aszulqa.com

AYAM PERCIK KELANTAN Original

Setiap kali pergi bazaar ramadan, salah satu makanan yang ‘bau’nya dah boleh dihidu dari jauh dengan asap yang berkepul-kepul dan membuatkan kita terliur nak membeli adalah ayam percik.

Ayam percik Kelantan original kuahnya berwarna putih atau dikenali ayam percik putih, keenakan rasa rempahnya dapat dirasai dengan sekali gigitan pada isi ayam. Tips memasak ayam percik kelantan dengan sedap ialah dengan memastikan bahan perapan betul-betul meresap masuk ke dalam isi ayam. Ada dua cara iaitu dengan memerapnya semalaman ataupun jika ingin cepat boleh masak kesemua bahan rempah bersama ayam sehingga separuh masak kemudian boleh terus dibakar. Tips memasak lain, sewaktu mual-mula membakar ayam perlu tuangkan kuah percik hingga menutupi ayam, bila kuah percik dah kering ulang tuang kuah lagi…ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak. Tips memasak untuk memekatkan kuah ayam percik ialah dengan memasukkan tepung beras ke dalam kuah dan dikacau sebati. Resepi ayam percik Kelantan asli seperti di bawah:

 

BAHAN KISAR 
-5 batang serai
-4 biji bawang merah
-9 ulas bawang putih
-3 inci halia

BAHAN-BAHAN
-3/4 ekor ayam
-1 cawan santan pekat
-3 cawan air
-1 asam keping
-1 sb gula
-1 sb cili kisar
-4 sb tepung beras
-garam

Ada yang tak biasa makan ayam percik dan bertanya….ayam percik makan dengan apa?
Sebenarnya ayam percik ni macam lauk ayam yang lain je, boleh dimakan bersama nasi putih. Tapi jika nak lebih sedap boleh dimakan bersama nasi kerabu ataupun nasi ulam.

Masak Lemak Telur Belimbing Buluh

Bosan tak tahu nak masak apa dah dengan telur ayam?
Apa kata cuba masak lemak telur bersama belimbing buluh yang mana belimbing buloh ni berfungsi menambahkan lagi kesedapan masak lemak telur. Tak semestinya guna telur itik baru boleh masak lemak ni…guna telur ayam pun tidak kurang sedapnya. Jom lihat resepi penuh masak lemak telur belimbing buluh:

 

BAHAN KISAR masak lemak telur belimbing buluh
-1 biji bawang merah besar
-4 inci kunyit hidup
-3 biji cili api (sebab tak nak pedas, kuantiti kebiasaannya orang guna 15 biji untuk masak lemak cili api)

BAHAN-BAHAN masak lemak telur bersama belimbing buloh
-4 biji telur ayam
-30-50 biji belimbing buluh
-1 mangkuk santan segar
-2 batang serai (diketuk)
-1 asam keping
*optional
-3 biji cili api merah untuk hiasan
-1 helai hirisan daun kunyit

 

 


			

AYAM BAWANG MAMAK, Resepi Ayam Masak Bawang

Biasanya kita makan ayam bawang kat kedai mamak ataupun kedai nasi kandar. Menu ayam masak bawang ni cukup popular di restoran-restoran nasi kandar Pulau Pinang, sebab itulah ianya juga dikenali sebagai ayam masak bawang Penang. Antara ayam bawang yang sering menjadi sebutan ialah ayam bawang pelita dan ayam bawang hameediyah

Aroma bawangnya yang harum dan menyelerakan serta kuahnya yang pekat memang sangat sesuai digandingkan dalam nasi kandar, bayangkan anda memasak sendiri ayam bawang ni di rumah…gandingkan pula nasi briyani ataupun nasi minyak memang marveles sangat! Ini antara lauk resepi viral mudah dan sedap untuk dihidang pada tetamu, mesti tetamu akan teringat-ingat air tangan anda bila balik ke rumah nanti. Kini anda boleh memasak sendiri ayam masak bawang simple menggunakan resepi ayam bawang nasi kandar di bawah ini kat rumah

BAHAN-BAHAN
-Ayam
-2 inci halia (dikisar)
-2-3 biji bawang merah (dikisar)
-5 ulas bawang putih (dikisar)
-3 biji bawang merah (dihiris mayang)
-serbuk kunyit (lumur pada ayam)
-serbuk kari (lumur pada ayam)
-6 sb sos cili
-2 sb garam masala
-2 sb serbuk kari
-garam

Ayam masak bawang mudah ini tidak menggunakan sos tiram dan juga sos tomato, tetapi boleh sahaja jika anda ingin memasukkan sekali kedua-dua sos ini ke dalam ramuan ayam masak bawang ala mamak ini. Kelainan ayam bawang ni terletak pada bawang goreng yang ditabur ke atas ayam berkuah yang telah dimasak, disebabkan itulah ia dinamakan ayam masak bawang.

Resepi Ikan Siakap Singgang Kelantan

Resepi Ikan Singgang sangat sesuai sebagai menu diet sihat, menu berpantang, menu masakan harian, menu berbuka puasa dll.

Jika ditanya ikan siakap masak apa sedap?
Selain dibuat siakap stim lemon, ikan siakap juga sangat sedap dimasak singgang ikan Kelantan. Masak singgang ikan siakap Kelantan ini boleh menjadi pembuka selera menu masakan harian jika dimakan bersama dengan budu mahupun sambal belacan. Juga boleh menjadi menu pembuka selera untuk orang demam yang tidak sedap mulut. Resepi singgang ikan siakap sebagai lauk berkuah adalah masakan simple tapi sedap, sangat senang dimasak even orang bujang pun boleh masak ni.

 

Selain ikan singgang siakap, antara ikan lain yang sedap dibuat singgang seperti singgang tongkol, singgang tenggiri, singgang kembung, singgang selar dll.

BAHAN-BAHAN ikan siakap singgang kelantan
-2 ekor ikan siakap
-4 inci lengkuas
-10 ulas bawang putih
-2 asam keping
-3 tangkai cili kering
-9 batang bendi

SERI MUKA DURIAN Kuih Tradisional Melayu & Kuih Musim Durian

Kami akan kongsikan cara buat kuih seri muka durian sukatan cawan. Kuih tradisional melayu yang boleh dibuat bila tiba musim durian…..durian yang banyak dan tak tahu nak buat apa tu bolehlah dibuat kuih tradisional Melayu ini….seri muka durian, pasti sedap! Rasa lemak dari pulut dan santan dibangkitkan lagi dengan rasa isi durian dalam adunan kuih memang tak boleh ditolak.

 

BAHAN-BAHAN
A] Lapisan bawah pulut
-2 cawan pulut (direndam minimum 4jam)
-2 cawan santan
-1 st garam

B] Lapisan atas (durian)
-1/2 cawan tepung kastard
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan isi durian
-2 cawan santan
-2 biji telur
-1 st pewarna kuning
-1 st garam

Kami gunakan loyang bulat saiz 7 inci, jadi kuih seri muka durian akan jadi lebih meninggi dan masa mengukus kali ke-2 perlu dilebihkan ke 45 minit supaya lapisan di dalam tepung durian (lapisan atas) masak sepenuhnya.

AYAM MASAK LEMAK CILI API

AYAM MASAK LEMAK CILI API resepi berniaga nasi campur, sedap tak terkata…belum cuba belum tahu.

 

BAHAN-BAHAN Ayam Masak Lemak Cili Api
-1/2 ekor ayam (potong kecil)
-1 mangkuk santan
-3 biji kentang
-1 asam keping
-5 helai daun kunyit
-10-15 helai daun limau purut
-3 cili api merah untuk hiasan

BAHAN KISAR ayam masak lemak cili api
-1 biji bawang merah besar
-3 inci kunyit hidup
-4 cili api (anak-anak tak boleh makan pedas…kalau korang nak pedas masak lemak cili api negeri sembilan boleh buat 10-15 cili api, atau boleh je nak lebihkan…ikut tekak masing-masing)

CARA MASAK ayam masak lemak cili api
1.lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2.panaskan periuk, kemudian masukkan ayam dan masak seketika
3.seterusnya masukkan kesemua bahan kisar…kacau mesra
4.tambahkan air
5.masukkan potongan kentang
6.masukkan 1/2 santan
7.masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dicarik-carik
8.masukkan asam keping
9.masukkan baki lagi 1/2 santan tadi…kacau sebati
10.masukkan lagi baki daun limau purut & daun kunyit
11.perasakan dengan garam
12.masak sekejap lagi sambil mengacau
13.dah siap!

AIR KOKTAIL BUAH versi Sihat

Air Koktail Buah-Buahan Versi Sihat sangat sesuai dihidangkan untuk tetamu ataupun air berbuka puasa. Jika semua bahan sudah tersedia, tak sampai 5 minit sudah siap dihidang air koktail viral ini.

Air koktail buah-buahan dinamakan versi sihat kerana hanya menggunakan buah-buahan segar dan juga susu segar, tiada sebarang buah tin, pewarna tiruan mahupun susu pekat manis.

 

Hanya 5 bahan digunakan untuk membuat air koktail viral ni. Sedap sangat diminum sejuk-sejuk air koktail susu menggunakan susu segar dan buah-buahan segar sahaja. Air koktail resepi penuh seperti di bawah

BAHAN-BAHAN
Buah naga
Buah tembikai susu
Buah nenas
Susu segar
Air gula
Ais kiub

Ikan Masak Lemak Cili Api

Ikan jenahak masak apa sedap?
Macam-macam resepi masakan ikan yang boleh dibuat dengan ikan jenahak. Antaranya masak lemak cili api ikan jenahak.

Kalini kami akan tunjukkan cara masak lemak cili api ikan jenahak resepi macam kat kedai makan ini yang sangat sedap & mudah. Resepi masak lemak kali ini agak berbeza sedikit kerana tidak menggunakan serai pun. Rasa masak lemak yang berbeza, kena cuba sendiri resepi ni di rumah anda untuk rasai kesedapannya.

 

BAHAN-BAHAN ikan masak lemak cili api
-ikan jenahak (dipotong)
-1 biji bawang merah merah (dikisar)
-3 inci kunyit hidup (dikisar)
-2 cili api merah (dikisar) – boleh lebihkan 10-15biji untuk pedas
-*3 ulas bawang putih (dikisar)
-5-10helai daun limau purut (dicarik-carik)
-1 helai daun kunyit (dicarik-carik)
-1 cawan santan kotak/ santan pekat
-1 asam keping

CARA MASAK ikan masak lemak cili api
1)Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup & cili api bersama sedikit air
2)Hidupkan api perlahan, kemudian masukkan kesemua bahan kisar
3)Carik-carikkan daun limau purut & daun kunyit kemudian masukkan kedalam periuk
4)kacau sebati
5)bila dah mendidh bolehlah dimasukkan santan
6)teruskan mengacau supaya santan tak pecah minyak
7)masukkan potongan ikan
8)masukkan asam keping
9)perasakan dengan garam
10)kacau perlahan sekejap kemudian terus tutup api

 

Jika anda nak masak lemak cili padi dengan cara sedikit berbeza dari resipi masak lemak di atas, boleh juga cuba resipi ikan masak lemak cili padi di bawah

BAHAN-BAHAN masak lemak cili api Ikan
-4 ekor ikan mata besar (atau apa-apa Ikan kesukaan seperti kembung, selar dll)
-1 mangkuk santan
-1 asam keping
-2 batang serai
-seikat kacang panjang
-1 tangkai lada merah @ cili merah

BAHAN KISAR masak lemak cili api Ikan
-1 biji bawang merah besar
-3 inci kunyit hidup
-7 biji cili api (nak pedas, boleh tambah lagi)

TIPS MEMASAK supaya masak lemak cili api menjadi sedap dan cantik, kena pastikan selalu kacau masakan  dengan api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resipi Ikan Keli Berlada…Merecik Sedap!

Resipi Ikan Keli Berlada atau resepi ikan keli berlado ni simple je, tapi boleh buat makan nasi tambah berpinggan-pinggan. Makan tanpa sambal belacan pun boleh bertambah bila berlaukkan ikan keli berlado ni.

Selain daripada berkongsi resepi ikan keli berlada atau ada yang panggil sambal ikan keli, kami juga ada kongsikan cara hilangkan hanyir ikan keli juga cara bersihkan ikan keli supaya tidak hanyir. Kena tonton video bawah ni sampai habis untuk dapatkan resepi penuh ikan keli berlado bersama petua dan tips memasak ikan keli. Oh ya! Jika nak buat resepi ikan keli berlada hijau, boleh gantikan cili padi merah tu dengan cili padi hijau…maka akan jadilah resepi ikan keli berlada hijau.

 

BAHAN-BAHAN
A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras

B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar_*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar_*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam

Breakfast Buffet ‘pecah perut’ Indus Cafe, Bora Ombak, Putrajaya @ Tempat Makan Menarik Putrajaya

Nak ‘breakfast like a king?’
Mungkin anda boleh cuba breakfast buffet di Indus Cafe, Bora Ombak Putrajaya.
Peluang untuk makan breakfast buffet serendah RM10.60 seorang (dewasa & kanak-kanak 4 tahun ke atas) hanya datang sebulan sekali sahaja. Ia dibuka pada Ahad pertama setiap bulan dengan tempahan.

Tempat parking yang luas dan selesa berdekatan dengan pintu masuk ke indus cafe. Selepas parking boleh terus ke ‘entrance’ dan nyatakan tempahan anda pada staff yang bertugas di hadapan. Anda akan dibawa ke tempat makan dan boleh memilih meja mana yang anda suka. Tips nak dapat view makan sambil hadap tasik Putrajaya….kenalah datang awal!

Kami tiba 10 minit sebelum pukul 8 pagi, jadi bernasib baik boleh memilih meja makan dengan pemandangan ke tasik Putrajaya. Cantik juga ‘entrance’ trellis yang dipenuhi pohon memanjat. Ada ‘sense of welcoming’. Jadi lepas dah pilih meja makan, boleh terus beratur ambil makanan.

Semua diwajibkan memakai glove untuk mengambil makanan dan itu SOP wajib dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan covid-19.

Dengar khabar breakfast buffet di Indus Cafe ni sentiasa penuh, jadi tidak hairanlah jika hari yang kami datang ini pun memang ‘full house’. Makanan cepat juga habis, tapi jangan risau kerana staff mereka akan sentiasa ‘refill’ dalam tempoh masa 2 jam tu (8 – 10 pagi sahaja)

Antara menu breakfast buffet hari ni ialah
nasi lemak
nasi goreng
nasi beriani
kari daging (cepat habis)
dalca
acar
Kuey teow goreng
pasta
hotdog
roti & jem
bubur nasi
bihun sup
kuih-muih
buah tembikai
air sejuk-sarsi & limau
air panas-teh o & kopi o

nasi beriani ni sedap, cuma kari daging cepat habis dan lambat refill tak macam makanan lain yang agak cepat di refill
nasi lemaknya sedap cuma sambal nasi lemaknya sahaja ‘kurang’ sikit kat tekak kami, mungkin boleh di perbaiki rasanya di masa akan datang.
roti yang dah siap dibakar, boleh pilih nak sapu mentega, jem strawberi atau kaya.
kuih-muih dan tembikai potong.

KLIK SINI untuk lihat senarai HOTEL BUFFET menarik!

Scroll To Top