aszulqa.com

RENDANG DAGING RESEPI: Menu Hari Raya Haji

Bagi peminat daging mesti amat sukakan resepi daging sebagai hidangan utama. Antara resepi daging yang sentiasa dicari seperti resepi daging masak hitam, daging masak merah, daging dendeng, daging masak kicap, daging goreng kunyit, daging black pepper, daging harimau menangis dan juga daging bakar.
Apatah lagi bila tibanya musim perayaan terutamanya hari raya Aidiladha, resepi daging pasti menjadi topik utama di mana-mana sahaja. Al-maklumlah daging korban yang banyak tu sampai dah tak tahu nak buat apa kan.  

 

Selalunya resepi rendang daging pasti dicari bila tiba hari raya haji. Resepi rendang daging ini ada pelbagai versi seperti rendang daging minang, rendang daging utara, rendang daging pedas, rendang daging berempah dan banyak lagi. Jadi sempena hari raya Aidiladha yang bakal tiba bulan hadapan, kami kongsikan RESEPI RENDANG DAGING ??? oleh pemilik fb Baizura Kadir. Resepi rendang daging ini adalah untuk 2kg daging ya. 

 

Bahan kisar:
– bawang merah 5 biji
– bawang besar 3 biji
– bawang putih 5 ulas
– halia 5 cm pnjg
– kunyit sepanjang ibu jari
– serai 3 batang dihiris halus
– lengkuas setengah inci

Cara masak rendang daging
-Masukkan daging, lada kisar 2 senduk/ lebih (kalau nak pedas), bahan kisar dan minyak 2 senduk dalam kuali.. masak sampai rempah mendidih…
-Tambah santan kara 500 ml
-Separuh biji gula melaka (yang besar tu)
-Tambah air
-Tutup kuali utk empukkan daging.. tambah lagi air sehingga daging empuk
-Bila daging dah empuk buka penutup kuali, masukkan kerisik 3 senduk/ lebih ikut suka
-Masukkan 2-3 keping asam keping
-Masuk garam, gula & perasa bila kuah hampir kering.. untuk elakkan termasin..
-Masukkan daun kunyit hiris…
-Bila dah hampir nak kering kena rajin gaul takut hangus…
-Minyak akan keluar sendiri hasil dari santan & kerisik…
*ada org suka letak rempah kari daging.. boleh masukkan 2-3 sudu besar masa awal-awal.
Selamat mencuba ya…
Kredit : BAIZURA KADIR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × five =

Scroll To Top