aszulqa.com

Nasi daging air asam sedap sebagai menu harian mahupun menu hari raya haji

Nasi daging air asam sedap sebagai menu harian mahupun sebagai menu hari raya haji. Boleh tambah berpinggan-pinggan dibuatnya bila daging dicicah dengan air asam…dengar air asam pun dah boleh buat terliur!

Read more

RESEPI DAGING MASAK HITAM: Menu Hari Raya Haji Sedap

Resepi daging masak hitam yang sangat sedap dan mudah dimasak. Resepi daging masak hitam adalah antara resepi daging yang disukai baik sebagai lauk harian ataupun menu hari raya.
Antara versi daging masak hitam yang sering dicari ialah daging masak hitam sarawak, daging masak hitam nasi kandar, daging masak hitam kenduri, daging masak hitam utara, daging masak hitam berempah, daging masak hitam perak, daging masak hitam brunei dan banyak lagi.
Perkongsian resepi daging masak hitam oleh fb Caesarena Anak Peter ini telah mendapat ribuan shares di facebook.
Resepi Daging Masak Hitam 
-1kg daging lembu
-Kicap cap unta / kicap tongnam
-2 sudu gula atau gula apong
-Setengah sudu serbuk jintan putih
-Setengah sudu serbuk jintan manis
-1 cawan kismis
-Minyak utk menumis
-Serbuk secukup rasa
-Rempah tumis 4 sekawan
Bahan blend
-20 tangkai cili kering
-Bawang putih blend 1 sudu
-Bawang merah blend 2 sudu
-1 batang serai
-Lengkuas 2 inci
-Halia 1 inci
Cara masak daging masak hitam
1. Perap daging yang telah dipotong dengan 2 sudu gula apong dan kicap selama 3 atau 4 jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan-bahan blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yang telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. Suka makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing-masing. My kids doesn’t really like sweet so I don’t add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.
Kredit Caesarena Anak Peter

Read more

RENDANG DAGING RESEPI: Menu Hari Raya Haji

Bagi peminat daging mesti amat sukakan resepi daging sebagai hidangan utama. Antara resepi daging yang sentiasa dicari seperti resepi daging masak hitam, daging masak merah, daging dendeng, daging masak kicap, daging goreng kunyit, daging black pepper, daging harimau menangis dan juga daging bakar.
Apatah lagi bila tibanya musim perayaan terutamanya hari raya Aidiladha, resepi daging pasti menjadi topik utama di mana-mana sahaja. Al-maklumlah daging korban yang banyak tu sampai dah tak tahu nak buat apa kan.  

Read more

Rupanya IKEA Meatballs dan sos boleh masak sendiri kat rumah, siap kurang dari 15 minit.

Masak SWEDISH MEATBALL IKEA & MEATBALL SOS kurang 15 minit dah siap! Kena lihat video bawah ni sampai habis untuk tahu tips masak meatball ikea dan meatball sos ikea sepantas kilat

 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Resepi Burger Tepi Jalan & Cara Masak Burger di Rumah

Kami kongsikan resepi burger tepi jalan dan cara masak burger di rumah yang senang dan sedap. Antara resepi viral mudah dan sedap.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Covid19 Sup Sihat…Sup Untuk Orang Demam (Resepi Sup Dumpling @ Wantan)

Musim-musim covid19 tentu ramai yang risau jika terkena jangkitan kuman covid19 ni kan. Selalunya bila kita rasa tak sedap badan, kita akan cari sup panas-panas. Antara resepi sup sihat ialah sup yang tidak ditumis atau dipanggil ‘clear soup’. Sup jernih (clear soup) ni selain sihat berkhasiat juga sesuai sebagai sup diet, pemilihan bahan utama boleh diubahsuai (terpulang nak letak ayam atau daging atau seafood atau telur atau sayur sahaja).

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Selain sup sihat, bahan-bahan sup ini juga ringkas & simple dengan cara memasak yang sangat senang….bak kata orang, sup campak-campak je dah siap! Bahan utama sup sihat ni kami gunakan dumpling yang sudah siap di peket, boleh beli di pasaraya. Kalau nak buat sendiri dumpling pun lebih bagus, boleh ikut selera kita. Cuma disebabkan kekangan masa & nak masak cepat, kami beli je readymade dumpling & meatball.

BAHAN-BAHAN
-2 inci halia
-6 ulas bawang putih
-akar daun bawang
-2 sb minyak bijan
-1 sb kicap pekat manis
-dumpling
-bebola daging @ meatball
-pak choy @ bok choy
-hirisan daun bawang
-kiub ayam
-garam bukit
-1 peket kuey teow

Cara masak sup dumpling @ sup wantan klik sini

…………………………………………………………………
INGREDIENTS dumpling soup @ wonton soup
-2 inchginger
-6 cloves garlic
-spring onion root
-2 tbsp sesame oil
-1 tbsp sweet soy sauce
-dumpling
-meatball
-pak choy @ bok choy
-spring onion
-chicken cube
-himalayan salt
-1 packet kuey teow

CARA MASAK ASAM PEDAS DAGING TETEL YANG SENANG & SUPERB!

Mesti ramai yang nak tahu cara masak asam pedas daging tetel yang senang, sedap & superb kan! Jika google banyak sebenarnya versi asam pedas daging tetel ni, baik dari resepi asam pedas daging tetel mat gebu, resepi asam pedas tetel yatie kitchen, asam pedas daging azlita mahupun asam pedas daging daun kesum.

Mesti ramai juga yang nak tahu kan apa maksud daging tetel?
Daging tetel ni sebenarnya ialah lebihan daging yang mempunyai banyak urat dan banyak lemak. Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. Klik video di bawah untuk lihat cara masak daging tetel. NAK LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP? KLIK LIKE DAN FOLLOW SINI

Daging tetel ni adalah antara aneka masakan daging yang popular. Masakan asam pedas daging tetel ini jika kena cara buatnya pasti sedap, pekat likat & secukup rasa masam pedasnya. Sebelum memasak asam pedas, daging tetel ini perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu. Jom kita tengok cara buat asam pedas ni & subscribe 

BAHAN KISAR
-1″ halia

-1″ kunyit
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-minyak masak secukupnya

BAHAN -BAHAN LAIN
-segenggam cili kering kisar
-3 batang serai (diketuk)
-beberapa helai daun limau purut
-1 sudu besar asam jawa (dicampurkan sedikit air & dijadikan pes…buang bijinya ye)
-seikat daun kesum
-daging tetel (direbus empuk terlebih dahulu)

CARA MEMASAK
1.Kisarkan kesemua bahan kisar seperti di atas bersama minyak masak hingga hancur

2.Panaskan kuali & masukkan bahan kisar bersama minyak masak tadi & kacau sekejap
3.Kemudian masukkan cili kisar & kacau rata
4.Masukkan 3 batang serai yang telah diketuk
5.Masukkan air secukupnya
6.Masukkan daun limau purut & air asam jawa
7.Masaklah sehingga pecah minyak
8.Setelah itu masukkan daging tetel yang telah direbus empuk terlebih dahulu
9.Perasakan dengan 2 sudu teh garam bukit
10.Jika perlu, tambahkan air & biarkan mendidih dan perlu selalu dikacau
11.Akhir sekali masukkan daun kesum & gaul sebati
12.Siap untuk dihidang!

Read more

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA HOMEMADE TANPA SOS PREGO: Lazat Lemak Berkrim Disukai Ramai

Resepi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego ini pasti menghilangkan kerisauan ramai orang yang nak masak spaghetti tapi takde stok di dapur sos prego carbonara, sos kimball carbonara mahupun sos carbonara brand lain.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Tapi bagi kami yang sememangnya tak suka beli sos siap dalam tin yang demikian memang tak jadi masalah, sebab setiap kali nak masak sos spaghetti carbonara kami akan buat sos spaghetti carbonara sendiri ataupun orang kata ‘homemade’. Janji ada stok susu kat dapur, tak kiralah susu tepung, susu segar ataupun susu cair…..semuanya boleh sahaja digunakan. Haaaa….lagi satu kena ada stok cheese keping. Ada 2 bahan asas ni pun dah cukup untuk buatkan sos spagetti carbonara jadi creamy, lazat lemak berkrim disukai ramai. Lain-lain bahan sebenarnya boleh adjust ikut tekak masing-masing. Lagi satu bila buat sendiri sos spagetti carbonara ni, kita dah dapat mengelakkan bahan pengawet, bahan perasa dan aditif makanan yang lain.

 

Walaupun kami sekeluarga ni tekak melayu, tapi sekali sekala suka juga makan menu ‘western food’ macamni. Dah namanya tekak melayu kan, jadi resepi ‘western food’ spaghetti carbonara ni pun takdelah ‘authentic’ dan asli mengikut resepi spaghetti carbonara mat salleh tu. Rasanya kami dah sesuaikan mengikut selera tekak melayu kita…heheeee.

Menu western simple ini sesuai dihidangkan sebagai masakan harian keluarga juga untuk majlis keraian & majlis keramaian seperti majlis makan-makan keluarga, majlis sambutan hari jadi (party birthday) dll. Kanak-kanak juga sangat suka dengan spagetti carbonara ni kerana rasanya yang creamy lemak berkrim & tidak pedas. Ibu-ibu yang sibuk bekerja mahupun suri rumah yang penat menguruskan anak-anak kecil pasti suka dengan menu western simple ni yang cepat, pantas & mudah disediakan ini. Selain mudah dimasak, bahannya juga mudah didapati.

 

Spaghetti carbonara sangat lazat & creamy lemak berkrim disaluti rasa yang kaya dengan cheese, daging & manis semulajadi dari udang segar. Kelebihan masak sendiri spagetti carbonara di rumah ni bila kita boleh adjust sendiri nak jadikan sos carbonara ni pekat likat, cair atau nak lebihkan udang ataupun meatball. Jika takde stok daging burger atau meatball kat rumah, jangan risau…ramai juga yang gunakan sosej atau hotdog bagi menggantikan daging.

 

Tengok step by step cara buat sos carbonara homemade subscribe sini

 

BAHAN-BAHAN:
-sedikit butter/ mentega
-1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)

-2 keping daging burger
-1 cili merah besar (dihiris)
-1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
-4-5 cheese keping
-4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
-beberapa biji meatball
-12 ekor udang
-1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
*TIPS MASAK: tepung jagung digunakan dalam masakan spageti carbonara supaya sos menjadi lebih pekat berkrim

CARA MASAK
1.Panaskan butter/ mentega…kemudian masakkan daging burger yang telah dicincang halus

2.Setelah daging burger masak, masukkan bawang holland & tumis hingga layu
3.Kemudian masukkan hirisan cili merah
4.Masukkan susu & kacau sebati, biarkan mendidih
5.Kemudian masukkan meatball & cendawan shitake
6.Gaul sebati & biarkan masak sekata
7.Kemudian masukkan udang & kacau sebati
8.Akhir sekali perasakan dengan garam bukitCubalah spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego ini di rumah! Korang pasti tak menyesal mencubanya malah akan masak berulang kali lagi resepi spagetti carbonara ini.

Scroll To Top