aszulqa.com

Buffet Ramadhan RM65++ di Westside Coffee, Laman PKNS yang berlokasi strategik di tengah-tengah bandar Shah Alam

Jika anda sukakan lokasi strategik di tengah-tengah bandar Shah Alam yang berdekatan dengan ‘shopping’ kompleks dan pelbagai fasiliti lain anda patut memilih iftar buffet Westside Coffee sebagai tempat berbuka puasa anda tahun ini. Dengan harga semurah RM65++ ada boleh menikmati kambing grill/ kambing bakar yang dihidangkan setiap hari untuk pengunjung Ramadan bufet Westside Coffee.

Westside Coffee terletak di Ibu Pejabat PKNS iaitu di Laman PKNS, Shah Alam. Bufet Ramadannya bercitarasa Nusantara hasil ‘air tangan’ Chef Fairus & pasukannya.

Terdapat 2 ruang makan iaitu ruang makan luar dan ruang makan dalam yang berhawa dingin. Tempatnya selesa dan tidak sesak.

ruang makan luar
Ruang makan dalam berhawa dingin

 

‘Signature menu’ semestinyalah kambing bakar. Kambing bakar Westside Coffee sedap, lembut, juicy dan tidak hamis. Anda juga tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan kambing grill ini kerana bekalannya mencukupi dan tidak sesak dengan ramai orang seperti sesetengah bufet Ramadan di tempat lain. Kambing bakar ini bertambah sedap bila dipadankan dengan sos black pepper dan ‘mashed potato’.

kambing grill
kambing bakar lembut & juicy
dibakar oleh professional chef
santai & tidak perlu bersesak-sesak

 

Menu istimewa yang tidak terdapat di bufet Ramadan lain ialah ‘Wok Fried Raddish Cake’ yang anda boleh dapati di stall ‘kuali sifu’. Untuk merasai kelainan dan kesedapan Wok Fried Raddish Cake’ ini, bolehlah anda membuat tempahan segera. Untuk pengetahuan anda yang pertama kali mendengar menu ini, ia bukanlah sejenis kek tetapi sejenis menu goreng-gorengan. Selain itu terdapat juga kuey teow goreng di corner ‘kuali sifu’.

‘Wok Fried Raddish/ Carrot Cake’
dimasak panas-panas

 

Menu istimewa lain ialah Sup Periuk yang akan dibuat khas untuk anda oleh staff apabila ada permintaan sahaja. Anda boleh memilih sendiri bahagian yang disukai untuk dicampurkan ke dalam sup yang kemudiannya akan dimasak panas-panas untuk anda. Sup lidah adalah antara menu sup periuk istimewa di sini yang susah didapati di tempat lain.

boleh pilih sendiri bahagian yang digemari untuk dimasak
sup periuk yang sentiasa panas
kuey teow goreng

 

Buat anda yang rindukan ketupat dan lemang, anda tidak perlu risau kerana di iftar  bufet Westside Coffee ada disajikan menu ini dilengkapi dengan rendang ayam dan kuah kacang untuk nasi himpit.

dari kiri nasi himpit, ketupat dan lemang
rendang ayam dan kuah kacang

 

Pelbagai menu lauk pauk disajikan di Westside Coffee, antaranya ikan nyonya ‘sauce’, udang sambal berlado, daging bakar masak lemak, ayam bakar bersantan, brocolli, carrot & oyster ‘sauce’. Menu lauk pauk ini mungkin bertukar setiap hari mengikut kesesuaian. Penambah selera makan seperti ulam-ulaman, kerabu dan ikan kering juga tidak terkecuali dihidangkan. 

lauk pauk
kerabu
ikan masin & ulam-ulaman

 

Westside Coffee juga menghidang menu masakan Barat (Western food) seperti makaroni cheese, spaghetti carbonara, meatball dan wedges. Ada juga menu kanak-kanak seperti nugget dan fries. Pelbagai jenis air balang berderet seperti teh ais madu, air kathira, lemon soda dan ribena laici buat penghilang dahaga saat berbuka puasa.

western food
air balang

 

Rojak buah adalah antara pilihan pencuci mulut selain puding dan kuih muih tradisional. Selain itu menu goreng-gorengan seperti pisang goreng, keledek goreng, cucur dan cekodok turut dihidangkan.

rojak buah
puding
puding
kuih muih tradisional
menu goreng-gorengan

 

Maklumat lanjut dan tempahan adalah seperti di bawah:

Buffet Ramadan WESTSIDE COFFEE
Tema: Muhibbah

HARGA BUFFET RAMADHAN WESTSIDE COFFEE 2023
Harga PROMO dilanjutkan sebelum 9 April 2023:
RM65++ / Dewasa
Harga selepas 9 April 2023:
RM75++ / Dewasa
RM55++ / Kanak-kanak (7-10 tahun)
RM55++ / Warga Emas (lebih 60 tahun)
 
 
LOKASI:
Westside Coffee (depan PKNS corporate gallery),
Ibu Pejabat PKNS @ Laman PKNS,
2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
 
 
PARKING:
FREE
 
 
SURAU:
Disediakan
 
 

TEMPAHAN :

atau hubungi 03-2935 9798

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 2 =

Scroll To Top