aszulqa.com

Resepi biskut mazola mudah dan evergreen!

Resepi biskut mazola legend dan evergreen kerana sentiasa dicari-cari terutamanya apabila tiba musim perayaan. Bahan utama biskut mazola adalah kacang tanah. Kacang tanah ini dikisar dan diadun bersama tepung gandum dan beberapa bahan lain lagi. Untuk lebih mudah boleh guna kacang kisar yang dijual dalam bentuk pek biasanya 1 kg.

Biskut mazola adalah antara biskut raya mudah dan senang dipelajari. Mungkin ada yang akan mengimbau kenangan zaman kecil dulu membuat biskut raya mazola bersama ahli keluarga sewaktu tiada resepi-resepi biskut yang ‘fancy’ seperti zaman ini. Resepi biskut mazola perkongsian Ain Amir telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
Tepung gandum 1.5 kg
Kacang tanah 2 kg (disangai dan kisar halus, lebih banyak lagi sedap) 
Gula halus 5 1/2 cawan
Minyak masak 
Baking powder
Telur dan pewarna kuning (untuk hiasan atas biskut)

Cara membuat biskut mazola:
1.Campur semua bahan kecuali minyak masak.
2.Bila semua dah sebati, tuangkan minyak masak sedikit demi sedikit..minyak ni agak-agak bole jadi doh.
3.Kemudian boleh cetak (sis guna acuan penutup botol cola)
4.Untuk hiasan, pecahkan dua biji telur dan letakkan sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan biskut mazola anda ? nak letak hirisan kacang pun boleh, saya saja tak letak
5.Bakar suhu 195 selama 15 minit ikut oven masing-masing

*Tips untuk dapatkan biskut mazola yang rangup dan sedap, tambahkan sedikit garam dalam adunan tadi ? 

Kredit: Ain Amir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + four =

Scroll To Top