aszulqa.com

resepi kek minyak simple

Antara resepi kek mudah dan sentiasa evergreen ialah resepi kek minyak. Mendengarkan namanya sahaja kita sudah boleh agak, bahan utama dalam kek ini ialah minyak.

Waktu dulu-dulu kek yang paling biasa kita jumpa kat kampung ialah kek minyak kampung. Apatah lagi jika yang membuatnya adalah hasil daripada air tangan ibu kita. Sebaik kek minyak ini siap dibakar, harum semerbak baunya memenuhi rumah. Nostalgia sangat.

Jika anda baru berjinak-jinak untuk membuat kek, mungkin anda boleh cuba membuat kek minyak ini dahulu. Ini kerana kek minyak adalah kek yang paling asas dan mudah dibuat. Bahan-bahan kek minyak juga kebanyakkan sentiasa ada di dapur. Resepi kek minyak simple perkongsian Mynie telah mendapat banyak share di Resepi viral Mudah dan Sedap.

bahan-bahan:
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovelate
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 st baking
1 st esen vanila
(Kalau guna tepung blue key tak perlu letak baking powder)
pewarna

cara buat kek minyak:
1. pukul kembang telur dan gula
2. masukkan ovellate dan pukul kembang lagi
3. masukkan susu pekat
4. masukkan minyak dan vanila
5. akhiri dgn tepung- yang ni guna senduk sahaja, kaut balik hingga sebati
6. warnakan ikut citarasa
7. guna oven bakar dalam 45 minit 170c api atas bawah
8. guna pemanggang hanya 20 minit je dengan api yang paling kecil (panaskan dulu pemanggang sebelum masuk adunan)

Kredit Resepi : Mynie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − eleven =

Scroll To Top