Walaupun masih di penghujung bulan Januari 2023 dan belum pun memasuki bulan ramadan 2023, namun beberapa hotel di Malaysia sudah pun melancarkan promosi harga buffet murah iaitu early bird buffet ramadan bagi tahun 2023.
Berbuka puasa di buffet ramadhan pastinya menggembirakan dengan pelbagai juadah buffet yang menarik. Ibadah puasa pasti lebih bermakna jika iftar berbuka puasa bersama kesemua ahli keluarga yang tersayang. Boleh klik sini untuk video buffet ramadan hotel di Malaysia.
Jemput join fb group MALAYSIA HOTEL BUFFET 2023 & BUFFET RAMADAN 2023 ‼️ untuk lebih banyak tawaran menarik dan info buffet ramadan 2023. Oh ya! sebarang PREVIEW RAMADAN BUFFET 2023 ataupun berminat untuk memasukkan buffet ramadan anda ke dalam senarai ini boleh email kami di aszulqa.com@gmail.com, masih belum terlambat untuk mempromosikan buffet ramadan 2023 anda.
Bagi anda yang ingin berbelanja dengan berhemah, inilah masanya untuk anda dapatkan harga hotel buffet ramadan murah daripada harga biasa yang bakal dipaparkan apabila tibanya bulan ramadhan nanti. Dengan pembelian early bird ramadan buffet 2023, banyak penjimatan yang anda perolehi tambah-tambah lagi jika anda membeli untuk seisi keluarga, memang akan terasa penjimatannya.
Iftar ramadhan tahun ini pastinya lebih bermakna diraikan bersama orang tersayang dan keluarga. Tidak salah sesekali berbelanja lebih dari kebiasaan untuk menggembirakan orang-orang yang kita sayangi. Berikut adalah antara buffet ramadan murah yang boleh anda tempah dari sekarang (sila rujuk maklumat di gambar untuk sebarang tempahan):
Berbuka puasa puasa di Noranom dengan harga early bird serendah RM69.50nett (harga biasa RM75nett). Ini antara tempat menarik dan tempat best berbuka puasa di Selangor.
KLIK VIDEO BAWAH UNTUK BUFET RAMADAN NORANOM 2023:
Iftar buffet di GlamHall dengan harga early bird serendah RM69 (harga biasa RM95). Ini antara tempat menarik berbuka puasa di Selangor dengan banyak port OOTD yang cun!
KLIK VIDEO BAWAH UNTUK BUFFET RAMADAN GLAMHALL 2023:
Buffet berbuka puasa di Lantera dengan harga early bird serendah RM69 (harga biasa RM89). Ini antara tempat menarik yang estetik untuk berbuka puasa di Selangor, dengan suasana ala-ala resort.
KLIK VIDEO BAWAH UNTUK BUFFET RAMADHAN LANTERA VENUA 2023:
Bufet Ramadan A-Park di Pulau Meranti Puchong-Cyberjaya, Selangor dengan pemandangan tasik luas yang sangat mempesona, dengan harga promosi early bird serendah RM79 (harga normal RM89).
Iftar Ramadhan Awangan Palace, Kuantan Pahang dengan 4 set berbuka puasa yang berbeza mengikut bajet dan citarasa anda. Dengan harga serendah RM58 seorang, anda dapat berbuka puasa set buffet pelbagai menu.
Hotel buffet lima bintang di Klang, Selangor dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang sangat banyak dan berbaloi untuk ditempah ialah Hotel Wyndham Acmar dengan harga promosi serendah RM108++ (harga normal RM148++).
Bufet Ramadan di hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre, buffet Ramadan hotel bawah RM100 dengan harga promosi early bird serendah RM78 (harga asal RM98).
KLIK SINI untuk lebih banyak senarai buffet ramadan Selangor & Kuala Lumpur 2023.
Cepat rebut peluang keemasan ini untuk dapatkan harga murah buffet ramadan 2023 sebelum tempahan early bird ditutup kerana kuota telah penuh. Memandangkan harga buffet hotel tidaklah murah, anda masih boleh berbelanja dengan bijak dengan merebut peluang harga early bird ramadan 2023 seperti ini. Selain bufet Ramadan hotel, anda juga boleh ber buffet Ramadan di event hall yang ada suasana ‘outdoor’ yang menarik. Semoga kita direzekikan bertemu lagi bulan ramadan di tahun ini dan selamat menjalani ibadah puasa kelak.