aszulqa.com

biskut arab susu gebu dan cair di mulut

Antara biskut raya paling mudah dan cepat ialah biskut arab. Untuk lebih rasa sedap, biskut arab susu menjadi pilihan. Bila buat sendiri lebih puas hati makan rasa lemak berkrim, gebu dan cair di mulut.
Resepi biskut arab susu perkongsian Liz Ommar telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
bahan-bahan:
1 cawan minyak sapi 
3 sudu gula kastor
1 cawan susu tepung
3 cawan tepng gandum (diayak)
Cara buat biskut arab susu:
1.Satukan minyak sapi, gula kastor dan susu tepung.
2.Gaul guna senduk sampai sebati.
3.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4.Uli sampai jadi doh lembut yang boleh dibentuk.
5.Bentukkan bulat-bulat
6.Bakar suhu 150°c selama 10minit
Bahan salut:
Gula aising 1 cawan
Susu tepung 1 cawan.
*Campur kedua-dua bahan. Bila biskut dah sejuk bolehlah disalutkan.
Kredit: Liz Ommar
 
 

Read more

resepi biskut kacang hijau, biskut raya simple tapi digemari ramai

Resepi biskut raya sukatan cawan sering menjadi pilihan ramai kerana mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan alat penimbang untuk menghasilkan biskut raya simple. Biskut mazola atau biskut kacang adalah antara biskut lama yang legend dan masih lagi ramai peminatnya hingga ke hari ini. Walaupun bukan musim perayaan, biskut kacang ini senang untuk dibuat kudapan dan juga senang didapati di pasaraya yang menjualnya.

Read more

Resepi biskut mazola mudah dan evergreen!

Resepi biskut mazola legend dan evergreen kerana sentiasa dicari-cari terutamanya apabila tiba musim perayaan. Bahan utama biskut mazola adalah kacang tanah. Kacang tanah ini dikisar dan diadun bersama tepung gandum dan beberapa bahan lain lagi. Untuk lebih mudah boleh guna kacang kisar yang dijual dalam bentuk pek biasanya 1 kg.

Read more

resepi Biskut swiss melting biscoff

Biskut swiss melting biscoff adalah antara biskut yang sentiasa mendapat sambutan dan laku keras jualannya apatah lagi bila tiba bulan puasa dan musim perayaan, ujar Azlina Ina pemilik resepi biskut ini. Perkongsian resepi biskut swiss melting biscoff ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

resepi kek minyak simple

Antara resepi kek mudah dan sentiasa evergreen ialah resepi kek minyak. Mendengarkan namanya sahaja kita sudah boleh agak, bahan utama dalam kek ini ialah minyak.

Read more

kek lumut resepi viral mudah dan sedap

Bulan Ramadan 2023 bakal tiba dalam masa beberapa bulan lagi. Apabila tibanya bulan Ramadan ramai yang teruja mencuba resepi masakan baru untuk juadah berbuka puasa seisi keluarga. Di samping resepi bulan Ramadan, resepi hari raya juga bakal popular di pertengahan bulan puasa.
 

Read more

Biskut Coklat Crunchys Almond Viral

Resepi biskut coklat crunchys almond viral ini adalah perkongsian daripada Azlina Ina dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Menurut beliau, bahan-bahan yang digunakan seperti di bawah boleh menghasilkan lebih kurang 3 balang biskut jika setiap balang diisi dengan 30 keping biskut.

Read more

brownies kedut 5 bahan

Resepi brownies kedut 5 bahan, mendengarkan namanya sahaja sudah dapat di agak ia adalah resepi brownies mudah. Brownies resepi simple ini adalah perkongsian daripada Farwin Amellia dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

resepi kek pandan karamel untuk berniaga beserta kos bahan

Mendengarkan nama kek pandan karamel sahaja sudah cukup menggiurkan, apatah lagi jika dapat merasainya. Resepi kek pandan karamel perkongsian daripada usahawan kek tersohor iaitu Azlina Ina telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Beliau meng halalkan resepi ini diguna pakai oleh sesiapa sahaja terutamanya yang ingin mencari rezeki dengan berniaga kek. Beliau turut berkongsi anggaran kos bahan-bahan untuk membuat kek pandan karamel ini. Berikut ialah anggaran kos bekas, bahan-bahan kek dan kos topping kek.

Read more

resepi pulut kuning rendang ayam

Resepi pulut kuning rendang ayam cara mak saya ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Kalian pasti teruja untuk mengetahui resepi pulut kuning 3kg ini kerana semestinya ia sangat berguna sebagai rujukan memasak untuk sebarang majlis makan-makan, majlis keraian, majlis hari raya dan pelbagai lagi majlis. Resepi pulut kuning 3kg ini juga boleh dibuat meniaga kerana sukatannya yang banyak.

Read more

Scroll To Top