aszulqa.com

MANFAAT DAUN SIRIH CINA UNTUK KESIHATAN

Daun sirih cina sering didapati tumbuh melata di atas tanah, sering dianggap sebagai semak samun dan dicabut serta dibuang begitu sahaja. Tahukah anda daun sireh cina ini mempunyai banyak manfaat dan dikatakan mengandungi pelbagai bahan yang boleh bertindak sebagai analgesik, antibiotik dan anti radang.

Apa yang menariknya, kesemua bahagian pada pokok sirih cina ini boleh digunakan untuk kesihatan. Selain itu, khasiat daun sirih cina juga boleh melegakan sakit-sakit biasa seperti demam dan sakit kepala.

Ikuti perkongsian Siti Asiah Ismail tentang kebaikan daun sirih cina ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

3 tahun sakit belakang, sakit kaki, sakit pinggang, sakit badan, kebas kaki dan tangan. Tekanan darah pula asyik naik sahaja. MC jangan cakap la, dah tak terkira banyaknya. Sampai pergi rawatan pakar, masuk hospital keluar hospital.

Alhamdulilah sangat-sangat, dah beransur sihat. Dah kurang sakit-sakit badan ni. Dah 3 hari makan daun sireh cina ni…hasilnya sangat bagus. Daun ini saya makan macam ulam-ulaman. Makan dengan nasi. Alhamdulillah, dah sihat dah rasanya.
Read more

Scroll To Top