aszulqa.com

khasiat pokok jarum tujuh bilah (jarum 7 bilah)

Pokok jarum tujuh bilah nampaknya semakin dikenali ramai kerana kemujarabannya meredakan banyak masalah kesihatan. Memakan pucuk ubi daun jarum tujuh bilah dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Sebelum tu, boleh bantu sis SUBSCRIBE channel YTC kat bawah:

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

Khasiat pohon daun tujuh bilah ini telah dikongsi oleh fb Haidilah Daud dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Berikut adalah perkongsian dan pengalaman beliau sendiri menggunakan pokok jarum tujuh bilah untuk kesihatan:

Pokok jarum 7 bilah ni saya pernah baca awal-awal tahun 80-an di dalam mastika.
 Seorang perempuan cina mengidap kanser. Dia amal kan dengan kesep di bawah lidah dan berjoging setiap hari.

Daun ini berlendir bila dikunyah. Tapi penuh khasiat. Dengan izin ALLAH kansernya sembuh dalam tempoh sebulan. Lepas keluar kat mastika, esok pokok tu habis dikejekan orang. Tak tinggal sikit pun. Lagipun pokok ini senang hidup.

Bila kawan-kawan yang tahu khasiatnya berkongsi cerita, timbul rasa nak cuba. Tambah pula dapat tahu daun yang sudah dikeringkan kalau dijual di kedai ubat beratus RM, itu yang saya rebus sendiri.

Antara pengalaman saya, bila badan rasa macam nak demam, saya akan rebus 7 hingga 8 helai dan minum. Alhamdulillah, tak jadi demam.

Bila ada bisul atau bengkak-bengkak di tubuh, saya akan tumbuk letak sedikit air dan tampalkan di tempat yang ada bisul. Alhamdulillah bisul atau bengkak hilang.

Kalau saya rasa tapak kaki mula sakit, bisa bila memijak, saya gunakan daunnya sebagai detox. Ada kala tumbuh bisul dan bengkak kat ketiak. Saya tumbuk je daun ni…masukkan dalam tisu. Kepit kat ketiak. Lega. Hilang terus bengkak dan bisul. Macam tak percaya bukan? Siapa yang ada bisul atau bengkak…bolehlah cuba. 

Lagi satu, boleh ambil daun banyak-banyak, letak air dan blend. Cari stoking yang lama, tuang dalam stoking dan pakai. Bungkus kaki tadi dengan plastik dan baring. Sedapnya rasa bila dia mula menyedut toksid. Terasa berdenyut tapak kaki. Agak-agak 30 minit hingga 1 jam. Selepas itu bolehlah cuci kaki. Ringan rasanya. Biasa saya buat sebelum pergi umrah. Saya mutawifah. Perlu cergas dan banyak berjalan. Saya buat ni sebelum pergi umrah. Alhamdulillah, itu yang selalu kena marah dengan jamaah sebab jalan laju.???. Jamaah jauh tertinggal kat belakang. Hilang sakit-sakit kat tapak kaki. Tak perlu budget mahal-mahal.

Jamaah selalu tanya, saya makan pil vitamin apa ya ?? malu saya nak bagitau. Saya jenis tak teliti makan ubat. Jadi saya jarang membeli dan makan ubat hospital. Sebab kalau beli pun saya tak makan.

Agak-agak tak sihat, saya rebus je daun ni atau buat ulam. Dan solat duha jangan tinggal. Itu je ubat saya. Kalau lutut saya sakit..Saya blend daun dan balut ngan tuala good morning kat lutut. Alhamdulilah, Ok.

Menantu bersalin dan buasir. Nangis tak boleh duduk, sakit. Saya tumbukkan daun ini, masukkan dalam tisu dan suruh dia letak di tempat yang bengkak. Macam pembohong tapi esoknya dah hilang bengkak dan boleh jalan dan duduk macam biasa.? (sorry pecahkan rahsia) ?

Saya kanser tiroid. Sekarang saya cuba blend 2-3 helai dengan epal hijau. Alhamdulillah, bengkak tiroid di leher semakin menghilang. Saya tumbuk daun tu, letak di kain tudung yang tak pakai..lilit kat leher. Bengkak semakin susut.

Doktor pernah nak operate. Dah bagi tarikh. Saya cuba ubat dengan bahan alami saja. Saya cuma amalkan daun 7 bilah dan kunyit hitam sahaja. Alhamdulillah, semua dengan izin ALLAH. Saya rasa sembuh 80% dari dulu. Walaupun masih ada sedikit lagi kesannya. Tapi itu pun dah syukur sangat.

Pernah pergi ke hospital pakar untuk check semula. Alhamdulillah. Bengkak tu makin mengecil dan ada yang dah menghilang. Tapi saya tak tahu lah, sesuai tak kat orang lain. Mungkin sesuai untuk saya, tak sesuai kat orang lain.

Kalau saya sakit kepala, saya blend daunnya dan bungkus di kepala dengan tuala good morning. Rileks sekejap dalam 30 minit. Fuh! lega. Lepas tu cucilah rambut bersih-bersih. Memang lega. Nak-nak kalau kolestrol tinggi, ada bisul-bisul kecil kat kepala. Ini je saya buat.

Pernah bengkak buah dada, sakit…menangis-nangis tak boleh sentuh. Sampai timbul urat-urat hijau. Pergi klinik doktor kata urat tegang dan nanti baik sendiri. Balik saya blend daun ni dan tuang dalam tuala good morning. Tekap di dada. Alhamdulilah, hilang bengkak dan sakit.

Adakala tumbuh mata ikan kat mulut. Saya ramas 1-2 helai daun ni dan kemam di mulut . Alhamdulillah, cepat hilang mata ikan atau sakit tekak. Bagus kalau ada luka-luka di mulut. Kemam je daun ni.

Kalau datang malas nak blender daun nya…saya kemam/ kesep je kat mulut. Lega rasa mulut dan kerongkong. Saya tak tau lah sesuai tak kat orang lain. Tapi ini lah yang saya buat untuk ubat diri sendiri. Semua tu dengan izin ALLAH.

Kita usaha je. Tak salah mencuba.

Pokok ni berduri. Durinya panjang dan tajam. Hati-hati. Ada yang bunga kuning dan oren. Jangan salah pokok. Ada juga pokok bunga yang seakan pokok jarum 7 bilah ni.
Nak jelas boleh google di fb. Tengok pokoknya macamana.

Orang cina selalu rebus yang kering wat minum teh, yang ni saya blend dan masukkan dalam stoking. Masuk kan kaki dalam stoking dan bungkus dengan plastik. Jadi detoks yang baik.

Kadang-kadang saya rebus 7-8 helai sampai mendidih. Masukkan dalam jug…buat minum anak beranak macam minum teh O. Kalau rasa nak demam, saya jarang makan panadol. Kecuali dah terdesak sangat. Saya minum je rebusan air jarum 7 bilah ni. Kebah demam.

Lagi sedap kalau ambil 4-5 helai daunnya + sebiji apple hijau + sedikit asam boi + 1/2 gelas air, kemudian blend. Minum. Rasa jus apple asam boi. ?

Bagus untuk kanser @ barah dan macam-macam penyakit. Kalau rajin buat, akan nampak perubahan dalam kesihatan.

Nak tahu khasiat dia, google lah. Lain tempat lain namanya. Saya kongsikan apa yang saya dah cuba. Untuk orang lain, saya tak tau lah serasi ke tidak.

.
Kredit: Haidilah Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 5 =

Scroll To Top