200ml air
garam secukup rasa

 

Scroll To Top