aszulqa.com

Iftar di Buffet Ramadhan 2023 di The Venue Shah Alam Boleh Menang Motosikal Modenas!

Cuba anda bayangkan pergi berbuka puasa di buffet Ramadhan 2023 kemudian pulang dengan cabutan bertuah sebiji motosikal Modenas! Ya, inilah yang ditawarkan di iftar buffet Ramadhan The Venue Shah Alam yang mengadakan cabutan bertuah untuk anda yang menempah bufet Ramadan 2023 di sini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu….jadi cepat rebut peluang keemasan hari ini untuk menang sebiji motosikal Modenas!

 

Berlokasi strategik di tengah-tengah bandar Shah Alam iaitu di Astana Wedding Place, Seksyen 14, Shah Alam (berhadapan Decathlon Shah Alam & Hospital Avisena) memudahkan anda untuk membeli-belah keperluan raya samada sebelum ataupun selepas berbuka puasa. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau tentang parking kerana parking di sini luas & percuma. Ruang makannya juga luas dan selesa berhawa dingin. Surau disediakan untuk lelaki dan perempuan. 
 

 

Terdapat lebih daripada 80 menu untuk dinikmati. Antara ‘signature menu’ di sini ialah:
???? Portugese Seafood Grilled
???? Baa baa black Sheep – Grilled Lamb
???? Little India – Chicken Dum Biryani
???? Mek Kelate Corner
???? Pasta Live Cook
???? Aroi Thai – Mee Celup & Kerabu Maggi
???? Bakar bakar – Satay
???? Apam Balik Tok Ri

chicken dum biryani
nasi kerabu @ mek kelate corner
aroi thai – mee celup & kerabu maggi
satay
apam balik

 

Dah namapun anak Melayu mesti nak cari juga menu masakan kampung. Jangan risau, kat sini ada dihidangkan dan antara menu masakan Melayu kampung ialah:

✅ Daging Masak Lemak Cili Padi
✅ Lala Masak Pedas
✅ Ayam Percik Bali
✅ Daging Kerutup
✅ Ayam Masak Cabai
✅ Kerabu Mangga
✅ Terung Berlado

 

Lagi satu keistimewaan bufet Ramadan di The Venue Shah Alam ialah terdapat ‘fresh brew coffee’ yang tidak terdapat di ‘event hall’ lain. Selalunya dekat hotel ada coffee machine tetapi di sini ada fresh brew coffee dengan barista yang akan buatkan cafe latte khas untuk anda! Menarik bukan?

 

Bila dah kenyang dengan makanan berat, bolehlah anda beralih ke pencuci mulut pula. Ada pelbagai pilihan pencuci mulut di sini samada kek ataupun kuih muih tradisional Melayu. Keknya memang sedap, anda wajib cuba.

kek yang sedap!

 

Anda juga boleh basahkan tekak dengan aiskrim dan mengudap biskut-biskut dari dalam tin yang mengembalikan nostalgia makan biskut sewaktu zaman kecil dulu. Tidak ketinggalan, jeruk juga disediakan buat penggemar jeruk.

aiskrim
biskut dalam tin
jeruk

 

Senarai penuh menu buffet Ramadhan 2023 The Venue Shah Alam yang bakal anda nikmati di sini boleh rujuk poster di bawah:

 

Bulan puasa adalah gedung pahala bagi umat Islam. Bagi anda yang ingin bersedekah dan berinfaq, The Venue Shah Alam ada menawarkan set infaq Ramadan serendah RM680 (10pax) dan RM340 (5pax). Boleh berhubung dengan nombor telefon yang tertera untuk tempahan ataupun keterangan lanjut.

 

Berbaki lagi beberapa hari untuk anda merebut peluang harga buffet Ramadan murah untuk Ramadan pertama sehingga Ramadan ketiga sahaja dengan harga serendah RM68. Cepat buat tempahan kerana slot adalah terhad!

 

Berikut ialah maklumat lanjut bufet Ramadan The Venue Shah Alam 2023:

Buffet Ramadan THE VENUE SHAH ALAM
Tema: Sparkle Journey of Ramadan

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 The Venue Shah Alam:
 
EARLY BIRD (tempahan untuk 1 – 3 Ramadan sahaja)
RM68 Dewasa
 

 
EARLY BIRD (tempahan sebelum 23/3/2023)
RM75 Dewasa
RM60 Warga Emas
RM48 Kanak-kanak (5tahun-12tahun)
RM700/table (10 pax)
  
 
HARGA NORMAL (4 Ramadan ke atas)
RM88 nett DEWASA 
RM48 nett KANAK-KANAK (5-12 tahun)

RM68 nett WARGA EMAS
RM780/ table (10 pax)

 
LOKASI:
The Venue Shah Alam,
Astana Wedding Place,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40300 Shah Alam, Selangor
 
 
PARKING:
Percuma
 
SURAU:
Disediakan
 
 

TEMPAHAN:
https://buffetramadantvsa.wasap.my/

017 – 318 7769 Zharif
011 – 5957 6136 Lisa
018 – 205 1492 Faridah
010 – 835 1898 Sarah
011 – 3293 9110 Balqis
011 – 5555 0255 Admin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 4 =

Scroll To Top