aszulqa.com

resepi pulut kuning viral

Resepi pulut kuning viral yang lembut dan cukup lemaknya sememangnya sedap! Memasak pulut kuning tak semudah memasak nasi, jika salah cara masak pulut kuning mungkin menjadi lembik ataupun keras. Tidak kurang juga pulut kuning yang tidak cukup lemak masinnya akan mengurangkan keenakan pulut kuning itu sendiri.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

Pulut kuning sesuai sebagai menu majlis keraian orang Melayu seperti majlis bersanding, majlis akikah, majlis rumah terbuka, majlis kesyukuran, majlis hari jadi dan pelbagai lagi majlis-majlis lain. Zaman sekarang, pulut kuning bukan sahaja enak dimakan malah juga boleh menjadi cantik seperti kek jika kreatif menghiasnya. Banyak juga bisnes online dari rumah yang mengambil tempahan hiasan pulut kuning sejajar dengan peredaran zaman.

Kadang kala kita cuma teringin nak makan sedikit pulut kuning sebab dah lama tak makan dan rasa tidak berbaloi pula untuk ditempah. Jadi untuk melepaskan rasa teringin atau mengidam pulut kuning apakata guna resepi pulut kuning viral hasil perkongsian Ismi Aishah yang telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

BAHAN-BAHAN:
1) beras pulut – 1 kg
2) santan pekat – 1 1/2 cawan
3) garam kasar – 1 sudu besar
4) gula – 2 sudu besar
5) bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.

CARA MASAK PULUT KUNING:
1) basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.

2) kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.

3) kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak mcm mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/ arung pulut guna sudip sampai rata.

4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.

5) boleh la masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

Untuk yang baru nk belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni ??

Kredit: Ismi Aishah

 

Tutorial cara kukus pulut kuning As Zulqa klik video bawah:

 

Pulut kuning sedap dimakan bersama rendang ayam. Tutorial cara masak rendang ayam As Zulqa klik video bawah:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 6 =

Scroll To Top